Selasa, 4 Ogos 2015

Derma, 2.6 billion jadi mainan.

Kecoh kan sekarang pasal derma RM2.6 bilion?

Siapa punya derma? Ramai dah tau. Kalau tak tahu tu, cube buat carian 'derma RM2.6 bilion'. Mesti banyak berita keluar, termasuklah berita lawak dan 'troll'.

Jadi mainan dah istilah derma tu sekarang.
Bukak FB dan lihat sendiri, banyak 'posting' FB buat masa ni ada kaitan dengan derma dan RM2.6 bilion (termasuklah FB saye haha).

Kelakar tu kelakar juga.

Tapi sedih dalam masa yang sama.

Isu ini bukan setakat di Malaysia saja, malah dah 'international'. Jadi bahan lawak dan mainan pasal Malaysia dan pemimpinnya yang korup.

Malah menunjukkan betapa agensi dan suruhanjaya yang nampak gah menjadi bodoh dan bangang dengan keluarnya istilah derma.

Guna istilah derma, Habis cerita. Tak perlu dakwa. Tak kiralah jumlahnya berapa bilion RM sekalipun. Kalau derma, habis cerita. Selamat.

Senang kan siasatan Malaysia? Tahniah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Selepas ini tukar saja pada derma, maka selamatlah semua. Alangkan 2.6 bilion pun lepas, apa sangatlah takat ribu-ribu RM derma kan?

Nak derma untuk buat surau di Universiti? Masukkan saje duit dalam akaun peribadi Naib Canselor universiti tu. Kalau kos RM100k, terus masukkan semua.
Tak jadi isu. Itu kan derma.

Nak derma buat dewan sekolah? Masukkan dalam akaun peribadi pengetua/guru besar sekolah. Akaun pengerusi PIBG pun boleh. Kalau sejuta pun, sejutalah kita masukkan.
Tak jadi isu. Itu kan derma.

Nak derma perbelanjaan makanan anak yatim? Masukkan ke akaun peribadi pengurus pusat anak yatim tu. Berapa nak bagi? 10 ribu? 20 ribu? Masukkan semua.
Tak jadi isu. Itu kan derma.

Nak derma untuk pembangunan masjid? Masukkan duit ke akaun imam atau pengerusi masjid. Bendahari masjid pun takpe. Tak apalah kalau kosnya sampai RM 5 juta sekalipun. Masukkan saje.
Tak jadi isu. Itu kan derma.

Ingat.
Tukar ke istilah derma.
Selamat semua.

Selamat menderma.

Tiada ulasan:

E-book

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...