Sabtu, 22 Disember 2007

sedikit cerita......

Assalamualaikum


Sempat lagi menulis untuk Aidiladha kali ini. Selamat menyambut Aidiladha kepada semua umat Islam. Moga sama-sama memperoleh pengajaran dari peristiwa Aidiladha ini. Tahun ini saya dan keluarga menyambut Aidiladha di Mersing. Semua ada kecuali adik yang belajar di UPM yang sibuk training hoki. Atletlah katakan.

Kali ini saya mendapat pengalaman baru bersolat hari raya di markaz PAS Air Merah, Mersing. Setelah didesak oleh makcik saya, saya pergi juga walaupun berat hati. Dekat sahaja dengan rumah nenek, saya pergi menaiki motorsikal bersama pakcik saya(ada bau2 bacang). Sepanjang atas motor baru saya tahu dia merupakan penyokong kuat PAS. Sempat juga saya diceramahkan atas motor tentang kewajipan menyokong PAS. Keluar hujjah-hujjah menyokong pendapatnya.


Tetapi saya sedikit kecewa dengan cara "dakwahnya" pada saya, seperti menganggap saya anak kecil yang tak tahu apa-apa. Dan caranya juga dilihat keras dan memaksa. Saya biarkan sahaja. Bukan membenci, cuma kecewa metode dakwahnya (pakcik saya) yang kurang berkesan. Jika cara dakwah keras dan terlalu memaksa, bagaimana nak menarik orang pada ISLAM? Sedangkan Islam itu agama yang MUDAH. "buat apa kita hendak sembahyang di masjid yang tolak Islam tu? baik kita solat di sini." antara ayat yang kurang menyenangkan hati saya.

Saya yang mempunyai basic Syariah juga kurang merasa tertarik untuk mendengar penjelasannya. Bagaimana pula nak menarik belia-belia dan remaja yang bermasalah di luar sana?

Ada juga benarnya...Tetapi jika kita nak berdakwah, perlu dekat dengan masyarakat, dekat dengan sasaran dakwah. Tapi kalau kita terus tinggalkan, tak dekati, dan hanya tahu menyalahkan mereka !00%, bagaimana nak dakwah? Bagi saya itu terus akan memburukkan imej orang dakwah, hanya tahu menyalahkan, tanpa mendekati dan membimbing mereka. Contohnya masalah dikalangan remaja. Mereka perlu didekati, dibimbing. Kita perlu berkawan dengan mereka. Bukan hanya tahu marah, menyalahkan, seolah-olah kita sahaja betul, mereka sahaja yang salah. Mungkin rakan saya UMMU HANI lebih tahu mengenai hal dakwah ini berbanding saya.

Terkenang kata-kata Tuan Guru Nik Aziz "kita kena banyak bercakap pasal Islam, bukan pasal parti PAS, sebab matlamat kita nak tarik masyarakat kembali kepada ISLAM" (lebih kurang begitu yang ada dalam ingatan saya)

Nak berdakwah, kena betul juga caranya kan...Teringat pada artikel yang ditulis oleh ustaz Hasrizal yang menceritakan bagaimana bila dia ditanya oleh seorang remaja mengenai kewajipan bertudung. Sila lawati dan baca entry tersebut di saifulislam.com

Baiklah berbalik pada cerita Aidiladha saya. Solat dan khutbah di markaz tersebut berjalan lancar. Khutbah Alhamdulillah tidak meleret-leret. Padat dan penuh pengisian, namun ada berbau politik, biasalahkan...Namun perkara itu sememangnya perlu diucapkan.
Selepas solat, saya pulang menukar baju untuk membantu menyembelih lembu di markaz tersebut. Sambutan orang ramai amat menggalakkan. Ramai sekali yang datang membantu. Saya hanya dapat membantu mengepung dan menarik lembu, memegang semasa melapah dan tak lupa juga tolong makan tengah hari. Sebanyak 14 ekor lembu dikorbankan dan kerja-kerja menyembelih dan memotong-motong daging semuanya selesai pada waktu zohor. Sungguh pantas kerja-kerja yang dilakukan, hasil kerjasama daripada orang ramai yang hadir.

Antara gambar yang di ambil


pasrah menunggu ajal



saat dikorbankan



daging dilapah


Saya tak kelihatan kerana sedang mengambil gambar. Saya rasa seronok kerana dapat memberikan sedikit bantuan menjayakan aktiviti korban ini. Lagipun tak patut tak pergi kerana nenek dan makcik saya membuat 3 bahagian korban di Markaz tersebut.

Ini sahaja buat masa ini. Doakan saya mempunyai idea untuk menulis sedikit tentang NASYID.


Tiada ulasan:

E-book

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...