Selasa, 9 Mac 2010

Bahasa kita, bangsa kita


Saya bukanlah graduan di dalam bidang bahasa. Juga tidak mahir dalam bidang bahasa. Jauh sekali menjadi pakar bahasa. Namun saya lebih selesa dan suka menggunakan Bahasa Melayu (mungkin disebabkan kekurangan ilmu dan tidak fasih menggunakan bahasa lain hahaha...). Rezeki saya setakat ini mengajar subjek Bahasa Melayu untuk pelajar sekolah rendah.

Ada sesuatu yang membimbangkan diri ini sejak mula mengajar bahasa kepada anak-anak. Generasi muda pada hari ini semakin tidak tahu berbahasa Melayu dengan baik. Penggunaan bahasa rojak dalam kalangan pelajar semakin menjadi-jadi. Pelajar seawal usia 6 tahun sudah menggunakan Bahasa Melayu bercampur dengan Bahasa Inggeris. Malah terasa sukar dan kekok jika mahu berbahasa Melayu sepenuhnya.

Tulisan Jawi? Juga menghadapi masalah yang besar. Merangkak-rangkak pelajar membaca Tulisan Jawi. Gambaran di dalam kartun di atas benar-benar berlaku dan amat mudah untuk kita temui hari ini.

Bahasaku.......

1 ulasan:

R3alfarhha berkata...

kesilapan paling ketara anak2 muda hari ini - menganggap 'Jawi' itu sebuah bahasa, padahal hakikatnya Jawi itu adalah tulisan! Tulisan Jawi ditulis dalam Bahasa Melayu.

kecewa kerana sukar mendapatkan akhbar & bahan bacaan bertulisan jawi...

E-book

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...