Rabu, 29 April 2015

Arba Network Haram: gharar, riba, scam!

Memang ramai yang tak puas hati punya. Komen post Arba yang lepas pun dah ramai juge datang komen. Dah bedah juga sikit kat post lepas pasal akad muamalat yang diguna.

Pada yang terlepas pandang, JAKIM ada keluarkan kenyataan berkenaan arba. Sebab depa dok jual nama jakim kata jakim dah semak pelan mereka dan luluskan (memang pembohong la). Boleh cuba baca sini.
Jakim nafikan terlibat dan semak pelan arba network ni. syarikat CWC pun tak ada panel syariah yang dilantik untuk mengesahkan mereka ikut garis panduan MLM syariah yang JAKIM keluarkan.

Tang tu dah kantoi besar-besaran. Bila dah jadi begini mesti akan ada tindakan susulan punya. Tunggu saje la ye. Cuma cepat atau lambat saje.9

Kali ni nak tepek perjanjian. Klik pada gambar untuk besarkan. Kabur sikit, tapi masih boleh baca.








Mana dapat semua ni? Kalau rajin cari kat internet boleh jumpa juge. Yang ini memang ada peserta yang dah tarik diri beri untuk disemak.

Mereka kata mereka guna akad jual beli, tiada pelaburan atas nama mudharabah atau syirkah dan lain-lain. Jadi bila jual beli dah berlaku, maka ikut suka syarkat nak bagi hibah berapa pun pada peserta. Itu hukum muamalat yang depa pakai. Tak tau siapa yang dirujuk, tapi pastinya yang dirujuk itu bukan pakar muamalat dan fiqh. Kenapa? Sebab penilaiannya begitu ringkas dan mudah, tak menggambarkan dan tak teliti betul perjalanan urusniaga yang berlaku.

Serius, tahap begini tak perlu pakar muamalat, alim ulama, mufti nak menilai. Cukup pelajar dalam bidang fiqh muamalat yang belum 'grad' tengok pun dah boleh kesan gharar di sana sini, dan membuatkan benda ni tak layak dapat sijil patuh syariah.

Kita pergi sedikit perincian. Saye guna bahasa mudah, penjelasan ringkas supaya orang boleh nilai dan fikir.

Jual beli? wakalah?

Dalam iklan yang berlambak di blog dan FB semua ada sebut mereka buat urusniaga jual beli, ada perjanjian siap stamping LHDN. 

Tengok dalam perjanjian. Tak ada pun disebut jual beli berlaku. Perkataan yang digunakan adalah usahasama. Macam-macam tafsiran boleh diberi usahasama ni. Dalam perjanjian pun takde jelaskan pun usahasama tu dalam bentuk apa. Kita tak pasti. Itulah gharar. 

Yang ada dalam perjanjian persetujuan melantik pihak arba jadi agen pemasaran. Itu dah kira jadi akad wakalah pula. Mana jual belinya? Bukan tak boleh nak ada akad wakalah. Mungkin wakalah ni digunakan selepas jual beli dilakukan. Tapi kalau jual beli, sebutlah jumlah dan nilai jualan produk ada berapa dan apa barang yang dah dapat. (ini boleh rujuk resit. tapi takde pun sebut merujuk pada nilai belian resit ke ape ke)

Jadi kat situ saja kita dah boleh keliru dan tak pasti macam mana aliran transaksi yang sebenar. Itu pun gharar juga.

Ok. Dalam iklan ada sebut pembeli / peserta beli barang nilai 1000 atau 10000 (contoh). Peserta / pembeli cuma dapat 1/4 produk sahaja. lagi 3/4 produk diuruskan jualan oleh syarikat. 

Nilai dalam perjanjian dan wakalah?

Semak balik perjanjian. Saya boleh terima kalau kata perjanjian ini adalah berbentuk wakalah. Dalam iklan kata syarkat uruskan baki 3/4 jualan. Dalam perjanjian ada disebut peserta lantik arba jadi agen pemasaran. Tapi cuba semak nilai yang ditulis. Dalam perjanjian ditulis RM20 000. Itu adalah nilai penuh belian. Walhal peserta diberitahu hanya 3/4 dari jumlah produk akan diuruskan jualan oleh syarikat.

Jadi nilai yang sepatutnya tak sampai pun RM20 000. Peserta beritahu 1/4 produk memang diserahkan pada peserta. Jadi kenapa dalam perjanjian tulis nilai penuh 4/4 kalau kata arba jadi agen pemasaran produk? Nilai yang sepatutnya ditulis kalau betul arba uruskan jualan adalah RM15k. Itu pun dah timbul kekeliruan. Nampak tak? Nilai yang diserahkan, diuruskan mesti ditulis secara tepat. Kalau macam ni kena 'game' saje la peserta.

Perincian belian produk.

Tengok pada gambar resit kat atas. Itu resit untuk belian produk harga RM10k. Ada tulis arba passive yang bernilai RM7.5k (3/4 daripada nilai keseluruhan RM10k). Tapi yang menjadi masalah adalah peserta tak diberitahu pun apa dia produk dalam arba passive tu? Pembeli sepatutnya tahu walaupun beli atas nasihat dari syarikat, tapi sekurang-kurangnya mesti tahu apa yang dibeli. Bukan main hulur duit saja. Gharar lagi kan? Beli produk tapi tak tahu apa yang dibeli.

Beli dengan pihak lain, perjanjian dengan pihak lain?

Peserta beli dengan pihak CWC. Boleh tengok pada resit. Beli dengan CWC tapi perjanjian tiba-tiba dengan arba? Arba ni entiti apa? Group / kumpulannya dianggotai oleh siapa? Siapa ketua? Siapa kakitangan yang uruskan pemasaran? Banyak yang kita tak tahu.

Bukankah lagi senang kalau urusan jualan kita serahkan pada pihak CWC kembali untuk uruskan. Kenapa nak serah pada entiti yang kita pun tak pasti struktur dan organisasinya macam mana, kepakarannya macam mana, alamatnya di mana, berdaftar atau tidak? Gharar lagi kan.

Adakah entiti arba network dan CWC itu sama, atau berbeza? Pikir hal ni pun dah boleh buat kita ragu-ragu status arba network.

Apa guna buat perjanjian siap stamping dengan entiti yang sangat longgar strukturnya?

Konon kalau ade kes boleh bawak masuk mahkamah. Sekali failkan kes, makan bertahun nak selesai. Kos guaman saje dah berapa. Akhirnya pengelola boleh plan nak cabut lari.

Modal dipulangkan semula?

Ini satu hal lagi pening. Dalam perjanjian tulis usahasama selama setahun. Takde sebut pun pulang semula modal. (Kalau ada sila beritahu di mana, saya betulkan artikel).

Padahal dalam iklan sebut modal akan dipulangkan. Jadi kalau cukup setahun nak berhenti, tiba-tiba tak dapat semula modal, tak boleh nak bising la marah-marah.

Lagi satu logik akal fikir. Duit kita dah beli produk RM10k (contoh). Duit bukan milik kita sebab dah tukar dengan produk. Jadi apehal pulak syarikat nak pulangkan modal? Dah ada rupa skim emas sontot pulak dah ni. Emas tu gitu juge la lebih kurang. Cuma produk yang berbeza dan pecahan produk lain. 

Biasa modal dipulangkan semula ni adalah pelaburan. Tadi kata jual beli kan? Gharar lagi.

Hibah tetap?

hal ni dah sentuh dalam post lepas. Baca sini. 

Dalam iklan sebut hibah bulanan yang diterima adalah hasil jualan produk yang syarikat uruskan.
Masalahnya macam mana pulak boleh tetap untuk setiap ahli dan boleh tetap mengikut nilai belian produk oleh ahli? Kalau ada 100000 ahli, semua dapat sama mengikut jumlah modal belian. 

Kan senget kepala gitu. Kena pulak dalam iklan sebut tak payah jual, tak payah buat ape. Goyang telor saje duit masuk.

Syarikat yang besar pun pendapatan bergantung pada jualan setiap produk. Tak jual mana nak datang income? Tak ada juga yang catat jumlah jualan yang statik dan sama setiap bulan mengikut jumlah modal yang dikeluarkan. Tak ada. graf jualan turun dan naik selalu. 

Arba network boleh jamin tetap? Malah boleh naik lagi, dan takkan turun? gile hebat!

Kalau hasil jualan sekalipun, terma hibah tak sesuai. Sebab berkaitan dengan pemilikan sempurna. Baca post arba yang lepas & konsep pemilikan.

Rasa cukup la ni dulu. Kalau ada jumpa benda yang tak kena lagi dalam perjanjian boleh sebut kat komen.

Haters @ ahli arba.
Duit korang.
Lantaklah korang nak buat apa pun.
Saye cuma sampaikan. Nak ikut silakan, saye takde untung apa.
Taknak ikut, saye tak rugi ape pun.
Cuma nak sedarkan yang belum tahu dan sedar scam begini memang merosakkan kita.
Nak komen carut ke ape ke marah ke silakan. 
Saye tekan butang 'approove'. ORang lain datang baca boleh nilai.

242 ulasan:

1 – 200 daripada 242   Terbaru›   Baru»
Tanpa Nama berkata...

Jangan salahkan sesiapa kalau tuan kena saman nanti.... mengingatkan jee.. orang kata berani buat berani tanggung tuan...

Tanpa Nama berkata...

Teruskan usaha membongkarkan perkara yg ada keraguan...dalam Islam jika ada keraguan walaupun sedikit hendak lah di jauhkan dan timggalkan perkara tersebut...tuan nurfauzibassar teruskan usaha anda...saya sedar dengan cepat sbb baca blog tuan..sebelum ni saya diajak oleh rakan2 untuk join benda ni..tp saya kurang setuju..kerana tiada benda dalam dunia ni kita buat tanpa usaha...kerana semua perlukan usaha...sedangkan para nabi2 pon berusaha..Allah x bagi saja2 walaupun beliau rasul..perlu berusaha...bukan haya dok saja apa2 pon x buat duit tetap masuk akaun bank..

Tanpa Nama berkata...

jenis skim ni tau ugut nk saman..
cepat skit saman klau artikel ni x btul..
kna buat perjanjian dengan leader yg promot..
klau sontot leader kna bayar..ada brani

Nur Fauzi berkata...

Saman menyaman...
Saling menyaman...

Sebarang komen dialu-alukan.

salik berkata...

Adakah tn blog ni..sudah arif betul dlm bidang undang2..dlm bidang feqah. Jgn kaji diluar saja lpas tu jatuhkan hukum terus..benda yg kita xyakin benarnya. Knapa kita dok sebar2kn...takot nnt jado fitnah..pi la kaji dgn tn badan sndiri..tanya tok2 guru pondok sama..biar puas hati..baru buat blog ...

Nur Fauzi berkata...

Sila jawab persoalan yg dibangkitkan kalau arif fiqh & muamalat.

Fact vs fact.

Tanpa Nama berkata...

Macai mlm ni asyik2 ckp dh arif ke dah kaji ke ade bukti ke ade yakin yg paling best siap suruh tnya guru pondok. Blogger ni punya lah bg fakta dibalasnya dengan bnda setimental..

Tanpa Nama berkata...

Terus terang saya cakap..benda qharar ni mudah ja kita nak faham...orang biasa kalau banyak dngar ilmu agama..banyak membaca mengenai muamalat Islam dan bertanya ustaz-ustaz yang betul2 faqih bab2 muamalat (bukan semua ustaz faqih dalam fiqh muamalat) insyaAllah mudah ja kita nak faham..

