Isnin, 12 Oktober 2015

Alkisah surau dan solat jemaah?

* diceritakan oleh orang lain.....

Maghrib dah nak masuk. Kena pergi solat cepat sebab waktu maghrib tak lama. Lagipun surau kat 'shopping mall' macam ni selalunya penuh kalau waktu maghrib ni. Lambat sampai, memang beratur la menunggu.

Tapi bagus la kan? Maksudnya ramai orang Islam yang peka dengan solat ni. Tak lupa solat walaupun dalam mood berbelanja sakan haha. Lagipun ada la harapan solat jemaah. Kalau kat rumah kadang dengan isteri & anak-anak je. Tu pun anaknye bukan solat pun, dok tawaf mak bapaknye solat. Kadang kalau balik lambat, solat sorang-sorang aje la.

Sampai kat surau, penuh.. Terlambat. Dah penuh orang solat jemaah kat dalam tu. Tunggu la sekejap. Bukan lama pun. Paling lambat pun 10 minit. Itu pun macam dah lama sangat la tu untuk solat maghrib di tempat yang sesak macam ni. Boleh ambik wuduk dulu.

Adalah dalam lima orang menunggu 'turn' untuk solat.

Tapi ade juga nampak dua tiga kerat yang solat sendiri. Walhal dah ade jemaah. Sangka baiknya, dia datang awal, atau nak cepat, ape-ape ajelah..Tapi rugilah pahala berjemaah tak dapat.

Okeh imam dah habis baca doa. Kena bagi laluan dulu orang yang selesai keluar. Maklumlah pintu kecik. Dah selesai keluar, masuklah sorang demi sorang. Wuduk pun dah kering sementara menunggu tadi. 

Tapi.


Yang janggalnya masing-masing yang masuk tunggu giliran tadi ambik 'port' sendiri, hadap kiblat, terus angkat takbir. Solat sorang-sorang. Tengok yang lagi sorang pun sama juge. Pakcik kat belakang menunggu tadi pun sama juga. Nak cepat sangat kot.

Cuba ajak sorang pakcik ni solat jemaah sama. Dia angkat tangan tanda menolak / tak mahu, Malu pulak aku rasa bila ajak solat jemaah orang tak mau, Dah semua tak mahu pulak jemaah.

 Datang lagi sorang 'brader' ni. T-shirt kolar, logo kat baju tulis KPM (Kementerian Pendidikan Malaysia). Cikgu kot ni. Takpun staff ppd ke, JPN ke. Kalau ajak mesti ok punya kan? 'Mind set' aku memang sangka baik pada warga KPM terutama cikgu,

Tapi meleset juge, Tak mahu juga dia solat sama berjemaah. Malu lagi aku.

Semua solat sendiri-sendiri. Tinggal la aku terkulat-kulat hajat nak solat berjemaah tak dapat. Bukan sebab tak ada orang lain. Tapi sebab yang ada tu tak mahu. Dipelawa pun tak mahu. Yang tambah tak sedap hati tu anak aku umur 4 tahun sibuk tanya :

" tadi kata kita nak solat sama-sama?" Dah aku pulak malu dengan anak sendiri. Tak dapat jawab aku. Bukan taknak mula dulu dengan anak aku. Tapi dah umurnye baru 4 tahun. Main je lebih nanti. 

Dengar ada beberapa orang ambik wuduk. Tunggu la kejap kan. Habis je sorang 'brader' tu ambik wuduk terus dia pergi ruang solat, carik 'port' dan angkat takbir. Tak sempat aku nak panggil ajak solat sama-sama. Lagi sorang pun sama, Cepat betul die gerak. 

Adelah dalam tiga empat minit aku tunggu barulah ada sorang 'brader' ni nak solat sama-sama. Bila dah mula berjemaah, barulah yang datang kemudian ikut.

Habis solat maghrib termenung jugelah sekejap. Tadi yang menolak pelawaan solat jemaah tu semua Melayu & Islam. Yang solat sendiri tak sempat anak panggil tu pun melayu Islam. Bukannya orang asing pun. Confirm IC biru semua. Tapi tak mahu bila ajak.

Kat surau yang sama, aku pernah jumpa sorang macha/baiya (orang asing la) dari negara mana tah bersungguh dia nak solat jemaah, Aku dah nampak dia pergi surau dulu tadi, Dalam 5 minit lepas tu baru aku pergi. Sangkaan aku bila aku sampai dia dah nak habis solat. Tapi bila aku masuk die berdiri tunggu orang (sebab tak ada orang lain). Terus dia pelawa aku solat sama-sama.

Maksudnye dia dah masuk tadi. Takde orang, Kalau dia nak solat sorang boleh je. Bukannya haram pun, Tapi dia tunggu juga kalau ada orang lain datang. Baiya tu kerja apa? Dia kerja 'cleaner' a.k.a tukang sapu / cuci je kat shopping complex tu. Kerja yang ramai orang tak pandang pun. Lagilah statusnya warga asing kat Malaysia ni, ramai orang lekehkan. Tapi bab hubungan dengan Allah dia jaga betul. Tak main-main.  Jujur rasa masa tu rasa malu sangat pada dia.



==================================================


Biasa terkena dan jumpa kan situasi macam ni?

Fenomena seperti ini memang biasa kita jumpa di Malaysia. Di Malaysia ni mudah untuk kita amalkan Islam. Kalau solat tu memang mudah betul nak buat. Mana-mana kita pergi senang nak cari masid, surau atau tempat untuk solat.

Stesen bas, lapangan terbang, balai polis, balai bomba, sekolah, pejabat kerajaan, shopping mall, hypermarket, semua ada surau. Ramai juga yang solat dan guna surau tu semua. Tapi walaupun ramai, ramai juga yang solat sendirian. Suaru hypermarket penuh, tapi ramai solat sendiri, walaupun nampak berdiri dalam saf yang sama dan berbaris.

Memang bagus ramai umat Islam yang masih menjaga solat. Tapi bukankah lebih baik kalau dah ramai yang pergi ke surau tu, kita solat berjemaah. Itu kan sunnah Nabi s.a.w. Jadi jom sama-sama kita tanamkan tekad dan biasakan solat berjemaah. Pahala lebih, ukhwah pun makin bagus. Bila dah terbiasa, kita akan cuba juga solat jemaah walau ke mana kita pergi sekalipun.

Jom kita mulakan!

Tiada ulasan:

E-book

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...