Jumaat, 30 Jun 2017

Philips pressure cooker tak kualiti?

Post pasal periuk philips yang lalu boleh tahan juge yang baca. Ada juge yang share & tepek kat fesbuk lagi. Terima kasih la ye baca.

Tapi biasa la kontroversi sikit sebab agen amway ramai yang tak suka. Bukannya kita ni anti dengan MLM amway tu. Kat rumah ni ade haaa steam iron philips yang amway jual. Kita beli & guna juga barang amway. Sebab kat pasaran susah nak jumpe iron gedabak bagus begitu. Beli siap dapat iron board besau lagi. Mudah dan lancar kerja gosok bajuu.

Tapi bila tang periuk tu, ade alternatif lain yang lagi murah & kualiti pun ok. Jadi ikut poket la kan. Rasa banyak duit, beli la noxxa tu. Rasa bajet cipuuut, kasi angkat la philips 2139 tu. Harga kat lazada rm350 kot.


Tak setuju tu tak kisah. Pendapat masing-masing kan..masa tu memang baru 2 hari pakai. La ni dah berbulan-bulan. Dan sebelum ni pun bukan tak ada orang lain yang pakai periuk philips ni. Dah bertahun juga kot sampai ada juga fb group untuk philips pressure cooker ni.

Dah 7 bulan guna periuk ni. Hampir setiap hari weii guna. Dapur gas pulak jarang guna. Alhamdulillah setakat ni tak ada masalah nak guna. Takdenye nak buang. Warranty masih ade lagi ni haa. 2 tahun ye warranty.

* balik kampung kawan gune juge noxxa buat masak, sebab adik ade beli letak kat rumah.

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Mungkin sayalah puncanya. Saya copy atikel tuan beserta link blog tuan & viralkan wasap kpd semua kwn2 & grup wasap Saya. Niat supaya jgn ada yg tertipu. Tapi mungkin juga da menyusahkan tuan. Maaf

Nur Fauzi berkata...

Tak ada masalah pun. Biasalah agen panas sikit. Kita pengguna memang akan cari alternatif yang murah.
Saya kalau balik kampung guna juga periuk noxxa tu sebab adik dah beli.
Bukan anti noxxa pun. Cuma poket kita ni tak tebal nak beli periuk tu.

hairilsahar berkata...

Salam. Tuan guna model hd2139 ke? Ada masalah tak dengan silicone seal dia? Ada user cakap lps 6 kali guna, getah silicone dah cair/keras & pressure dah kurang. Mohon pencerahan.

Nur Fauzi berkata...

Saya dah guna setahun 7 bulan. Dalam seminggu mesti 3 atau 4 kali guna. Ada masa memang berkali-kali guna sehari.

Setakat ni alhamdulillah masih ok lagi.

Lepas guna selalu cuci dan bersihkan penutup dan silicon ring di penutup.

Ahmad Javanese berkata...

Assalaamualaikum boss. Saya suka baca post tuan pasal nampak amat neutral. Noxxa tak dikutuk, tapi dikritis dari sudut harga. Phillips pula dipuji seadanya, berdasarkan pengalaman mengguna :D [mcm pantun la pulak aku ni. hahaha!]

Anwyayz, setakat ni mmg ok ka lagi periuk tu? Saya dok usha. Of kos ramai promo Noxxa. Wife pulak kakak dia (dan mungkin adik dia juga) pakai Noxxa. Of course pujian Noxxa melambung2 tinggi. Soalan saya... berdasarkan pengalaman tuan guna kedua2 nya (sebb katanya kat kampung ada juge Noxxa?)... adakah rasa berbaloi beli noxxa vs phillips? Mungkin dari sudut masa memasak, kualiti masakan, cara2 memasak (stir fry, fry biasa, masak nasik dan lain2...)

Saya newbie lagi bab pressure cooker ni. Jenama pertama yg ditonyohkan ke muka saya of kos Noxxa. Jadi nak tak nak, ter bias brand tu je. Tapi saya pulak kadang berhati2 dengan MLM. Sebb mmg agen akan nak promokan produk dia sebaik mungkin (takde salah disitu tapi. nak jual barang, mesti la promo terbaik...).

Anyway, la ni saya dapat offer Noxxa RM687.40 dari sorang agen (harga dia)... Phillips belum usha lagi. Tapi tu la, Phillips brand established. Noxxa pulek China (kan?) - dan kalau warranty, kena pergi ke kedai Amway dekat area2 Federal Highway (Petaling Jaya)... hehehehe

Anywayz, tu la kot komen dan soalan saya. Panjang pulak
Apa pon, post tuan mmg saya rasa amat lah terbaekkk!!! :D T kasih

Nur Fauzi berkata...

Sori boss. Banyak bukak fb jek sekarang.
Ikut la nak beli mana pun.
Kalau bajet rendah, yang lagi murah dari philips pun adee. Russel taylor ada tak sampai rm200 pun. Midea ke, butterfly ke.

Konsepnye sama je.
Noxxa ni kapasiti dia besar sikit. Philips ni 6liter je. Noxxa 8 liter. Lagi banyak la nasik boleh masak.

Cuma kalau dah beli tu kena rajin guna. Rugi dah beli tapi buat masak nasik je haha.

Lazada, shopee, ada banyakkkk.

Nur Fauzi berkata...

Saya masih lagi gunakan periuk philips philips ni sekarang. Masih setia berkhidmat. Cuma saya tukar pot sebab dalam dah calar balar. Tak reti jaga huhu. Saya tukar guna stainless steel pot. Tak risau calar dah. Cuma kalau masak nasik memang melekat dan lebih berkerak.
Kalau bake mode masak ayam pun berkerak lekat kulit & lemak.
Tapi masakan berkuah takda masalah.

E-book

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...