Tanpa Nama berkata...

Tuan nur fauzi bassar jika ada maklumat2 terkini...bongkarkan!!!

Tanpa Nama berkata...

harap2, semua peserta tidak merana.. harap2 mereka puas hati.. harap2 pengelola tidak larikan duit2 peserta...

Allah maha Adil

Tanpa Nama berkata...

pakai topeng belaka...org bukan nak sgt produk, tp keuntungan yg dinampak....

Tanpa Nama berkata...

Seperti yang dikatakan sepupu saya...Nak berniaga kena ada produk nyata n tahu apa produk nyata tu..itulah perniagaan...bukan digambarkan hanya dengan keuntungan semata...tapi xtahu apa yang diniagakan..WA

Sultan Sampugita. pemilik sah aset2 diMalaysia berkata...

xdenya orang nak saman. ni gerenti sontot. jgn smpai orang cari kau dan kawan2 bila dah scam duit org nanti.

Tanpa Nama berkata...

syabas..dunia perlukn lebih ramai org spt anda..brkatalah benar walaupn ianya pahit..bongkar ttp bongkar..jgn biarkan org lain terpedaya atas nama agama

Nur Fauzi berkata...

Terima kasih pada yang singgah membaca.

Meletop blog view bile tuan afyan share link blog kat fb.

Unknown berkata...

terbaik.... kesian org melayu yg slalu pk bende ni biznes.. ..

Unknown berkata...

اذا جاء فاسق بنبئ فتبينوا
Jika datang khabar org drpd maka hendaklah mencari dalil kebenaran.

Dalil dlm islam

Alquran
Hadis
Ijmak
Qias

فاسئلوا اهل الذكر ان كنتم لا تعلمون
Hendaklah bertanya kpd yg pakar dlm bidangnya jika kamu tidak ketahui.

الفتنة أشد من القتل
Perbuatan fitnah itu lebih dahsyat drpd membunuh.

Bertaqwalah kpd Allah.. Bertanyalah kpd yg mempunyai kepakaran dan ditauliahkan.

Wallhuaalam.

Unknown berkata...

ذا جاء فاسق بنبئ فتبينوا
Jika datang khabar org drpd maka hendaklah mencari dalil kebenaran.

Dalil dlm islam

Alquran
Hadis
Ijmak
Qias

فاسئلوا اهل الذكر ان كنتم لا تعلمون
Hendaklah bertanya kpd yg pakar dlm bidangnya jika kamu tidak ketahui.

الفتنة أشد من القتل
Perbuatan fitnah itu lebih dahsyat drpd membunuh.

Bertaqwalah kpd Allah.. Bertanyalah kpd yg mempunyai kepakaran dan ditauliahkan.

Wallhuaalam.

Tanpa Nama berkata...

terbaiklah tuan..mesti ramai dah kene tipu kan..mesti abis beribu..kesiann..tuan ade mklumat individu yg telah di tipu..sila share kalo x keberatan..tq

Tanpa Nama berkata...

Orang melayu kebanyakkan malas nak berniaga...kalau nak berniaga nak yg mudah2...jenis x mahu susah payah...x mau jenis berniaga yang kena usaha teruk2...dok saja dapat untung tiap2 bulan....sedarlah!!!!...

Tanpa Nama berkata...

Dalam kurungan dlam resit ada tulis aftif dan pasif..
sy x paham.boleh terangkan kepada sy?????

Tanpa Nama berkata...

Kalau forex or odfx haram ke x? Tlg explain.

Unknown berkata...

Tuan ni saya rasa dah bergabung fikiran dgn afyan mat rawi utk mnkaji ttg arba..bgus alhamdulillah, buat amal tnpa byran, agak2 dari kajian yg hebat tuan buat ni agak2 bila arba akn " tersontot " tuan msti dapat agak btul x? Sbb kajian hebat dari tokoh takaful ni...dah la buat takaful siap blaja ttg arba network lg, tp syg x blaja ilmu MLM CWC, tp tu la, apapun bgus ada anak melayu cm ni, cuma satu je boleh bagi tahu x bila arba akn tersontot??

Tanpa Nama berkata...

haha. ape bezanya :

tuan kate haram, gharar, scam.
vs
ahli arba kata tidak haram, tiada gharar, real biz bukan scam.

nk menghukum, g tanye pemilik cwc sendiri dr rozaini, g tanya pihak berkecuali yg arif, n baru lah buat kesimpulan ikut buah fikiran sendiri.

jgn sekadar tgk iklan2 oleh ahli2 then trus menghukum. tidak adil la cmni.

kata lah tuan ade biz, then ade pekerja tuan buar onar. then sy pon trus tulis:
" awasssss!!! tn fauzi meniaga bende haram". tanpa sy rujuk kt tuan sendiri n pihak ketiga.
sakit ati gk kn kalo kene cmtu.

-sy bukan ahli arba atau kaki mlm-

Tanpa Nama berkata...

kalau da hebat sgt.. cer fatwa gst nuh.. choiii

Nur Fauzi berkata...

lihat pada kontrak dan nilaikan persoalan yg ditimbulkan.

I've uploaded the contract and my arguements are base on it.

Nur Fauzi berkata...

Berdasar pada keterangan pengadu dan iklan, aktif adalah produk yg kita dapat. Passive barang yang kita bayar tp tak dapat.

Nur Fauzi berkata...

Thanks for viewing my blog.

Tanpa Nama berkata...

kenape pasif x dpt?

Tanpa Nama berkata...

untuk pengetahuan semua..ahli2 sendiri sudah diberi peringatan sejak semalam untuk TIDAK mengeluarkan kenyataan2 panas..salah satu contoh..DILARANG membuat pernyataan 'patuh shariah'..so..selama ni memang tak patuh shariah lah kan?

Tanpa Nama berkata...

Sy x pandai sgt..boleh tuan fauzi bassar terangkan mcm mana tentang aktif x dpt brang???????

Tanpa Nama berkata...

Pembetulan..pasif bkn aktif

Tanpa Nama berkata...

utk rekod skim cepat kaya yg lain2, paling lmbat 5 thn dari skrng, paling cepat kurang 5 thn.. sama2 kita tungguuuu :D

Tanpa Nama berkata...

SYABAS, TERUSKAN BONGKAR!!!
Nanti akan ada orang yang akan berterima kasih pada tuan kerana tidak terjebak dengan scam ini setelah membaca tulisan tuan!

Tanpa Nama berkata...

Produk apa yg laku sngat arba jual...cuba cerita...produk pun jarang kita dengar....cuba cerita geng2 arba...produk2 arba ni..hanya nak mengaburi Kita sahaja...sebenarnya arba adalah satu skim cepat kaya...

Tanpa Nama berkata...

Suatu hari nnti kalau akan menyesal....

Tanpa Nama berkata...

Forex ada beza "forex trading" dengan "forex" kata ustaz zaharuddin forex yg haram forex trading...kalai forex sahaja halal dan harus..contoh mcm bank2.. semua bank buat forex...bank islam pon buat forex..tp forex yg patuh syari lah...kita kena pandai pilih syarikat2 yg ada pilihan..yg boleh buka akaun islamic...

Tanpa Nama berkata...

Tak perlu buktikan ARBA ni Scam atau akan tersontot untuk menolak daripada join ARBA ni. Sebab keuntungan tetap 8% selama setahun dari nilai pelaburan tu pun dah terang2 riba. Sesiapa yang takut dengan larangan Allah akan awal2 menjauhi sistem yang amalkan riba sebegini. Adakah semua sistem yang amalkan riba akan tersontot? tidak semestinnya sebab sistem riba telah wujud sebelum kedatangan Rasulullah lagi..tapi, hukuman riba kepada pengamalnya oleh Allah amatlah pasti...

Tanpa Nama berkata...

perjanjian 8% tetap tiap2 bulan dah terang2 riba..dan semestinya tidak patuh syariah.

Allah isytiharkan perang terhadap pengamal2 riba. Adakah tuan2 sekalian bersedia utk menjadi musuh Allah?

Tanpa Nama berkata...

dlm akad jual beli, riba hanya berlaku pada emas, perak n makanan2 pada wajah tertentu.

8% hibah dlm arba tu bukan hasil dari akad wakalah.
cmne berlaku akad wakalah jika hanya dengan tandatangan agreement?
boleh tuan fauzi terangkan?
sy yakin lebih 50% ahli2 yg join arba, even lepasan sekolah menengah pon tahu n sedia maklum, keuntungan tetap setiap bulan itu adalah riba.
tp mereka join bukan secara membuta n berdasarkan natijah2 yg waras n ilmiyah.

ape kaitan arba network dgn cwc?
arba network adalah kaedah marketing yg digunakan cwc. agreement di ttgn sendiri oleh ceo cwc dr rozaini. dlm promotion di tv/ akhbar2, cwc melalui ceo sendiri ade menyatakan ttg program arbanetwork ini.

"modal dipulangkan" tidak dinyatakan dlm agreement sbb arba ni bukan invest/mudharabah. tp proses jual beli n serah terima. agreement dibuat atas nasihat yg arif undang2. kalo tn tgk agreement2 spt forex, skim investment2 laen, diorg akan nyatakan modal dipulangkan.

term "modal dipulangkan" selepas setahun tu hanyalah term yg digunakan. hakikatnya itu adalah juga hibah/hadiah dari company sbb ahli dpt complete kn agreement selama setahun.

cmne kompani dpt duit sampai boleh byr hibah 172% selama setahun?
senang je, salah satunya untung dari 25% barang yg ahli2 dpt. katakan dari 25% tu, kompany untung sbnyk 10% setiap seorg. so dlm mase setahun berapa agak2 company dapat melalui networking ini?. bnyk lg cara laen kompany dpt untung kalo nk diterangkan.

ahli2 arba diberi pilihan untuk nk follow arba network atau nk buat mlm scara classic. iaitu dgn akad n menerima semua produk. seterusnya menjual produk2 tersebut ikut kaedah mlm. stok produk memg ade siap tersedia di tmpt pengumpulan produk di permata hillpark sg petani. ade bonus tajaan n bonus pairing, sama cm mlm2 laen. tp hibah bulanan tidak akan terima dh la.

to be professional, tuan seharusnya berhubung trus dngn pihak cwc n bukan hanya menembak melalui iklan2 ahli.

sekian
---hidup orang luar biasa---

Tanpa Nama berkata...

8% tu bukanlah dari hasil keuntungan company, atau bukan melalui akad wakalah. tuan kene paham kt sini. dlm perjanjian arba, 75% dari produk, ahli2 telah bersetuju untuk tidak mengambil/akad terima. kalo ahli2 buat keputusan nak amik 100% produk pon boleh. produk2 pon ade siap tersedia. tp tiada la hadiah 8% dari company. ahli2 hanya akan dpt keuntungan melalui tajaaan, pairing n bonus2 laen.

Tanpa Nama berkata...

75% drp byaran ahli akan masuk ke akaun pasif. kat akaun pasif ni la ahli akan dpt hibah bulanan 5.5% atau 8% n dinyatakan dlm agreement. adakah ini riba? tuan pasti ke ini riba. adakah ini akad wakalah? cm akad jual beli je?. cume x complete sbb tiada ijab wabul

Tanpa Nama berkata...

http://www.cwc.com.my/produk-katalog/

Nur Fauzi berkata...

