Jumaat, 30 Jun 2017

Philips pressure cooker tak kualiti?

Post pasal periuk philips yang lalu boleh tahan juge yang baca. Ada juge yang share & tepek kat fesbuk lagi. Terima kasih la ye baca.

Tapi biasa la kontroversi sikit sebab agen amway ramai yang tak suka. Bukannya kita ni anti dengan MLM amway tu. Kat rumah ni ade haaa steam iron philips yang amway jual. Kita beli & guna juga barang amway. Sebab kat pasaran susah nak jumpe iron gedabak bagus begitu. Beli siap dapat iron board besau lagi. Mudah dan lancar kerja gosok bajuu.

Tapi bila tang periuk tu, ade alternatif lain yang lagi murah & kualiti pun ok. Jadi ikut poket la kan. Rasa banyak duit, beli la noxxa tu. Rasa bajet cipuuut, kasi angkat la philips 2139 tu. Harga kat lazada rm350 kot.


Tak setuju tu tak kisah. Pendapat masing-masing kan..masa tu memang baru 2 hari pakai. La ni dah berbulan-bulan. Dan sebelum ni pun bukan tak ada orang lain yang pakai periuk philips ni. Dah bertahun juga kot sampai ada juga fb group untuk philips pressure cooker ni.

Dah 7 bulan guna periuk ni. Hampir setiap hari weii guna. Dapur gas pulak jarang guna. Alhamdulillah setakat ni tak ada masalah nak guna. Takdenye nak buang. Warranty masih ade lagi ni haa. 2 tahun ye warranty.

* balik kampung kawan gune juge noxxa buat masak, sebab adik ade beli letak kat rumah.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Mungkin sayalah puncanya. Saya copy atikel tuan beserta link blog tuan & viralkan wasap kpd semua kwn2 & grup wasap Saya. Niat supaya jgn ada yg tertipu. Tapi mungkin juga da menyusahkan tuan. Maaf

Nur Fauzi Bassar berkata...

Tak ada masalah pun. Biasalah agen panas sikit. Kita pengguna memang akan cari alternatif yang murah.
Saya kalau balik kampung guna juga periuk noxxa tu sebab adik dah beli.
Bukan anti noxxa pun. Cuma poket kita ni tak tebal nak beli periuk tu.

E-book

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...