Ahad, 2 Ogos 2015

Tak tukar kerajaan pun Malaysia makin teruk juga

Ingat dulu bila nal pilihanraya. Sibuk BN mencanang dan kempen.

Jangan tukar kerajaan.

Risiko besar tukar kerajaan.

Tukar kerajaan negara huru-hara.

Antara alasan yang diberi ekonomi jatuh, nilai RM akan jatuh, macam macam lagilah. Negara bangkrap kononnya. Pembangkang tak pandai urus negara.

Sekarang?

Ayat kempen makan tuan.

Tak tukar kerajaan pun semua benda tu jadi juga. Siapa yang tak pandai urus negara sekarang ni?
Nilai RM memang dah jatuh pun sekarang.
Harga petrol dan diesel naik walaupun harga minyak dunia turun.
Pertumbuhan ekonomi banyak terbantut.
Kos sara hidup tinggi dengan banyak kenaikan sana sini.
Hutang negara dah makin menimbun.
Kes rasuah dan songlap makin teruk. 1mdb punya pasal contohnya.
Kes songlap lain menyepi tak memasal.

Laporan pertumbuhan ekonomi hanya kosmetik nak sedapkan hati.

Jadi nak salahkan pembangkang juga.

Bukanlah nak puji melambung sangat pembangkang di Malaysia. Ada juga salah silapnya. Tapi dengan budaya politik totok kebanyakan rakyat Malaysia sekarang, boleh terlungkup negara.

Lepas dah buat salah, salahkan pembangkang. Punyelah murah harga diri.
Bila pemimpin buat salah, kita bising.
Padahal bukti jelas dah nampak muke penipu penyangak kaki rembat semua. Pergi pangkah juge apehal?

Sekian luahan rasa terhadap Malaysia yang cacamarba.

* terbaru hal menteri pengkid merapu. Dah takde orang lain nak angkat jadi pemimpin? Bila die keluar kenyataan bengong, kita bentak. Patutnya salahkan sekali siapa yang pergi pangkah pengkid tu naik menang pilihanraya.

* TPM cakap pun kena pangkah, cantas sampai hilang jawatan. Ape sangat kalau rakyat biasa cakap? Ade die orang atas sana kisah?

Tiada ulasan:

E-book

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...