Musim cuti sekolah diketahui umum adalah musim kenduri. Alhamdulillah selepas Aidiladha yang lalu saya sempat menghadiri 3 kenduri. 2 di Johor dan 1 di Kuala Lumpur. Tahniah sahabat saya Rohani Samsi a.k.a nenek, Anuar Sajari dan Syed Muhammad AlKaff. Semoga bahagia hingga ke syurga bersama yang tersayang.
Minggu ini selain kenduri, terdapat beberapa perkara yang membuatkan saya tersenyum dan mengelamun. Yang pastinya gembira berjumpa kawan-kawan lama semasa disekolah dahulu. Macam-macam perangai yang ada. Pastinya kisah-kisah lama menjadi bualan sambil bertanyakan perkembangan semasa. Tanpa kenduri seperti ini, sukar rasanya kawan-kawan lama hendak berkumpul semula. Keceriaan boleh dilihat pada wajah masing-masing.
Di Batu Pahat
Kami ke rumah saudari Rohani yang kami panggil ‘nenek’ semasa belajar di tingkatan 6 dahulu. Saya, ustat (muhaimin), amen, bain, Gmat dan Wiwin sampai kira-kira jam 4.45 petang. Aziah dan Norlia sudah pun menunggu di
sana. Senyum meleret si pengantin melihat kami dating meraikan majlis mereka. Kami tak boleh lama, perlu bergerak ke Semerah pula.
Sampai tiba di Semerah pada pukul 6.20 petang. Bain dan Gmat perlu pulang terlebih dahulu dan kami disertai saudara Faiz Ateman yang menunggu di Parit Sulong. Saya menunggu saudar Hafiz Subahir menunjukkan temapt kenduri. Semasa tiba, meja-meja sudah pun dikemas dan pengantin (Anuar Sajari) sedang menyental periuk.
(tiada gambar diambil)
Terkandas………
Sebelum ke KL, kami telah terkandas di Melaka kerana bateri kereta yang sudah nazak. Sebelum ini kereta buat hal di Batu Pahat, namun berjaya diatasi dengan menukar sebentar bateri kereta. Sangkaan bateri akan di cas semula selepas berhenti di Melaka meleset. Kereta hanya boleh dihidupkan enjin dengan “ditolak” dahulu.
Alhamdulillah mujur ada sahabat yang sudi membantu.
gewe yang membantu kami
Terima kasih kepada saudari Ain dan keluarganya di Melaka kerana sudi menerima tetamu pada lewat malam dan membenarkan kami menginap semalaman. Terima kasih juga membantu memanggil mekanik walaupun jam sudah menunjukkan jam 11 malam. Allah jua mampu membalasnya.
Kenduri di KL
Majlis diadakan di Wisma OCM Jalan Hang Jebat. Ramai sungguh yang hadir malam itu. Kami, kawan-kawan pengantin segan juga hendak masuk ke dewan majlis. Majlis berjalan lancar dan ini kawan-kawan yang sempat hadir.Tahniah kepada Syed Muhammad Alkaff
1 ulasan:
ala.. tolong org, ape salahnye.. kawan2 sndiri gak..
sok2 kalo aku susah, mgkin org lain hulurkan bantuan plak kan?
;D
Catat Ulasan