Hari Sabtu saya tidak ke mana-mana. Sekadar bermalas-malasan di rumah, melapangkan kepala sebentar setelah mengajar 5 hari....Menenangkan...
Hari menjelang senja, perut terasa lapar minta di isi. Hal ini turut di rasai oleh isi tumah lot 3059-G Sungai Penchala. Hendak makan diluar, rasa malas (pada hal sedang berjimat..........). Setelah sesi tolak-menolak siapa yang mahu memasak berlaku (kerana masing-masing rasa malas memasak...tak kurang juga yang tak tahu memasak), maka terpaksalah diri ini beralah pergi ke kedai membeli bahan memasak.
Lantaran kemalasan itu juga, menu masakan juga ringkas. Sekadar nasi goreng + sotong dan telur dadar. Mudah kerana cara memasak yang mudah dan tidaklah lama.
Sebenarnya bukan memasak yang leceh. Yang lecehnya ketika mahu menyediakan bahan (membasuh, memotong dan menghiris apa yang perlu) dan mengemas serta membasuh peralatan yang telah digunakan. Lebih leceh lagi bila dilakukan bersendirian...(sungguh sedih dan penat..)
Bahan yang diperlukan ialah:
Nasi 2 pot..Cukuplah untuk 3 orang..
Bawang besar 2 biji dihiris halus.
Bawang putih 5 ulas, di hiris atau dihancurkan.
Cili padi 15 biji. Nak pedas, tambah lagi. Dicincang/tumbuk.
Sotong putih 3 ekor. Potonglah ikut suka....
Lobak merah sebiji dipotong halus.
Daun bawang dipotong halus.
Kicap manis
Minyak.
Garam.
Tak lupa juga peralatan seperti kuali, pisau, papan pemotong, dapur memasak dan juga tong gas.
Cara memasak?
Tumis bawang dan bawang putih.
Masukkan cili padi.
Bila cili dah masak, masukkan sotong, garam.
Masukkan kicap pulak.
Agak-agak sotong dah masak, masukkan lobak merah (masak kejap je).
Kemudian masukkan nasi, gaul dan goreng sampai puas hati.
Akir sekali masukkan daun bawang, gaul.
Maka siaplah nasi goreng sotong versi 'suka hatilah nak letak apa.'
Telur dadar? Tak perlu jelaskan rasanya..Takkan goreng telur pun tak tahu kan?
Cukuplah menu di atas menjadi hidangan kami di rumah malam itu. Berapa kos? Tak sampai RM10 pun. Dapatlah berjimat sedikit.
Alhamdulillah. Segala pujian bagi Allah yang memberi rezeki kepada hambaNya.
Gambar terlupa nak ambil. Bila teringat nak ambil, kuali dah licin.....

Tiada ulasan:
Catat Ulasan