Alhamdulillah ibu selamat menjalani pembedahan Jumaat yang lepas.
Ini juga pengalaman saya yang pertama bermalam di hospital menemani ibu yang sakit.
Ibu bernasib baik. Walaupun tidak mendapat claim insuran (kerana tiada polisi insuran) tetapi ibu masih mempunyai wang simpanan yang mencukupi untuk menampung kos rawatan....
Senang cerita hampir RM 10k di habiskan sepanjang 6 hari mendapat rawatan di hospital pakar KPJ.....Semasa berbual dengan ibu di hospital kami selalu terfikir...."Macam mana la dengan orang yang miskin takde duit tu ye?"
Ibu dahulu bertugas sebagai jururawat di pejabat kesihatan. Jadi ibu sedikit sebanyak tahu dan berhadapan dengan golongan miskin yang memerlukan rawatan kesihatan.
" tambang nak datang klinik pun tak mampu....ape lagi nak bayar duit ubat..."
" nak pegi klinik kena la cuti...kalau cuti, tak kerja...tak kerja takde duit nak makan....mcm mana la die org nak pegi klinik...."
" kalau pegi klinik kerajaan murah, tapi lambat....susah nak datang banyak kali...libatkan kos tinggi jugak....nak mintak cuti lagi...nak cepat pegi swasta...tapi mana la mampu kalau takat kerja kilang je..."
itu antara dialog yang sering saya dengar daripada mulut ibu.
Ibu sering masuk ke ceruk-ceruk kampung di kluang berjumpa dengan pesakit yang miskin..
ibu lihat sendiri bagaimana mereka hidup.
ibu lihat sendiri bagaimana mereka berpakaian.
ibu lihat sendiri apa yang mereka makan untuk mengalas perut supaya tidak kebulur.
ibu lihat sendiri keadaan rumah mereka yang daif.
sedikit sebanyak hal itu memberi kesan di hati ibu
Justeru itu, ibu sangat marah kalau ada antara kami dulu membazir makanan, duit dll.....Memang teruk kami dikerjakan dulu.
Segala-galanya memerlukan wang pada hari ini. Termasuklah jika hendakkan perkhidmatan kesihatan.
Bagaimana pula jika orang miskin yang memerlukan rawatan kesihatan sedangkan mereka tidak ampu untuk membayar? Seolah-olah hak mereka untuk mendapatkan perkhidmatan ini dinafikan sama sekali.
(bayaran deposit di KPJ - untuk kemasukan wad- kebiasaannya lebih RM 1 000.bukan semua orang mampu)
Menyedari realiti ini, saya sangat bersyukur kerana Allah telah mengurniakan saya dengan kesihatan dan kesenangan.
Adakah selama ini kita bersyukur dengan apa yang kita ada?

Tiada ulasan:
Catat Ulasan