Gagal faham isu.
saya simpati.
nampaknya terma muamalat pun tuan belum hadam.
Sudah dijelaskan keraguan dalam post ini dan post yang lalu.

Nur Fauzi berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Nur Fauzi berkata...

Tiada sebut pun dalam perjanjian 75% produk tidak diambil. Semak dan baca perjanjian sampai habis.

Isu untung 8% sebulan dah disebut dalam post lepas kenapa diragui.

Tanpa Nama berkata...

Tolong bagi sikit penyata jualan produk arba...broduk apa yang terlajak laku...produk arba satu habuk pon payah nak laku..aku tahun sbb emak saudara aku jual.susah org nak beli sbb produk x berkembang mana pon..mukan nak jatuhkan produk org melayu..tetapi itu hakikatnya...inilah skim cepat kaya yg berlindung dibawah jualan produk...

Tanpa Nama berkata...

Huhuhu...banyak tu je ke..produk yg ada...huhu..lawak lahh...cuba tunjuk sikit penyata tahunan jualan produk cwc ni...nak tahu juga keuntungan tahunan dia berapa sbb Produk x tara mana pon tp mampu bayar hubah yg tetap dekat ahli...huhu

Tanpa Nama berkata...

Mcm ni ja mudah nak bagi tahu..selagi banyak ahli2 org melayu yg malas nak berniaga cara berusaha..dan banyak jenis2 org melayu yg goyang teluq dapat duit tanpa usaha...selagi tu lah arba akan wujud...bertampahnya ahli2 yg jenis mcm ni..lagi lama lah arba akan menapak melainkan sampai satu ketika ahli2 sudah berkurangan ataupun sedar bahawa arba adalah qharar dan tiada sambutan lagi...ketika itulah kita kta akan tngok ahli2 yg masih dikaburi dengan wang dan ringgit akan TERSONTOT....walaupon ada yg x sempat TERSONTON terselamat wang nya..jngn ingat kamu lepas..SUCI lah harta kamu yg telah terjebak dengan qharar....

Tanpa Nama berkata...

Susah nak faham penerangan Tanpa Nama5 Mei 2015 7:54 PTG.
Nak bagi semua orang faham dan jelas, senang saja... tunjukkan LAPORAN TAHUNAN KEWANGAN SYARIKAT, kita boleh analisa, tak payah cakap banyak!!!

Tanpa Nama berkata...

Teruskan usaha tuan. Kalo betul arba nie ada produk. Apa pasal kita x nampak pun produk nie meletup di pasaran? Berapa volume jualan sebulan.

hassan berkata...

Kalau betul2 cukup keuntungan daripada jualan produk tahunan alhamdulillah ahli dapat kepulangan melalui hibah..tapi yg kita ragu2, jika x cukup, agak2 duit mana yg mereka ambil untuk bayar kepada ahli 8% tiap bulan keuntungan tetap tuhh..huhu..8% tu bukan setahun tapi sebulan...x dak satu pun syarikat milik orang Islam yg terkaya dalam dunia ni berani buat sistem mcm arba nihh...hahah..kat situ pon dah boleh tahu arba ni adalah qharar tidak patuh syaria dan mudah faham skim cepat kaya. bnayak qharar...kalau betul x gharar panggil pihak jakim suruh kaji ARBA bukan kaji CWC..sbb arba berselindung dibawah CWC...kaji ARBA...arba kan dah 3 tahun dan x kan x mampu nak pangil JAKIM buat kajian.
bayar hibah dekat ahli2 ratus2 rubu boleh..x kan panggil JAKIM kaji x boleh...kan lagi bagus..lagi ramai lah org join..
hahaha.......

Tanpa Nama berkata...

Kalau betul2 cukup keuntungan daripada jualan produk tahunan alhamdulillah ahli dapat kepulangan melalui hibah..tapi yg kita ragu2, jika x cukup, agak2 duit mana yg mereka ambil untuk bayar kepada ahli 8% tiap bulan keuntungan tetap tuhh..huhu..8% tu bukan setahun tapi sebulan...x dak satu pun syarikat milik orang Islam yg terkaya dalam dunia ni berani buat sistem mcm arba nihh...hahah..kat situ pon dah boleh tahu arba ni adalah qharar tidak patuh syaria dan mudah faham skim cepat kaya. bnayak qharar...kalau betul x gharar panggil pihak jakim suruh kaji ARBA bukan kaji CWC..sbb arba berselindung dibawah CWC...kaji ARBA...arba kan dah 3 tahun dan x kan x mampu nak pangil JAKIM buat kajian.
bayar hibah dekat ahli2 ratus2 rubu boleh..x kan panggil JAKIM kaji x boleh...kan lagi bagus..lagi ramai lah org join..
hahaha.......

Tanpa Nama berkata...

Cuba kita tngok produk2 kesihatan lain..berhempas pulas, berlawan2 dan bersaing2 iklan mereka dikaca TV..usaha mereka bersungguh2 untuk naikkan produk..nak laku kan produk2 mereka...cuba tngok dlm iklan FB..dlm iklan Instagram..dalam surat kabar..astro..dan banyak lagi iklan2 produk lain contoh mcm d'herb, v'asia, sendayu tinggi, jus hidayah, ku putih, semua tu produk org melayu islam..tngok mcm mana marketing mereka..bersungguh2 dan bersusah payah dan pelbagai produk mereka keluarkan..dan alhamdulillah semuatu usahawan melayu islam yg berjaya dengan cara berusaha dan keuntungan mereka mencecah jutaan ringgit tiap2 bulan....cuba tngok pulak produk arba CWC...jap nak gelak dulu..hahahhahahahha.....ahli2 arba bagi tau jap produk2 arba ada berap jenis produk...tang mana iklan2 produk arba..sbb dok dengar keuntungan2..
hibah hibah hibah tiap2 bulan...HEBAT GILA PUAK2 ARBA NIHH DOK SAJA DAPAT KEUNTUNGAN TETAP TANPA BEKERJA....HHAHAHA...mana datangnya keuntungan tuhhh..atau hibah tuhhh..PRODUK ARBA TERLAJAK LARIS KE..PRODUK TERHANGAT DIPASARAN KE..
juba Ahli2 arba semua tunjukkan kepada kami semua ---->> LAPORAN TAHUNAN KEWANGAN SYARIKAT....UNTUNG RUGI...KEUNTUNGAN YANG DIAGIHKAN KEPADA AHLI2 MELALUI DUIT JUALAN PRODUK....selagi benda yg mudah seperti ini x dapat diselesaikan selagi itulah ada berlaku syubhah yg perlu dielakkan..senang2 pangil ja JAKIM suruh semak dan kaji PROGRAM ARBA....APA KATA ANDA SEMUA...????

Tanpa Nama berkata...

Bilal bin Sa'ad berkata,"Jika kamu melihat orang yang keras kepala, suka mendebat, bangga dengan pendapatnya sendiri, sungguh telah sempurna kerugiannya."
[Al-Ghazali, Ihya 'Ulumuddin, Jilid 3, m/s 117 (al-Ma'rifah)]
Peringatan untuk diri sendiri...

Tanpa Nama berkata...

Kalo arba nie betul. Cuba lampirkan penyata u/rugi syarikat bg kewangan berakhir 2013 or 2014.

Tanpa Nama berkata...

Lantaklah korang nak buat apa pun.
Saye cuma sampaikan. Nak ikut silakan, saye takde untung apa.
Taknak ikut, saye tak rugi ape pun.
Cuma nak sedarkan yang belum tahu dan sedar scam begini memang merosakkan kita.
Nak komen carut ke ape ke marah ke silakan.
Saye tekan butang 'approove'. ORang lain datang baca boleh nilai.

Terang dan jelas ayat penulis. Xkisah pun kalau nak join. Kalau dah tersontot sendiri mau ingat.

Tanpa Nama berkata...

Jangan ribut2...silap haribulan,penulis pun bakal join arba 1 hr nnt....

Nur Fauzi berkata...

Kalau disahkan patuh syariah oleh panel yg berkelayakan.

Nur Fauzi berkata...

Kalau disahkan patuh syariah oleh panel yg berkelayakan.

Tanpa Nama berkata...

terima kasih kepada empunya blog ini yg telah buka mata dan minda aku (sel2 otak dah berhubung bila baca blog ni pasal arba). dari awal aku peratikan rakan sekerja dok promot pelan arba ni smpi ke la dh naik jd KR. xada pon dok jual kopi atau promot kopi, tp sibuk dok ajak join arba ni.. lagi satu, bila dh join bukan keje kita nk jual produk,tugas tersebut akan dijalankan oleh KR.. so aku nk bagi geng2 arba ni buat 1 assignment. cuba buat soal selidik kpd org ramai berapa ramai yg tahu atau pernah minum kopi pak belalang tu?? kalau dapat keputusan 2 dari 10 responden yg biasa / penah guna produk arba/cwc ni kira terbaik la.
pada yg belum join atau baru nk join mcm aku ni harap buat research skit pasal pelan ni.. jangan menyesal kemudian hari ibarat sudah jatuh ditimpa tangga.

Tanpa Nama berkata...

Salam tuan fauzi...tadi saya ada send artikel tuan di ruangan komen di page ARBA Network - Global Team....sekali lepa block saya punya Fb lahhhhh....buat pembaca2 di blog ini...sedar lah..dekat situ pun kita boleh lihat bahawa meraka tidak boleh balas hujah dengan hujah...apa yg mampu mereka boleh block fakta dari mereka.membalas hujah...moga mereka sedar...

Nur Fauzi berkata...

Yang baik boleh kongsi sama-sama.
mana yg tak baik jangan ditiru.....jadikan pengajaran..

Nur Fauzi berkata...

Yang baik boleh kongsi sama-sama.
mana yg tak baik jangan ditiru.....jadikan pengajaran..

Tanpa Nama berkata...

