Ahad, 20 Januari 2008

Anda boleh memasak?

Jawapan saya kepada soalan ini adalah YA.

Namun kebolehan saya memasak tidaklah sehebat mana. Hanya cukup untuk mengubati perut yang dilanda kebuluran. Sedap atau tidak itu lain ceritanya. Apa pun, saya tidaklah sampai terlalu kekok sekiranya membantu ibu di dapur menyediakan bahan untuk di masak.

Nasi, mee dan bihun goreng


Ini adalah menu yang sering dihidangkan dan dibuat apabila tiba giliran memasak di rumah sewa. Resepinya bergantung kepada bahan yang ada di rumah. Cara masak pun "basic" sahaja dan tidaklah terlalu rumit seperti memasak dalam rancangan TV.

Sup

Pertama kali saya memasak sup pada tahun 2005 semasa mula tinggal di luar kampus UM. Senang sahaja cara mempelajarinya. Saya cuma membeli paket sup tulang adabi dan seterusnya "follow the direction". Hasilnya boleh tahan juga.

Lain-lain
Menu yang lain ialah masak sambal (ayam, ikan, daging), masak kicap, kari, sayur goreng dan sayur bening. Tak ketinggalan juga nasi lemak.

Saya sedang cuba belajar memasak lauk gulai lemak dan asam pedas.

Sedar tak sedar, memasak juga menjadi salah satu daripada hobi saya. Memasak juga salah satu cara saya bersedekah dan membantu meringankan beban sahabat serumah yang sering kelaparan. Biasanya saya memasak untuk kuantiti 3 hingga 6 orang.

Banyak hikmahnya belajar memasak ni.

Percaya atau tidak, saya sangat gembira dan berpuas hati apabila dapat menjamu kawan-kawan dengan masakan saya sendiri. Lebih lebih lagi apabila dapat memasak untuk ibu tersayang. Cukup senang hati melihat ibu tersenyum menikmati hidangan yang kita sediakan, walaupun yang dihidangkan cuma nasi goreng gaya orang bujang. Rasanya juga tak jauh beza dengan nasi goreng di kedai.

Memasak juga memerlukan kesabaran dan ketelitian. Dan yang paling saya sedari, memasak mengajar saya untuk menjaga kebersihan.



Selain itu juga, memasak juga kalau kena gayanya, boleh mendatangkan rasa insaf dan bersyukur dengan rezeki yang dikurniakan oleh Allah. Kita beruntung masih lagi boleh menikmati makanan yang baik dan sempurna, berbanding mereka yang tak cukup makan dan kebuluran menunggu MAUT di luar sana.


4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

mbah ni buat aku lapar je la tp gmbr yg last tu sedih la.bersyukur la dgn apa yg kita ada kan

Tanpa Nama berkata...

Aku suka masak.

Aku suka makan.

Sebab org lain tak nak makankan utk aku, aku masak sendiri.

fauzi berkata...

terima kasih bibik kerana sedar pada mesej yang nak diberi pada entry ni

zaini berkata...

post yg ni memberi kesedaran kpd kami tuk belaja memasak..tp xle nk lwn hang,mana la tau satu ari nanti hang ganti chef wan...Chef Poji..hi2

amalkan diri berzikir ms memotong bawang dn len...ketika msk pon boley

E-book

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...