Assalamualaikum
Beberapa minggu lepas saya dan kawan saya encik pidut pergi ke PC fair di KLCC. Saya tidak ada apa pun yang hendak dibeli, cuma meninjau-ninjau. Ini adalah kali pertama ke PC fair di KLCC. Sebenarnya saya menemankan Pidut untuk membeli kamera bagi pihak adiknya.
Sebenarnya memang tak rancang hendak ke sana, sengaja singgah di Sungai Penchala sementara tunggu masa untuk menonton perlawanan hoki di bukit jalil antara Malaysia dan Sepanyol yang akhirnya berkesudahan Malaysia tewas 2-7. Kami menaiki LRT dari KL sentral ke KLCC. Keadaan amat sesak sekali di KL. Jangkaan saya mereka juga ingin pergi ke PC fair.
warga afrika (juga diulas oleh encik pidut dengan lebih teliti di blog)
Semasa di dalam LRT kebetulan kami disapa oleh 2 orang warga Afrika yang datang ke Malaysia untuk urusan perniagaan. Seorang kristian dan seorang Muslim. Agak peramah dan umurnya lebih kurang sebaya dengan kami (tak ingat berapa). Saya juga sudah lupa nama mereka. Perbualan dilakukan menggunakan bahasa Inggeris. Walaupun English saya agak berterabur, namun mereka dapat memahaminya dengan jelas. Alhamdulillah.
Tiba-tiba saya dikejutkan dengan satu soalan agak sensitif. Soalan yang berbau perkauman dan diskriminasi warna kulit. "Malaysia people don't like african?they don't like black people?" lebih kurang begitulah maksudnya. Saya bertanya mengapa mereka kata begitu? Ini adalah atas pengalaman mereka sendiri yang terkena dengan sikap melayu moden yang "sangat bersopan santun dan budi bahasa!!!" seperti dalam kepala masyarakat kita tertanam dasar Arpateid secara halus..
Mereka dipandang serong dan diherdik / dibentak dengan keras hanya kerana berbual-bual dan bertanyakan soalan kepada seorang gadis Melayu. "They say this to me - Hey what are doing talking to that girl!!!! - is it wrong having a chat with malay girls? I've been to many country such as Saudi Arabia, America, turkey and I have no problem when talking to local girls. But it seems different here..."
(maaf jika ada kesalahan ejaan dan tatabahasa)
Kami sebagai orang Melayu, Muslim dan warganegara Malaysia agak malu dengan soalan mereka. Agak mendukacitakan hal ini terjadi dalam masa yang sama kita di war-warkan sebagai masyarakat yang berbudi bahasa dan bersopan santun. Kami memohon maaf kepada mereka dan menjelaskan mengapa hal ini boleh berlaku. Walaubagaimanapun kami pasti hal ini akan diingati oleh mereka seumur hidup.
Kebetulan kami menuju ke destinasi yang sama. Jadi kami sempat menunjukkan sedikit kepada mereka tempat-tempat di Suria KLCC. Mereka mengucapkan berbanyak terima kasih kerana melayan mereka. Kami tidak pernah berjumpa mereka lagi selepas itu. Saya secara peribadi sangat terkesan dengan perbualan tersebut. Malu dan sedih sebagai umat Islam. Warga afrika yang beragama Kristian itu berbual mesra dengan kami dan sentiasa sahaja tersenyum. Berbanding dengan tingkah laku muslim di Malaysia yang terus terhakis nilai-nilai mulia dalam diri.
Sedih juga berjalan di KLCC melihat akhlak remaja Muslim yang semakin jelas teruk. Rasanya seperti tiada beza dengan pakaian muda-mudi sekarang dengan remaja di barat. Bagi yang perempuan, mudah sahaja menayang lurah di dada. Yang lelaki dengan gaya rambut dan pakaian yang entah apa-apa.
Isnin lepas saya ke MPH Midvalley untuk mencari buku. Semasa membelek buku yang baru di beli, seorang perempuan bertudung bersama lelaki duduk berbual di tepi saya. Lawa perempuannya hehehe..... Tetapi saya dengan mudah dapat melihat jalur gemilang seluar dalam perempuan tersebut. Kulitnya memang boleh nampak jelas (jangan salah sangka..saya bukan kaki skodeng!) Saya jadi malu sendiri dan terus angkat kaki dari situ.
Itu hanya sedikit contoh yang berlaku dalam masyarakat di Malaysia hari ini.
hmmmm...Bila fikir-fikir semula, ini ke negara Islam yang dipandang hebat oleh negara luar?

Tiada ulasan:
Catat Ulasan