Kesan Memakan Harta Yang Haram

Doanya tidak diterima oleh Allah S.W.T
– berdasarkan maksud sebahagian hadis dari Abu Hurairah berbunyi :
[Kemudian ia menyambutkan seorang lelaki yang jauh perjalanannya, yang kusut masai rambutnya, lagi berdebu mukanya menghulurkan kedua tangannya ke langit sambil berdoa: Hai Tuhanku, hai Tuhanku, pada hal makanannya haram, minumnya haram, pakaiannya haram dan diberi makan dengan yang haram pula, maka bagaimanakah mungkin itu diperkenankan baginya?]
(Hadis riwayat Muslim)

2. Daging yang tumbuh pada badan dan membesar ke atas orang yang makan dan minum hasil daripada rezeki yang haram tadi akan hanya layak untuk dibakar oleh api neraka,
– berdasarkan sabda Rasulullah S.A.W. :
[Setiap daging yang tumbuh dari bahan makanan yang haram maka api nerakalah yang lebih layak baginya]. (Hadis riwayat Al-Tarmizi)

3. Allah S.W.T murka dan akan menurunkan bala dalam bentuk kehancuran sesebuah negara.
– Mereka yang terlibat secara langsung juga telah turut menyumbang kepada kehancuran tamadun bangsa dan negaranya sendiri. Sebab itulah seseorang yang mempunyai sifat amanah dan tanggungjawab yang tinggi serta iman yang mantap dan kuat, sudah pasti tidak sanggup melakukan dosa yang sebegini berat, yang akan memberikan kesan yang cukup besar kepada diri dan umat manusia seluruhnya. Firman Allah S.W.T. bermaksud :
[Dan apabila sampai tempoh kami hendak membinasakan penduduk sesebuah negeri, kami perintahkan (lebih dahulu) orang-orang yang melampau-lampau dengan kemewahan di antara mereka (supaya saat), lalu mereka menderhaka dan melakukan maksiat padanya, maka berhaklah negeri binasakan, lalu kami menghancurkannya sehancur-hancurnya]. (Surah Al-Syara’ : 16)

4. Harta seseorang tidak berkat, bahkan akan membawa kepada kehancuran bencana duniawi dan ukhrawi,
– sebagai contoh orang yang menerima hadiah ketika menjalankan tugas rasmi yang sudah dibayar gajinya, menyebabkan mereka tidak mampu untuk berlaku adil dan bertindak tegas dalam melaksanakan sesuatu tugas dan tanggungjawab yang telah diamanahkan, jika ini berlaku, maka bermulalah proses kehancuran sesebuah masyarakat dan negara, serta menerima balasan yang buruk
– Ini berdasarkan hadis dari Abu Humaidi Al- Sai’di, kisah ini berpunca dari petugas yang mengutip zakat yang bernama Lutbiah yang telah menerima wang hadiah ketika memungut zakat yang bermaksud :
[Mengapa para petugas zakat berbuat seperti itu, lebih baik dia duduk-duduk sahaja di rumah orang tua nya, apakah dia akan diberi hadiah?. Barangsiapa yang melakukan itu, iaitu menerima hadiah, maka di hari kiamat nanti, dia akan menanggung kembali hadiahnya di dunia itu dulu di atas bahunya apa-apa yang di terimanya, samada unta, lembu dan kambing]. (Hadis riwayat Muslim).

Tanpa Nama berkata...

Kesan Memakan Harta Yang Haram

Doanya tidak diterima oleh Allah S.W.T
– berdasarkan maksud sebahagian hadis dari Abu Hurairah berbunyi :
[Kemudian ia menyambutkan seorang lelaki yang jauh perjalanannya, yang kusut masai rambutnya, lagi berdebu mukanya menghulurkan kedua tangannya ke langit sambil berdoa: Hai Tuhanku, hai Tuhanku, pada hal makanannya haram, minumnya haram, pakaiannya haram dan diberi makan dengan yang haram pula, maka bagaimanakah mungkin itu diperkenankan baginya?]
(Hadis riwayat Muslim)

2. Daging yang tumbuh pada badan dan membesar ke atas orang yang makan dan minum hasil daripada rezeki yang haram tadi akan hanya layak untuk dibakar oleh api neraka,
– berdasarkan sabda Rasulullah S.A.W. :
[Setiap daging yang tumbuh dari bahan makanan yang haram maka api nerakalah yang lebih layak baginya]. (Hadis riwayat Al-Tarmizi)

3. Allah S.W.T murka dan akan menurunkan bala dalam bentuk kehancuran sesebuah negara.
– Mereka yang terlibat secara langsung juga telah turut menyumbang kepada kehancuran tamadun bangsa dan negaranya sendiri. Sebab itulah seseorang yang mempunyai sifat amanah dan tanggungjawab yang tinggi serta iman yang mantap dan kuat, sudah pasti tidak sanggup melakukan dosa yang sebegini berat, yang akan memberikan kesan yang cukup besar kepada diri dan umat manusia seluruhnya. Firman Allah S.W.T. bermaksud :
[Dan apabila sampai tempoh kami hendak membinasakan penduduk sesebuah negeri, kami perintahkan (lebih dahulu) orang-orang yang melampau-lampau dengan kemewahan di antara mereka (supaya saat), lalu mereka menderhaka dan melakukan maksiat padanya, maka berhaklah negeri binasakan, lalu kami menghancurkannya sehancur-hancurnya]. (Surah Al-Syara’ : 16)

4. Harta seseorang tidak berkat, bahkan akan membawa kepada kehancuran bencana duniawi dan ukhrawi,
– sebagai contoh orang yang menerima hadiah ketika menjalankan tugas rasmi yang sudah dibayar gajinya, menyebabkan mereka tidak mampu untuk berlaku adil dan bertindak tegas dalam melaksanakan sesuatu tugas dan tanggungjawab yang telah diamanahkan, jika ini berlaku, maka bermulalah proses kehancuran sesebuah masyarakat dan negara, serta menerima balasan yang buruk
– Ini berdasarkan hadis dari Abu Humaidi Al- Sai’di, kisah ini berpunca dari petugas yang mengutip zakat yang bernama Lutbiah yang telah menerima wang hadiah ketika memungut zakat yang bermaksud :
[Mengapa para petugas zakat berbuat seperti itu, lebih baik dia duduk-duduk sahaja di rumah orang tua nya, apakah dia akan diberi hadiah?. Barangsiapa yang melakukan itu, iaitu menerima hadiah, maka di hari kiamat nanti, dia akan menanggung kembali hadiahnya di dunia itu dulu di atas bahunya apa-apa yang di terimanya, samada unta, lembu dan kambing]. (Hadis riwayat Muslim).

Tanpa Nama berkata...

Di akhir zaman ramai akan jatuh dalam perangkap iblis & syaitan sehingga TIDAK HIRAU DAN RISAU lagi persoalan hukum dalam pendapatan dan harta. Demikian amaran Nabi Muhammad saw:
يأتي على الناسِ زمانٌ، لا يبالي المرءُ ما أَخذ منهُ، أمنَ الحلالِ أم منَ الحرا
Ertinya : Akan sampai satu zaman dimana manusia tidak lagi menghiraukan dari sumber mana diperolehi hartanya, sama ada dari yang halal atau yang haram ( Hadis Riwayat Al-Bukhari)
Semoga kita semua sedar sebelum terlambat dan berusaha gigih agar tidak termasuk dalam kategori yang dinyatakan di dalam hadis tadi.

Tanpa Nama berkata...

Yang penting ARBA nie haram..thats it...

Tanpa Nama berkata...

Hehe...kesian tgk pemilik blog ni. X abis2 wujudkan persoalan ni. Suruh pergi ofis tnya sendiri patuh syariah ke tidak x mau pulak. Sje jer nk buat fitnah.. nk glamour la tu org komen2 kt blog dia..hehe. xpela, lg byk tuan fitnah arba, lg ramai orang yang join arba ni.. alhamdulillah...rezeki Allah itu luas. Tq Allah...tq ARBA CWC..

- bagus ahli2 arba ni, semua low profile. X suka hentam menghentam. Diam bererti malas nak menjawab soalan2 yg sama ni...dh bosan..hehe. yg pntg kopi pak belalang kt kedai sy brjalan laju..;) siap tok imam masjid pn suka.. promote kt kwn2 lg..hehe.

Nur Fauzi berkata...

Sorry bro.
seems you can't understand the issue.
thanks for viewing my blog.

feel free to spread my words to others.

Che Man berkata...

Yang terbaru. Lesen AJL CWC dibatalkan

http://www.kpdnkk.gov.my/kpdnkkv3/index.php?option=com_mstablemanager&view=tablemanager&Itemid=605&lang=my

Unknown berkata...

keh keh keh. empunya blog bukan calang2 dlm ilmu kewangan Islam. , terbaik bro fauzi...

Tanpa Nama berkata...

Kpd pelabur2 arba yg melabur banyak menggunakan duit ganjaran pencen, kwsp, pinjaman bank dll, eloklah keluar dulu sebelum terlambat!
Bunga2 masalah dah muncul.
Kalau pun terlalau yakin dgn skim ini....keluar dulu jika ok, masuk balik!

Unknown berkata...

Kenapa saya memilih ARBA NETWORK?! ALHAMDULILLAH ALLAH SWT bukakan hati saya untuk memilih peluang ini kerana ia bisnes yang teramat santai dan tak menyusahkan ahli-ahlinya. Segalanya diuruskan syarikat dan TEAM ARBA NETWORK. Yang menarik dan memberi saya keyakinan untuk menyertai ARBA NETWORK adalah berdasarkan ciri-ciri ini :

1. Ahli TAK PERLU JUAL PRODUK
2. Ahli TAK PERLU CARI DOWNLINE
3. Ahli WAJIB terima HADIAH PASIF INCOME BULANAN
4. Ada rangkaian produk berkualiti
5. Ada HQ di Lagenda Heights Sungai Petani, Kedah
6. Ada kilang penghasilan produk
7. Syarikat memiliki lesen AKTA JUALAN LANGSUNG di bawah KPDNKK
8. Patuh undang-undang
9. Pelan pemasaran MLM tidak bersalahan hukum syarak
10. Agreement yang dimeterai diSTAMPING di LHDN
11. Segala pembayaran bonus dan HADIAH PASIF INCOME BULANAN sentiasa menepati waktu 'ON TIME'.(sabtu & ahad cuti)
12. TAMAT KONTRAK, modal permulaan DIHADIAHKAN KEMBALI 100% kepada ahli!!!

Kriteria di atas antara sebab mengapa saya memilih biz ini.
Jd pilihan ditangan anda! Jgn lupa pm no ni
01110717980 wasap/telegram utk penjelasan
Atau tinggalkan no wasap/telegram anda

Nur Fauzi berkata...

Tertinggal bas ke
Lesen dah dibatalkan.
Perjanjian dah dibogelkan ape yg take kena.
Kenyataan patuh syariah dari Mac sampai oktober tak siap-siap lagi.

Tanpa Nama berkata...

Bukan tertinggal bas......tu drebar bas, duk panggil orang naik bas, penumpang dah mula kurang!

Tanpa Nama berkata...

tapi pelik...ahli2 arba masih sibuk cari downline...dikaburi dgn hibah tetap smpi x tauler bile nk insaf! adeh

Tanpa Nama berkata...

(Sy terima dri group whatsapp arba. Sy xjoin. Cume memerhati dri jauh bisnes arba ni. Boleh sesiapa trgkn psal konsep trbaru arba ni)

KITA SIAP UNTUK MELONJAK LEBIH TINGGI!!!
.
Bermula 1hb November 2015, membuka lembaran baru kepada operasi Classic Worldwide Corporation (CWC)  dan program ARBA NETWORK dinaik taraf ke peringkat lebih global!!! ARBA NETWORK INTERNATIONAL (ANI) akan menjadi satu platform pemasaran produk secara global. CWC menjalankan kaedah Trading di Malaysia manakala Classic Worldwide International Group yang berpangkalan di Indonesia akan menjalankan pemasaran MLM ke peringkat international. CWIG, berstatus PMA (Perusahaan Modal Asing) di Indonesia.
.
CWC di Malaysia memilih menjalankan urusniaga secara TRADING sebagaimana syarikat seperti D'HERBS, Qu Puteh, dan Beauty Umaira.  Kenapa CWC memilih Trading berbanding Jualan Langsung (MLM)? Antara sebab kaedah Trading dipilih dan meminggirkan untuk memohon kembali lesen AJL :
.
✔ Demi untuk kesinambungan syarikat sebagai Penaja Program Realiti Dakwah PENCETUS UMMAH (ASTRO).

