Rabu, 19 Disember 2007

NFB3 dan nasyid

Assalamualaikum


Sempat menulis kali ini kerana berada di kampung halaman...Lama juga rasanya tak balik kampung. Kucing-kucing nampaknya masih sihat dan cukup makan. dan semakin manja nampaknya.

Nak jelaskan sedikit tentang nama blog, kenapa NFB3. Itu merupakan singkatan nama saya Nur Fauzi bin Bassar. Nombor 3 dipilih kerana saya merupakan anak yang ke-3 dalam keluarga. Jika letak NFB sahaja, singkatan yang sama dengan 2 orang abang saya - Nur Fadhli Bassar dan Nur Fahmi Bassar. Setakat ini, itu nama yang dipilih. Mungkin akan ditukar jika ada nama lain yang sesuai.

perihal nasyid saye

Sedar tak sedar lama juga terlibat dengan nasyid ni. Bermula agak lewat semasa di tingkatan 4 sebagai watak tempelan yang tak penting, hingga menjadi antara pemain utama semasa di tingkatan 6. Walaubagaimanapun di sekolah, pencapaiannya tak hebat pun. Paling baik tempat ke-3 saingan peringkat negeri. Tambahan pula saya cuma berperanan sebagai pemain alat perkusi (congga) yang selalunya tidak kelihatan atas pentas kerana dilindung oleh vokalis lain.

Masuk ke IPTA (UM), minat masih lagi diteruskan. Malah itulah satu-satunya aktiviti luar kuliah yang paling aktif saya sertai, walaupun tidak berdaftar dibawah mana-mana persatuan dan bergerak secara sendiri. Kerap juga menerima undangan dalam UM dan sesekali di luar kampus. Namun peranan dari pemain perkusi di sekolah, tugas beralih pada menjadi vokalis latar harmoni dan sesekali vokal solo. Permulaannya amat sukar, kerana memerlukan suara yang tinggi dan pernah menjadi bahan jenaka di atas pentas......pengalaman tu....
Hasilnya, walaupun tak sebaik penyanyi profesional, tapi bolehlah kalau nak menyanyi sikit-sikit. Tak la sumbang sangat bunyinya.
Kami juga bersyukur kerana kumpulan ini diberi peluang melatih kumpulan nasyid Sekolah Seri Puteri di Kuala Lumpur selama 2 tahun. InsyaAllah tahun 2008 akan dijemput sekali lagi.

Saya amat berterima kasih kepada arwah ayah yang memupuk minat saya terhadap seni hiburan Islam yang mendidik ini. Semua bermula dengan kemunculan kumpulan Raihan. Pada mulanya saya memang tak ambil peduli. Lebih senang mendengar muzik balada dan rock, terutama dari artis barat seperti Scorpion, offspring, richard marx, michael learns to rock, bryan adams dan lain-lain. Satu hari pada tahun 1997 ayah membeli kaset Raihan setelah didesak oleh adik bongsu saya dan didengarkan bersama di rumah. Lama-lama jadi semakin tertarik.

Hasilnya, adik saya yang mendesak untuk dibeli kaset Raihan dulu, kurang berminat lagu nasyid, tetapi saya yang dulunya tidak minat, menjadi sangat tertarik dengan alunan nasyid yang mendidik hingga sekarang. Walaubagaimanapun saya tidak meminggirkan irama muzik lain. Masih juga dengar (yang minat sahaja), tapi nasyid adalah hiburan no 1 di hati. Dan Alhamdulillah, Allah anugerahkan saya sedikit bakat dalam seni suara dan telinga yang peka dengan nyanyian yang sumbang. Harap suara ini dapat digunakan untuk kebaikan, dan dijauhkan dari penyalahgunaan seperti untuk popular, mencari publisiti, riak dan macam-macam lagi. Na'uzubillah.....

Post yang akan datang mungkin akan menjelaskan serba sedikit tentang nasyid dan peranannya dalam menjadi hiburan alternatif yang mendidik.

Dibawah ini link untuk mendengar hasil rakaman suara saya dan kumpulan. Kami masih belajar. Sebarang kekurangan harap maafkan.
fawawzaiya.multiply.com
atau dengarkan 2 zikir ringkas di imeem.com
hasbirabbi
lailahaillallah

Tiada ulasan:

E-book

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...