Isnin, 17 Oktober 2016

Zombie & hantu solat.

Ini bukan cerita zombie solat betul-betul. Bukan juga hantu kak limah solat pakai telekung. Ini cuma respon pada gambar sekumpulan pelajar berpakaian & solek macam zombie dan hantu solat jemaah.

Gambarnye?

Boleh cubelah buat carian ye. Boleh jumpe kalau rajin.

Rentetan isu ni teringat ada pelajar yang tanya. Macam mana kalau kita ambik wuduk baru solek, kemudian solat?

Kita bagi ringkas saje ye. Tak mau masuk khilaf fiqh antara ulama semua. Nanti pening.

Senang kata sah solatnya andai cukup semua syarat dan rukun. Dia dah berwuduk (dan belum batal), pakaian pun cukup syarat menutup aurat. Jadi hukum solatnya adalah sah.

Jadi kenapa timbul isu?

Sebab pakaiannya itu dilihat pada pandangan masyarakat tak senonoh.

Isunya pada tertib dan adab untuk berjumpa pencipta kita. Bagaimana kita berpakaian untuk menghadap Allah. Sering kita dengar nak hadap tuhan, pakailah pakaian bukan saja menutup aurat malah sopan.

Lelaki solat pakai pakaian wanita.
Solat guna telekung penuh logo liverpool.
Lelaki solat guna kain pelekat, tak pakai baju.
Solat guna baju gambar tengkorak metal.
Boleh samakan dengan situasi ini?

Saya tak boleh nak cakap apa kalau macam alasan keperluan untuk program, untuk pementasan teater, macam-macamlah... Alasan memang boleh diberi.

Cuma teringat dalam kuliah Ustaz Hasrizal Abdul Jamil (tak ingat tajuk kuliah). Katanya kadang dalam hal permasalahan hukum yang baru ni sebelum kita tanya alim ulama, cuba kita tanya diri kita.

"Kalau Nabi s.a.w nampak, nabi suka tak?"

Tiada ulasan:

E-book

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...