✔ Kelancaran operasi Warong Kopi Pak Belalang yang akan lebih tersusun dan terbuka KERANA jika masih menggunakan lesen AJL, ia akan membantut serta mengehadkan warong sebagai stokis jualan produk syarikat semata-mata

✔ CWC Republic (kioks) dapat dibangunkan secara meluas untuk tujuan jualan produk-produk syarikat

✔ Iklan TV akan mengiklankan produk-produk syarikat secara meluas!

✔ Kaedah TRADING dipilih kerana ia dilihat mampu melonjak syarikat ke satu tahap yang lebih tinggi.
.
Apabila syarikat telah melangkau ke peringkat International, sudah pastinya ia akan menjanjikan kebaikan dan pendapatan yang LEBIH LUMAYAN berbanding sebelum ini!!! Penambahbaikan terhadap perjalanan bisnes, pulangan lebih lumayan menanti para usahawan sekalian. Apa kebaikannya? Apa pulangan lumayan menanti? Nantikan makluman seterusnya dari ED anda!!!!!

Tanpa Nama berkata...

D'HERBS, Qu Puteh, dan Beauty Umaira mana ada cari orang utk masuk skim mereka!

Ini asyik cari ahli2 baru.....tak nampak lagi!.....SCAM!!!!

nnIcon berkata...

Kalau 10000 ahli dh byr RM 10000, dh ade 100 juta dlm akaun, setakat nk byr RM 550 pada 10000 org, tkde hal... baru RM 5.5 juta.. hihi been there, done it, hopefully no regrets in future... p.s: stamping lhdn tidak menjamin ape2... nanti tuan punya ARBA akan report sendiri pada bank negara lps overpay, tq

Tanpa Nama berkata...

Skrg arba dh kmbangkn perniagaan ke indon.. siap bukak kios kopi pak belalang.. makin ramai yg join.. mcm mane ni?.. makin ramai la yg kne tipu... tp kata lesen dh kne batal.. nmpaknya berserah pd Allah sje la...

Tanpa Nama berkata...

Tak pernah nampak pun kopi pak belalang kat kedai...indocafe berlambak!

Tanpa Nama berkata...

wahh..nampaknya semakin melebarkan sayap ke endonn pakk..tahniah anak muda berwawasan tinggi..

Ali berkata...

Semoga CWC terus berkembang maju..aamiin

salik berkata...

Amiin

NIK IBTISAM berkata...

Semoga arba maju ye

NIK IBTISAM berkata...

Sesiapa yg dok kate arba SCAM itu salah.orang slalu cmatu belum join lgi dah kate tipu la mcam2 lgi

Ha berkata...

Harini dpt invitation dr 'agent' Aruba. Nmpk pelik bisnis ni. Tp masyuk. Jd tanye ape contract bisnis ni, kate 'agent' tu jual/beli. Ape product yg d jual? Smpi la dok pusing sana sini. Tp x sendiri x tau apa yg d jual. Pening...

Tanpa Nama berkata...

Org lain tgh risau ekonomi jatuh.. tp arba ni x jtuh2 pun..bleh bg kt geng2 depa beratus ribu hanya dgn guna modal air liur ajak org join arba.. bgtau najib ape rahsia.. supaya x de bdk uni, org kmpung hidup kebulur...

Tanpa Nama berkata...

Alahai, tertinggal bas aku ni rupe nyer !!!
Baruuuu jumpa, dah berkenan pasal mudah nak untung, tapi cuak sikit pasal tak leh nak faham sangat .
So, tanyalah pak google, .... dia hala ke blog ni .....
Lesen dah kena tarik rupe nyer!!!
Selamatttt aku......terima kasih pada empunya blog.
:)

Tanpa Nama berkata...

Sy cikgu..kwn2 sy yg cikgu.SPM amik akaun dpt A1 tp masuk arba ni..erk..xkan xtau untung TETAP yg setiap bulan tu pun dah RIBA. Nak tegur kang ckp apa plak.serba salah.

Pemilikmtb berkata...

Skim saja yg cari orang kat fb. Kalau Sykt sebenar, bank yg lebih dulu melabur. Selagi ada mangsa baru skim ini akan terus hidup. Jual kopi hanya wayang.

Pemilikmtb berkata...

Kalau sykt itu benar tak perlu cari orang kat fb untuk melabur. Tentu pihak bank beri pinjaman kerana pulangan yg hebat. Apakan daya ramai yg masih percaya dan skim ini hanya akan terhenti apabila tiada pelabur baru.

Tanpa Nama berkata...

nak ke dato vida bg ko pnyta untg rugi klu ko mnta nk tgk..

Tanpa Nama berkata...

KENAPALAH NAJIB 1MDB N TABUNG HAJI XMAU MASUK JOIN DALAM CWC ARBA NIE..HHMMMM..SENANG JUST BG DUIT SEMUA GOYANG TELUR N PUNAI BOLEH DAPAT UNTUNG LEBIH 8% SEBULAN..HNYA KOPI PAK BELALANG DAN PRODUCT SAMPAH APA ENTAH YG JUAL DGN HARGA SMPAI 300 SEUNIT MENJADI BARANG JUALAN..ENTAH SAPA YG JUALKAN..PRODUCT PON XPENAH NMPAK KAT KEDAI..DOK PROMOTE KAT FB PON XDA..DOK PROMOTE MASUK SKIM ADA LAH....KENAPA CINA2 KAYA XNAK MASUK EK..TP DEPA LEBIH PREFER MASUK UNIT TRUST WALAUPON UNTUNG XSMPAI 8% SETAHUN..SETAHUN OKEYYYYYY BUKAN SEBULAN..MELAYU MELAYU,MALAS NK KERJA TP NAK KAYA CEPAT N NAK GOYANG TELUR AJER..SEDARLAH BANGSAKU..

Tanpa Nama berkata...

Duit masuk sebulan beratus ribu dlm poket.. mmg x nk sdar la.. klu sdar tggl 4@5k... gaji ckgu.. hutang keliling pinggang plak tu... kereta sje byr bln2 dkat 3k..x msuk yg lain2... klu kluar join arba ank bini nk mkn ape... jd nk x nk, tggung la mkn duit arba yg pnuh dgn keraguan.. tggu smpi sontot la kot..

Tanpa Nama berkata...


Photos
more
Primary
RE: Clasic worldwide corporation (CWC)
B
BNM Telelink
to me
Dec 29, 2015Details
Tuan,

Kami merujuk kepada e-mel tuan berhubung perkara di atas.

Sila ambil maklum bahawa syarikat ARBA NETWORK @ CLASSIC WORLWIDE CORP SDN BHD tidak dikawalselia oleh Bank Negara Malaysia (Bank).
Kami juga ingin memaklumkan bahawa Bank Negara Malaysia tidak pernah mengeluarkan lesen kepada individu atau mana-mana syarikat selain daripada Institusi-institusi Kewangan untuk menawarkan apa-apa bentuk skim pelaburan dan mengambil deposit daripada orang ramai. Kami juga ingin menasihati pihak tuan agar berhati-hati terhadap apa-apa bentuk skim pelaburan yang menawarkan pulangan yang tinggi kepada para pelabur.
Jika skim pelaburan tersebut jelas menawarkan peluang pelaburan dengan mengutip wang orang ramai dan kutipan atau pelaburan tersebut diberi pulangan mengikut jangkamasa tertentu yang mana pelaburan asal juga boleh diambil semula, ianya mungkin menyalahi seksyen 137 Akta Perkhidmatan Kewangan (APK) 2013. Aktiviti pelaburan seperti yang disebut di atas adalah menyalahi undang-undang.
Sekiranya tuan melabur disini, sebarang kerugian adalah ditanggung sendiri. Kami mengesyorkan agar tuan melabur di institusi-institusi kewangan yang berlesen sahaja. Untuk kemudahan tuan mengenal pasti sama ada sesebuah institusi kewangan/syarikat itu berlesen dengan Bank Negara Malaysia (Bank) atau sebaliknya, sila rujuk senarai institusi kewangan/syarikat yang diberi lesen oleh Bank di laman sesawang kami seperti di pautan berikut: http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=17&pg=54&ac=57
Sekiranya syarikat/institusi kewangan tersebut TIDAK TERSENARAI di dalam laman sesawang kami, bermakna syarikat tersebut TIDAK DIBERI LESEN oleh Bank untuk menjalankan operasi atau menawarkan produk/perkhidmatan kewangan.
Sekiranya pihak tuan merasakan wujudnya unsur-unsur penipuan dalam urusniaga berkenaan, sila laporkan kepada kepada pihak polis berkenaan perkara tersebut untuk tindakan selanjutnya memandangkan aktiviti penipuan adalah dalam bidang kuasa pihak polis.
Manakala, sekiranya tuan mempunyai maklumat berkenaan pengambilan deposit secara haram ataupun urusniaga wang asing secara haram, atau mangsa kepada aktiviti tersebut, hantarkan maklumat terperinci atau aduan berserta dokumen-dokumen sokongan ke Bank di alamat berikut:
Jabatan LINK & Pejabat Wilayah
Bank Negara Malaysia
Jalan Dato' Onn
50480 Kuala Lumpur
Faks: 03-21741515
E-mel: bnmtelelink@bnm.gov.my

Sila ambil maklum bahawa sekiranya syarikat tersebut merupakan pemegang lesen di bawah Akta Jualan Langsung 1993 dan menjalankan perniagaan jualan langsung (multi level marketing/MLM), pihak tuan adalah dinasihatkan supaya merujuk kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) yang mengawal selia syarikat MLM untuk sebarang pertanyaan atau aduan. KPDNKK boleh dihubungi di alamat berikut:

Ketua Pengarah
Bahagian Penguatkuasa
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK)
13 Persiaran Perdana
Presint 2
62623 Putrajaya
No Tel : 03-88825500
No Fax : 03-8882 5762
Emel : e-aduan@kpdnkk.gov.my

Kelambu Moden Terkini berkata...

Terbaiklah tuan Admin.... Tahniah kerana mendatangkan buah fikiran dan fakta keburukan Arba.

Tapi yang peliknya semakin ramai pula yang join Arba. Dengar kata dh hampir 300k yang jadi pengedar sah syarikat.
Syarikat pulak takdaklah pula kena serbu BNNM atau lingkup atau sentot duit orang. Tak pernah pula ada orang buat aduan Polis sbb kena tipu.
Yang saya semakin sakit hati dan semak pala dan bapak pelik, syarikat ni dah sampai ke Indonesia pun. Orang Indon pulak yang dok rebut join apa yang ditawarkan syarikat. Tapi orang melayu pulak yang cuba nak jatuhkan syarikat yang 100% milik org melayu.

Kalau tuan admin blh datangkan fakta-fakta tentang keburukan ARBA saya rasa tak mustahil tuan admin boleh datangkan juga fakta dan bukti orang awam dah kena tipu dengan Arba ni. Dan fakta brp ratus ribu orang yang dah jadi pengedar sah

Jika dirasakan Arba ni baik dan mampu membantu ekonomi ramai orang melayu saya nasihatkan tuan admin berhentilah menjatuhkan Arba.

Ramai yang tak tahu, Syarikat ni wujud sejak 2005 dan mula memperkenalkan Arba sejak 2012. Mampu berdiri sama gah dengan syarikat2 lain bertaraf antarabangsa... tapi kita pula dok sibuk nak menjatuhgkan syarikat yang banyak membantu bangsa KITA orang MELAYU.

Jom kita nilai seperti admin dok bgtau sama2 kita nilai. jangan kena tipu. sapa lagi yang boleh kita boleh rujuk. Jom tgk dengan klik pautan dibawah nie. Semoga memberi manfaat. Berhentilah menjatuhkan orang lain.

www.youtube.com/watch?v=HuG5xR4Q0SM

Sarimah berkata...

Lama tak baca komen kat blog ni... admin pls update penemuan2 terbaru berdasarkan kajian dan penelitian yang dibuat.. ramai yg buntu sekarang

Tanpa Nama berkata...

Hampir join arba..Allah..patut la jiwa tak tenang...

Unknown berkata...

Terbaik

Unknown berkata...

Tahniah admin.....
Semakin dikupas tentang ARBA ni, semakin banyak timbul pelbagai persoalan. Akhirnya, ramai diantara kita yang cuba mencari kebenaran & fakta mengenai perniagaan ini. Sebenarnya, kelemahan pada bangsa kita adalah.... terlalu berasa selesa dengan keadaan, suka berfikiran negatif, tidak mahu berfikir diluar kotak, tapi apabila ada segelintir bangsa kita sendiri yang cuba berusaha mengubah kehidupan yang lebih baik, kita pulak yang cuba menjatuhkannya. Sebelum kita berterusan menyalahkan orang lain, lebih baik kita buat research dengan lebih mendalam..,agar kita tidak menyesal dengan perbuatan kita nanti.

Nur Fauzi berkata...

Skrip anda adalah ulangan dan banyak kali siulang sebut oleh mereka yang tidak faham danntak mahu belajar berkenaan asas muamalat dalam Islam.
Butang agama dan bela bangsa selalu diguna untuk halalkan perkara yang jelas Allah haramkan.

Nur Fauzi berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
pening lalat berkata...

assalamualaikum..

pd pendapat saya arba ni bkn skim cpt kaya. yelah pelaburan tu bnyk tp pulanagn x byk. mana nk kaya gitu. dan skrg ni Arba dah ditukar dr MLM kpd AJL. setiap bulan bkn lg diberi hibah tetapi pulangan belian. mcm kita beli hantar semula barang so dpt lah duit. dan pulangan modal tu disebut sebgai bonus. bonus blh je sama ada dia nk bg secara tetap atau lain2 amount.
jika yg dulu hibah pn sama x mengapa jika dia nk bg berapa bnyk pn samaada amount tetap 2 berubah. setahu sy jika disebut kongsi untung baru lah x sama amount nya. perlu di kongsi untung dan rugi serta peratusan yg dijanjikan. so semua ni x sama kn.

Nur Fauzi berkata...

pening lalat.

ape benda yang merepek meraban ni?

Tanpa Nama berkata...

ARBA tengah hot di perbincangkan...!

Kalau di BURSA KL, pelabur2 akan kata RRRRRUUUUUUUNNNN!

Kalau lambat, menyesal!!!

Tanpa Nama berkata...

hakikatnya selama mana kita mendapat hibah bulanan itu sebenarnya kita sedang membelanjakan "duit sendiri" yang sepatutnya kita simpan. tak kira lah duit tu dari simpanan kita atau pinjaman dari bank. saya bagi contoh jika kita pinjam bank rm10k bayaran selama 10 tahun. bulanan dalam rm111. di darab dengan 120 bulan. hasilnya 13,320. jika duit itu dibahagi dengan rm550 hibah bulanan. maka syarikat mampu bertahan membayar hibah kita dengan "duit kita sendiri" selama hampir 2 tahun!...FIKIRKAN LAH...SENDIRI BUAT KEPUTUSAN...TAPI MACAM TU LAH...ALL ABOUT MONEY...

Tanpa Nama berkata...

Dah mei 2016 pon......choiii

Tanpa Nama berkata...

Nak pikir pasal arba nie..tuan punya blog nie..ada simpan duit dalam mana2 intitusi kewangan x..kaji tu dlu..cakap pasal halal n haram..porahhh..

Tanpa Nama berkata...

Lepas tu post had kan..study dlu bab bank yg awk simpan tu..ada unsur apa..hemmmm...

Nur Fauzi berkata...

Minta rujuk akta kewangan islam malaysia.
Rujuk akta bank islam yg lama dgn akta takaful 1984.
Sebelum tu boleh tengok sikit asas fiqh mcm maqasid syariah, kaedah fiqh, maslahah, uruf, adat, kaedah penentuan hukum.
Baca juga asas transaksi dalam islam beserta rukun dan syarat.
Kemudian boleh tengok impementasi akad/transaksi dala produk kewangan islam semasa.
Boleh patah balik lihat kepentingan institusi kewangan islam dari sudut maqasid syariah.

Then we can have a nice discussion sir.

Hasan berkata...

AsSalamualaikum.
Cikgu Fauzi, saya berterima kasih kerana kerana Cikgu sudi berkongsi sedikit sebanyak ilmu dalam berdebat isu CWC. saya bkanlah ahli didalam kewangan ISLAM tetapi saya berpendapat syarikat CWC ini semakin hari semakin teguh dan tidak dinafikan syarikat ini memerlukan ramai ahli bagi kelangsungan perniagaannya. Pihak CWC juga telah declare yg mereka menjalankan aktiviti trading dan contract dimeterai hanyalah setahun dan boleh renew upon expiry. mmg banyak yang dijanjikan dan setakat ini rata2 ahli berpuas-hati dengan pulangan sejak syarikat mula ditubuhkan.

Soalan saya, what is your expectation on what going to happen to CWC in next few years or maybe this yer and what action probably BNM could take against CWC? harap cikgu sudi menjawab..

Terima Kasih..

Tanpa Nama berkata...

Mohon pihak cwc lantik panel shariah senang citer...yg berdebat dlm ni tak selesai masalah...kita nak yg terbaik...niaga juta2..lantik panel shariah tak Jadi masalah kot.

Tanpa Nama berkata...

astaghfirullah..byknya fitnah org melayu ni..ada panel syariah depa kta tiada..sy bkn ahli tp da siasat ke akar umbi..

Nur Fauzi berkata...

lain kali tengok tarikh artikel ni bila.

boleh cari juga artikel baru kat blog ni pasal arba network cwc.
baca juga ulasan lain di FB page ustaz lariba dan dr azman.

* bukan ahli kononnye...

Tanpa Nama berkata...

ini semua tipu...kopi pak belalang telah diktiraf oleh jakim dan KKM

Tanpa Nama berkata...

Blog ini penipu....Nur Fauzi Bassar kau tu penipu

Tanpa Nama berkata...

Blog ini Dh masuk dlm Police Report

Nur Fauzi berkata...

Jadi? Konon ugut bagi takut la ni?

Tanpa Nama berkata...

Tuan boleh ulas berkenaan I-Tijari Berhad https://www.i-tijari.com/ Global Tijari Holding Berhad...skim jika dilihat ala2 arba network....join RM10K bulan2 dapat RM2k...lumayan sangat ni tuan...

Tiada nama berkata...

Ermmm.... bahaya jugak jika dalam agreement x tulis modal dipulangkan dlm tempoh matang... maksudnya pada bila2 masa jika syarikat muflis, syarikat x bertanggungjawab nak pulangkan modal pelabur.... bijak2...

Nur Fauzi berkata...

And you are? Prof in islamic finance?

Tanpa Nama berkata...

Kenapa ARBA xkasi bonus bulan julai???? Cer explain sikit. Sesapa yg tahu psal ni. Nk tersontot dh ke....

Tanpa Nama berkata...

Payah tersontot..maklumlah ramai ustaz2 n ustajah2 yg masuk..kan berkat..

Tanpa Nama berkata...

Cikgu bahasa Arab x pandai bahasa Inggeris...huuu

Unknown berkata...

GOLONGAN YANG MENGADA-ADAKAN HUKUM DALAM AGAMA.
.
Akhir zaman merupakan zaman yang penuh dengan fitnah dan kerosakan.
Kerosakan yang paling dasyat sekali adalah fitnah agama yang bermaharajalela.
Orang yang tidak kuat fahaman agamanya boleh terperangkap dengan rekaan dan dakwaan dalam agama.
Banyak hukum2 agama dipinda dan digubah mengikut selera dan kefahaman masing2 menjadi seperti hukum agama yang sebenar.
.
Munculnya mereka yang tidak ahli dalam agama menyebarkan hukum2 agama yang direka tanpa asas.
Kitab2 ulama’ tidak lagi menjadi panduan dalam mengeluarkan hukum.
.
Banyak hukum2 dalam muamalat direka tanpa mengikut disiplin ilmu yang jelas.
Menjustifikasikan hukum Riba dengan mudah tanpa mengemukakan illah Riba dan syarat2 terjadinya Riba dan juga tanpa menyatakan jenis2 Riba yang berlaku.
.
Munculnya hukum2 baru yang diadakan yang jelas tiada dalam syarak.
Seperti dikatakan berlakunya Riba dalam kontrak pinjaman dan wujudnya KEUNTUNGAN dalam jual beli yang HARAM kerana terjadi RIBA.
Banyak lagi hukum2 yang diada-adakan dalam muamalat menggunakan nama Islam.
.
Mereka melakukan Jenayah dalam ilmu muamalat secara terbuka dengan menganjurkan seminar asas muamalat, ceramah di masjid2 tanpa rasa bersalah.
.
Mengajak masyarakat LARI daripada Riba tanpa terlebih dahulu memperkenalkan bab RIBA secara detail meliputi takrif Riba, illah Riba, pembahagian Riba dalam muamalat dan syarat2 berlakunya setiap jenis2 riba tersebut supaya masyarakat betul2 mengenali RIBA yang sebenar.
.
Berhati-hati lah dengan golongan yang menggunakan agama dan mengada2 hukum dalam agama.
Wajib kita jauhi dan LARI daripada mereka takut terpengaruh dengan rekaan dan dakwaan yang menggunakan agama.
Tuntutlah ilmu daripada guru yang ahli dan peganglah dgn kitab2 turath tinggalan para ulama' nascaya selamat daripada tipu daya dunia.
.
Benarlah kata Tuan Guru Hj Damis bin Majid,
"Tidak semuanya syaitan menyeru akan kejahatan,adakalanya ia menyeru ke arah kebaikkan, Tetapi kebaikkan yang ia seru itu di hiasi dengan Riya',Ujub,serta Takabbur..inilah Syaitan sekali kali Tidak akan Redha dengan anak adam..."
.
.
#P'TAR LUBAN
#kpb
#JUTAWANSUNNAH
#TALAQI KITAB TURATH KHAZANAH ILMU ISLAM TINGGALAN ULAMA

Nur Fauzi berkata...

Arba network cwc jelas haram.
Sekian.

donlot berkata...

<---- baca sini... Rupa2nya... Arba pun dah kena black list ngan bank negara daa

Unknown berkata...

https://m.youtube.com/watch?v=HuG5xR4Q0SM

Tanpa Nama berkata...

https://m.youtube.com/watch?v=HuG5xR4Q0SM

Tanpa Nama berkata...

rasa bagus blog ni sb ada pendapat pro dan kontra yang d kongsi...fanatik jgn sangat terkabur dengan wang ..bila ada berbicara dgr dulu agar pendapat itu jelas hujah dalam membantu...tahniah tuan tanah blog ni....

zamani berkata...

org yg menyertai skim pelaburan ini..takkan terima pendapat yg mengatakan haram atau sebagainya sehinggalah.... hilang mrk hilang duit atau bonus tidak dibayar 2&3 barulah waktu itu mereka akan sedar.. dan menyesal

Unknown berkata...

Baru je kwn kempen pasal ni..cari maklumat jumpa blog ni.. Alhamdulillah..

Nurul Ain berkata...

Urusniaga tidak berlesen dan disenaraikan dibawah berjaga-jaga oleh bank negara. Ramai kawan dah join 10k dan 40k. Saya tumpang simpati

Tanpa Nama berkata...

Perniagaan yg tak mungkin rugi..gila kentang beb..klu tau x yah aku blajar tinggi2..

Tanpa Nama berkata...

Dgr dpt duit byk sapa tak nak kan? Aku mushkil arba cwc ni. Senang je, bila hati dah mula curiga, kaji dan kaji ttp x tenang. RIBA!!!!! korang nk kaya dunia kaya lah. Aku cukup lah syukur apa yg ada dan x memudaratkan dunia akhirat. Kaya kalau jauhkan diri dari landasan Allah, itu istrijad. Tp suatu hari nnt bila dah ulama kata halal.... aku akan join tuk passive income.

Tanpa Nama berkata...

Untuk makluman semua...sekarang ni pun arba cwc dah punya masalah semenjak bulan Julai 2016, hibah bulanan seperti yang dijanjikan masuk ke akaun ahli setiap bulan seperti dalam perjanjian (agreement) tidak dilunaskan (Breach of Agreement) masih tertunggak. . Bulan Ogos 2016 tak dibayar dan diberi alasan syarikat mengemas kini laman web. Kelewatan hibah seterusnya bertambah serius Dan hibah semenjak 5hb November 2016 mash tertunggak lagi...bila ditanya..perbagai alasan yg diberikan oleh wakil Dan disuruh bersabar!! Anak saudara saya sudah menjadi mangsa dan sekarang ni agen asyik sibuk mempromosikan Arba 2.0 sedangkan Hibah untuk Arba 1.0 pun mempunyai tunggakan tak terbayar? Harap pihak berkuasa BNM mengambil tindakan secepat mungkin keatas skim cepat kaya ini yg telah melanggar agreement asal.

USTAZ MUHAMMAD HAFIZI berkata...

Samalah..adik ipar x semena2 oder 10 kotak ..bayar cash pulak tu hihi..
Ada sorg pakcik siap jd pelanggan tetap oder tiap bulan

shake berkata...

Sbenarnya xperlu dberi peringatan biarkan saja...memang kalau ada ktamakan dlm diri malas berusaha...mereka akan terus terjebak..ada org dah empat lima kali lingkup ttp masih xserik...janji manis dgn sgala dokumen dan pbabitan individu yg ternama mudah mmerangkap mrk...kalau ditegur mrk akan marah marah...entah lah that manusia!

shake berkata...

Sbenarnya xperlu dberi peringatan biarkan saja...memang kalau ada ktamakan dlm diri malas berusaha...mereka akan terus terjebak..ada org dah empat lima kali lingkup ttp masih xserik...janji manis dgn sgala dokumen dan pbabitan individu yg ternama mudah mmerangkap mrk...kalau ditegur mrk akan marah marah...entah lah that manusia!

paul phoenix berkata...

hmmm... sya da masuk 20k...baru 1 kali terima sales return...sales return kedua sangkut dah plak...alasan bank cimb ada limit transaksi dlm sehari...start dari 20.11.2016 da witdraw sampai skrg x masuk lg...janji 3 hingga 4 ari masa bkerja...skrg da nak smpai 20.12.2016..nak witdraw lg...

Tanpa Nama berkata...

saya dah masuk 20k...trima sales return 1 kali shaja...lepas 2 witdraw taggal 20.11.2016...smapai skrg x masuk lg...janji 3 hingga 10 ari bekerja...skrg da tanggal 13.12.2016...takkan nak tggu lg smpai 20.12.2016 tuk witdraw lg dan tertunggak 1 bulan lg..cam rsa terkilan la pla... janji ontime...skrg da notime ni..jgn la pla bagi alasan bank cimb da masla la...betul ka cimb bank bg limit utk transaksi utk sehari...nak sala kn bank la pla...

Tanpa Nama berkata...

Wakil Arba CWC Cuma pandai kaut komisen dan tak bertanggungjawab! Sykt dah nak lingkup pun masih mahu menipu orang ramai...termasuk bulan in dah 2 bulan hibah masih blum dibayar termasuk 5hb Disember 2016!! Asyik menipu kelewatan Dari pihak bank sedangkan pihak bank mcm mana nak kredit ke akaun ahli Kalau akaun cwc takde $$$? Ramai kawan termasuk saya rasa Tertipu Dan harap tindakan sewajarnya dari pihak penguatkuasa BNM, MCMC semoga iklan2 dan lesen AJL yg masih dipamirkan sesudah dibatalkan oleh KDNKK harus dipadamkan sebelum ramai lagi terperangkap...Jelas sangat CWC menjalankan aktiviti pengambilan wang tanpa lesen Dari Bank Negara melalui SKIM PONZI!

Nur Fauzi berkata...

Harap dapat laporkan pada pihak bnm dan follow up selalu aduan anda.
Jika tiada laporan dibuat, pihak bnm sukar nak ambil tindakan. Lagi berkesan jika ramai yang laporkan dan disertakan dengan bukti seperti dokumen perjanjian , resit belian, penyata & resit bank, screenshot perbualan dan lain-lain.
Ramai yang buat aduan pihak berwajib akan lihat benda ni memang serius.

Tapi susahlah kalau tak ramai yang buat aduan/laporan.

Tanpa Nama berkata...

Terima kaseh Encik Nur Fauzi Bassar kerana membongkar skim penipuan ini. Saya simpati dengan mereka2 yang telah tertipu. Semua hendak cepat kaya tetapi tidak mahu berusaha. Ini lah masalah bangsa kita ....Teruskan membongkar saudara.. Saya sokong!

Tanpa Nama berkata...

Cwc Arba 1.0 skim Penipu Dan sudah 3 bulan hibah tak dibayar!! Julai 2016, November 2016 dan Disember 2016 (3 Bulan masih tertunggak) Ada agreement pun boleh kelentong ahli...Masa pemasaran dibuat, bukan main lagi perjanjian "Hibah Akan dibayar TETAP setiap Bulan" !!! Apa citer skrg Ni? Baru checked dengan KPDNKK sebenarnya tadi, lesen AJL cwc telah dibatalkan oleh KPDNKK pada 30/9/2015 tetapi wakil masih menggunakkan lesen AJL Utd menyakinkan org ramai dengan lesen AJL yg dah lapuk....Harap org ramai jangan TERTIPU Saya dan kawan-kawan lagi sudah tertipu dgn mainan wakil yg pentingkan Komisen. JOM RAMAI2 Buat lapuran POLIS!!
Lapuran BNM, KPDNKK, SSM!! Semoga pihak berkuasa mengambil tindakan segera sebelum lebih ramai lagi kena TIPU dengan SKIM Arba cwc ini...

Tanpa Nama berkata...

Fitnah adalah satu dosa besar..
Selidik dulu..jgn buat andaian dengan hanya menggunakan pandangan dan andaian. Allah lebih mengetahui..biarlah syarikat Cwc meneruskan perniagaannya..kenapa kita hendak menjatuhkan perniagaan orang lain..

Tanpa Nama berkata...

wahai.....semua...hentikanlah...fitnah ini....

janganlah anda terlibat dengan dosa besar...

janganlah buka aib orang...biarlah ketentuan ilallhi...yang menentukan...jangan kita memasuki campur urusan orang lain......sebab kita bukan ahli...yang sepatutnya.....dosa besar....kita contohilah...Nabi2 yang terdahulu....para ulamak.....walaupun anak muridnya melakukan kesalahan...Tuan Guru hanya menegur...memberi nasihat....dan menggunakan pendekatan diam....biarlah Allah yang menentukan....jangan memporak-perandakan keadaan...meruntuhkan seseorang....mengadu-domba...ingatlah pada Allah...lebih anda banyak berzikir...daripada membuka aib orang......kelak anda yang akan rugi...akhirat nanti...semua kebaikan yang anda buat...akan pergi kepada orang lain...percayalah...

Tanpa Nama berkata...

Sekarang sr 20/11/16 dah masuk...harap tuan jangan bertindak melulu tanpa usul periksa

zzainol berkata...

Ada yang dah report ka. Alamat pejanat kat sungai petani tu terang2 ada. Senang ja kan kalo nak pi cari.

Tanpa Nama berkata...

Cepat lah report buat apa nak bising2 kat sini

Nur Fauzi berkata...

Sebab dah ramai report la masuk watchllist bnm tu

Foot Patch berkata...

Cikgu bahasa inggeris pulak, ade Hati nk skimping Arab.. :P

Kalauakukaya berkata...

Yeke...tp fakta yg lepas2 yg ramai terpengaruh dan terkena mmg drpd golongan cikgu...maaf cakap tp ini hakikatnya...knp ya

Kalauakukaya berkata...

Fakta mmg ramai golongan cikgu yg join benda gini...fakta ramai cikgu yg saya kenal dah terkena...fakta cikgu senang kena tipu ke apa?maaf cakap...fakta

Unknown berkata...

Ermm

Unknown berkata...

Ermm

Tanpa Nama berkata...

Dgr cite hibah disember xbayo2 lg..ape cite arba ni? ramai yg nk guna duit hibah nk bayo utang..

Unknown berkata...

Insyallah bulan 2 nie selesai lah..semua hibah di bayar..amin

Unknown berkata...

Nanty bulan 2 clear lah semuanya..cwig bayar

Unknown berkata...

BNM nie mmg pantang nampak akaun byk duit..semua dia nak beku n kebas

Tanpa Nama berkata...

kalo xsilap bln feb ni janji nk clear seme hibah trtunggak, sama2 kita tgk

Tanpa Nama berkata...

Sememangnya Skim Arba in adalah satu SKIM PENIPU! Saya dan rakan2 masih menunggu hibah Yang masih tertunggak Selamat 3 bulan...JOM ramai2 but aduan polis dan Bank Negara, supaya sykt ini buat bayaran segera. Menipu dan melanggari kontrak asal bole diheret ke Mahkamah... Biar KR2 dan wakil2 yg menipu org ramai demi untuk mengaut komisen disaman kerana melanggar syarat2 asal seperti tertakluk didalam kontrak perjanjian seperti berikut:
PELANGGARAN SYARAT2 KONTRAK
Sekiranya PIHAK PERTAMA gagal mematuhi syarat2 yang telah termaktub di dalam para Yang telah dipersetujui Oleh PIHAK
PERTAMA dan atau wakil2 yang diberikuasa Oleh PIHAK PERTAMA dan atau dengan sengaja melanggar syarat kontrak ini, maka PIHAK KEDUA (Ahli) boleh mengambil tindakan undang2 dan meminta ganti-rugi di atas segala kerosakan atau kerugian atau segala kos berkaitan dengan tindakan undang2 yang diambil ke atas PIHAK PERTAMA.
Jangan biarkan wang anda lesap dan ditipu oleh Syarikat Serta Wakil yang tidak bertanggungjawab, ambil tindakan segera melapurkan kepada PIHAK Berkuasa BNM dan PDRM supaya kes ini Akan disiasat dibawa kes Penipuan Komersial bagi memudahkan ahli2 yang menjadi mangsa mengambil tindakan susulan Mahkamah ke atas PIHAK PERTAMA iaitu Wakil atau Agen tersebut.

Tanpa Nama berkata...

Tak sbr nak tunggu bln 3.nk tgk apa pangakhiran penipuan arba ni....nnt please update.

Tanpa Nama berkata...

bln feb nk abih dh xde lg dgr ahli yg dibayar hibah yg tertunggak..

Tanpa Nama berkata...

saya punya pendapat satu je....atas dunia ni kita susah pun tak apa janji rezeki kita halal....tapi kalau kita senang lenang dan kaya raya tapi dari sumber yang meragukan...rugi seruginyalah kita hidup atas dunia yang hanya sementara...ingat pesan nabi kita...fitnah adalah cabaran terbesar umat nabi Muhammad saw dan fitnah ni datang dalam pelbagai bentuk...skim skim yang meragukan juga adalah satu bentuk fitnah....dalam perniaagaan islam...tak ada istilah untung tetap 8%...fikir fikirlah sebelum terlambat dan masih ada nyawa dibadan.

syam berkata...

Apa cite skang ni?ada update?

Unknown berkata...

Macai2 arba...hibah da dpt ke belum?...muaaahahahahahahaha

Unknown berkata...

Dalam pyramid scheme, new recruit perlu lagi ramai utk tampung peserta atasan.. so kalu atba sangat2 memerlukan ramai ahli baru untuk cover ahli atasan.. rasanya skrng dah x selebat dulu

Tanpa Nama berkata...

Dalam pyramid scheme, new recruit perlu lagi ramai utk tampung peserta atasan.. so kalu atba sangat2 memerlukan ramai ahli baru untuk cover ahli atasan.. rasanya skrng dah x selebat dulu

Tanpa Nama berkata...

Dalam pyramid scheme, new recruit perlu lagi ramai utk tampung peserta atasan.. so kalu atba sangat2 memerlukan ramai ahli baru untuk cover ahli atasan.. rasanya skrng dah x selebat dulu

Tanpa Nama berkata...

Semua pages geng2 arba xberani masuk dah.. dlm pages arba sendiri pun..semua komen2 di control..ahli baru xselebat dulu.. masih ada y masuk xpi xcukup nak tampung ahli lama.. cukup bayar gaji kr jer.. 2 yabg 3 bln tertunggak... sedarla semua..riba haram.. dapat riba beli makanan.. bg anak bini makan..

Tanpa Nama berkata...

Mana ada riba dalam arba...Tak baik menuduh tanpa bukti yang kukuh..Hibah arba dah start masuk.saya harap tuan- tuan berhenti mengkritik bisnes orang melayu.

Tanpa Nama berkata...

Mana ada riba dalam arba...Tak baik menuduh tanpa bukti yang kukuh..Hibah arba dah start masuk.saya harap tuan- tuan berhenti mengkritik bisnes orang melayu.

Tanpa Nama berkata...

Bisnes arba dari company Cwc tidak meragukan..Pelbagai produk berkualiti dikeluarkan..Harap tuan-tuan siasat dulu..Jom beli kopi Pak belalang tin sedapp...Ada mocha latte dan Capuccino..

Tanpa Nama berkata...

Bisnes arba dari company Cwc tidak meragukan..Pelbagai produk berkualiti dikeluarkan..Harap tuan-tuan siasat dulu..Jom beli kopi Pak belalang tin sedapp...Ada mocha latte dan Capuccino..

Nur Fauzi berkata...

Tuan. Sales return masih ada lagi tak? Bagaimana dengan perjanjian, ada dapat tak.

Tanpa Nama berkata...

Produk apa nya..produk diambil dari kilang non muslim..di dakwa dari kilang sendiri-muslim. Pengelola arba hanya buat plan utk dapat duit peserta. Produk dari kilang bukan milik pengelola sebenarnya. Pengelola hanya buat plan pemasaran dgn produk kilang tersebut. Konsep trading konon tapi masih mengambil deposit riban riban macam mlm. Kr hanya pencari peserta/pelabur (walaupun dakwaan mereka peserta bukan pelabur). Sekarang ada pserta yang masih belum dapat hibah/sales return..apa cerita.? pengalaman hidup saya belum ada lagi pelaburan begini akan bertahan lama..akan ada endingnya.

Tanpa Nama berkata...

Mana mahu beli? Dalam mimpi? produk pun tak nampak..kopi wonda adalah

fakir al banjari berkata...

Jika sebut pelaburan, sifatnya mestilah tidak pasti ada pulangan atau tidak, jika adapulangan, tak pasti banyak mana, dan modal pun belum pasti dapat balik.

Jika modal dijanji dipulangkan, pulangan dijanji dapat, pulangan dijanjikan peratusnya, itu namanya pinjaman. pulangan tu adalah faedah atau riba. Diharamkan dalam Islam.

Unknown berkata...

Dah x masuk kn?!😿

Tanpa Nama berkata...

Memang skim penipu pun..macam2 alasan yang diberikan.. yang dok kaya pun KR saja..yang dok untung pun KR saja.. yang ahli2 bawahan ni habuk pun tak ada.. yang KR2 pun pentingkan diri.. kalau betul kenapa tk dahulukan duit ahli.. yang tahu poket KR kena isi dulu.. lepastu bila turn ahli2 bawahan dok kena sabar selalu.. lepastu bila ahli bising je terus nak salahkan ahli.. nama je ustaz2...punya la taksub dengan duit dan syrikat sampai kepentingan ahli ditolak macam tu sahaja.. TOLONG JANGAN PERCAYA SKIM TUNGANG TEBALIK NI LAGI. saya salah sorang mangsa..setiap alasan yangbdiberikan oleh syarikat seoalah2 nak memperbodhkan ahli sahaja.. sekarang konon nya kembangkan perniagaan hingga ke indonesia konon.. cakap je yang syarikat nak angkat kaki.. kalau setakat nak wayang syarikat di sungai petani tu baik tak payah.. setelah ditipu saya sendiri pernah ke ibu pejabat di sungai petani punyala terkeju, syarikat cuma lot kedai biasa dahtu beroparasi di tinggkat atas saja pulak tu.. konon nya kilang 2 3.. mana kilang tu? yang saya nampak cuma lot kedai yang packing kopi2 tu saja. CUKUP2 LA DENGAN WAYANG. BAIK BAYAR BALIK MODAL2 AHLI SEBELUM TINDAKAN SUSULAN DI AMBIL.

Tanpa Nama berkata...

hibah untuk KR kot yg mula masuk....supaya anda2 dapat mempengaruhi dan mencari ahli baru..yg cetek pengetahuan ttg kwangan islam...cukup2lah...

Tanpa Nama berkata...

Ramai2 buat lapuran polis, biar senang polis jenayah Komersial ni buat siasatan atas penipuan ini macam skim highway dulu...biar KR2 ni semua disoal siasat kerana kerjanya sebagai agen kaut komisen dan sekaligus kerjanya menipu....kata bulan Januari 2017 nanti sykt bayar, lepas tu bulan Februari 2017, skrg ni dah nak pengakhir bulan March 2017? Sial puny a KR asyik2 Katanya sabar?? Dah Hiang sabar ni...hibah 3 bulan Tak dibayar sampai sekarang? Wang pokok jangan lah cakap? HAbuk ...JOM buat lapuran Polis....biar keluar TV dan Surat Khabar....

Tanpa Nama berkata...

Tak guna semua KR2.. nama je ustaz2.. taksub dengan duit macam apa lagi..pastu bila ahli2 mengamuk mintak saabar.. bila tak sabar nak kait kan soal keimanan kita... apa kaitan nya program ni dengan keimanan.. apa adakah setia orang yang tak sabar tu tak beriman??? yang kau sampaikan benda2 yang tak sahih dan menipu orang tu boleh pulak!!! SIAL!! pastu siap ugut sekiranya ahli yang terlalu lantang akan di senarai hitamkan dan duit tk dikembalikan.. kau dah melantak duit orang pastu kau nak suruh orang sabar!! apa kau ingat dengan sabar ahli2 kau boleh besarkan anak2? dengan sabar tu boleh beli barang dapur rumah dekat kedai? Moh kite beramai2 lapor ke pihak berkuasa sebelu ada ramai lagi yang tertipu..

Tanpa Nama berkata...

Ceo Rozaini tu yg patut korang marah sebab tahan duit ahli2.. kr2 tu semua kuat bodek rozaini..tak berani, kr sanggup menipu, cakap pusing macam keling demi ceo dan syarikat, ye lah gaji kr2 dah berapa puluh ribu sebulan.. kena lah balas budi rozaini. Harap maklum!

Tanpa Nama berkata...

Sekarang dah masuk bulan ke 6 CWIG belum membayar duit ahli.. Yang dapat duit tu...geng geng UPLINE je.. tiap tiap bulan dapat.. So.. I rase....I am done. Saya halalkan RM10k untuk mereka... sob sob... biarlah saya merana.

Tanpa Nama berkata...

siap taja gema gegar vaganza lg, duit hibah ahli xbayo..malaun sguh

Tanpa Nama berkata...

Dapat maklumat CEO molek jugok.pakat ahli2 gi jumpa. Tanya khabar. Pastu ikut pandai lah nk buat mcmana.

Tanpa Nama berkata...

Dapat maklumat CEO molek jugok.pakat ahli2 gi jumpa. Tanya khabar. Pastu ikut pandai lah nk buat mcmana.

Tanpa Nama berkata...

ini mintak kena viral ni... taja program besar2 boleh tspi duit tak bayar2.. alasan tak boleh blah.. first2 konon nya masalah bank CIMB... dah la perburuk kan nama local Bank sendiri, kaye nye bank tk dapat support sebab jumlah ahli terlalu ramai.. pastu pusing2 punye pusing.. dia kata lak masalah upgrade system baru sampai 2 3 bulan.. pastu keluar lak alasan lagi katanya programmer tak dapat selesaikan masalah.. pastu kata pulak tak cukup programmer dan nak cari backup programmer... pastu ntah ape lagi pun tak tahu la... dari bulan 10 tahun lepas kot sampai dah masuk April 2017..

Tanpa Nama berkata...

Apa cerita ni? Dh tersontot ke?? Skim cepat kaya

Nur Fauzi berkata...

Dah nak masuk mei. Akaun clear sebab payment tak masukkkk

Nur Fauzi berkata...

Dah ramai report.

Nur Fauzi berkata...

Hellooo???

Nur Fauzi berkata...

What happen to cwc cwig today?
Delayed payment?
Shortage of fund?
You name it.

Sontot oi.

Nur Fauzi berkata...

Payment masuk lagi?
Come on kongsi sini la.
Share sekali cerita kawan-kawan yang sangkut payment lebih 4 bulan tu.
Tak masuk lagi cite yang nak tarik diri tapi modal tak dapat kan?
Eh kan takde cerita modal dipulangkan dalam kontrak kan? Tapi kenapa masa promosi sembang modal boleh dapat.

Jom la bagi jelas sini. Ramai nak tau ni

Nur Fauzi berkata...

Bos. Payament masuk berapa bulan ni?
Bulan lepas berapa?

Nur Fauzi berkata...

Payment dah dapat? Berapa bulan tangguh?

«Lebih lama ‹Lebih lama   1 – 200 daripada 242   Terbaru› Baru»

E-book

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...