Rabu, 29 April 2015

Arba Network Haram: gharar, riba, scam!

Memang ramai yang tak puas hati punya. Komen post Arba yang lepas pun dah ramai juge datang komen. Dah bedah juga sikit kat post lepas pasal akad muamalat yang diguna.

Pada yang terlepas pandang, JAKIM ada keluarkan kenyataan berkenaan arba. Sebab depa dok jual nama jakim kata jakim dah semak pelan mereka dan luluskan (memang pembohong la). Boleh cuba baca sini.
Jakim nafikan terlibat dan semak pelan arba network ni. syarikat CWC pun tak ada panel syariah yang dilantik untuk mengesahkan mereka ikut garis panduan MLM syariah yang JAKIM keluarkan.

Tang tu dah kantoi besar-besaran. Bila dah jadi begini mesti akan ada tindakan susulan punya. Tunggu saje la ye. Cuma cepat atau lambat saje.9

Kali ni nak tepek perjanjian. Klik pada gambar untuk besarkan. Kabur sikit, tapi masih boleh baca.








Mana dapat semua ni? Kalau rajin cari kat internet boleh jumpa juge. Yang ini memang ada peserta yang dah tarik diri beri untuk disemak.

Mereka kata mereka guna akad jual beli, tiada pelaburan atas nama mudharabah atau syirkah dan lain-lain. Jadi bila jual beli dah berlaku, maka ikut suka syarkat nak bagi hibah berapa pun pada peserta. Itu hukum muamalat yang depa pakai. Tak tau siapa yang dirujuk, tapi pastinya yang dirujuk itu bukan pakar muamalat dan fiqh. Kenapa? Sebab penilaiannya begitu ringkas dan mudah, tak menggambarkan dan tak teliti betul perjalanan urusniaga yang berlaku.

Serius, tahap begini tak perlu pakar muamalat, alim ulama, mufti nak menilai. Cukup pelajar dalam bidang fiqh muamalat yang belum 'grad' tengok pun dah boleh kesan gharar di sana sini, dan membuatkan benda ni tak layak dapat sijil patuh syariah.

Kita pergi sedikit perincian. Saye guna bahasa mudah, penjelasan ringkas supaya orang boleh nilai dan fikir.

Jual beli? wakalah?

Dalam iklan yang berlambak di blog dan FB semua ada sebut mereka buat urusniaga jual beli, ada perjanjian siap stamping LHDN. 

Tengok dalam perjanjian. Tak ada pun disebut jual beli berlaku. Perkataan yang digunakan adalah usahasama. Macam-macam tafsiran boleh diberi usahasama ni. Dalam perjanjian pun takde jelaskan pun usahasama tu dalam bentuk apa. Kita tak pasti. Itulah gharar. 

Yang ada dalam perjanjian persetujuan melantik pihak arba jadi agen pemasaran. Itu dah kira jadi akad wakalah pula. Mana jual belinya? Bukan tak boleh nak ada akad wakalah. Mungkin wakalah ni digunakan selepas jual beli dilakukan. Tapi kalau jual beli, sebutlah jumlah dan nilai jualan produk ada berapa dan apa barang yang dah dapat. (ini boleh rujuk resit. tapi takde pun sebut merujuk pada nilai belian resit ke ape ke)

Jadi kat situ saja kita dah boleh keliru dan tak pasti macam mana aliran transaksi yang sebenar. Itu pun gharar juga.

Ok. Dalam iklan ada sebut pembeli / peserta beli barang nilai 1000 atau 10000 (contoh). Peserta / pembeli cuma dapat 1/4 produk sahaja. lagi 3/4 produk diuruskan jualan oleh syarikat. 

Nilai dalam perjanjian dan wakalah?

Semak balik perjanjian. Saya boleh terima kalau kata perjanjian ini adalah berbentuk wakalah. Dalam iklan kata syarkat uruskan baki 3/4 jualan. Dalam perjanjian ada disebut peserta lantik arba jadi agen pemasaran. Tapi cuba semak nilai yang ditulis. Dalam perjanjian ditulis RM20 000. Itu adalah nilai penuh belian. Walhal peserta diberitahu hanya 3/4 dari jumlah produk akan diuruskan jualan oleh syarikat.

Jadi nilai yang sepatutnya tak sampai pun RM20 000. Peserta beritahu 1/4 produk memang diserahkan pada peserta. Jadi kenapa dalam perjanjian tulis nilai penuh 4/4 kalau kata arba jadi agen pemasaran produk? Nilai yang sepatutnya ditulis kalau betul arba uruskan jualan adalah RM15k. Itu pun dah timbul kekeliruan. Nampak tak? Nilai yang diserahkan, diuruskan mesti ditulis secara tepat. Kalau macam ni kena 'game' saje la peserta.

Perincian belian produk.

Tengok pada gambar resit kat atas. Itu resit untuk belian produk harga RM10k. Ada tulis arba passive yang bernilai RM7.5k (3/4 daripada nilai keseluruhan RM10k). Tapi yang menjadi masalah adalah peserta tak diberitahu pun apa dia produk dalam arba passive tu? Pembeli sepatutnya tahu walaupun beli atas nasihat dari syarikat, tapi sekurang-kurangnya mesti tahu apa yang dibeli. Bukan main hulur duit saja. Gharar lagi kan? Beli produk tapi tak tahu apa yang dibeli.

Beli dengan pihak lain, perjanjian dengan pihak lain?

Peserta beli dengan pihak CWC. Boleh tengok pada resit. Beli dengan CWC tapi perjanjian tiba-tiba dengan arba? Arba ni entiti apa? Group / kumpulannya dianggotai oleh siapa? Siapa ketua? Siapa kakitangan yang uruskan pemasaran? Banyak yang kita tak tahu.

Bukankah lagi senang kalau urusan jualan kita serahkan pada pihak CWC kembali untuk uruskan. Kenapa nak serah pada entiti yang kita pun tak pasti struktur dan organisasinya macam mana, kepakarannya macam mana, alamatnya di mana, berdaftar atau tidak? Gharar lagi kan.

Adakah entiti arba network dan CWC itu sama, atau berbeza? Pikir hal ni pun dah boleh buat kita ragu-ragu status arba network.

Apa guna buat perjanjian siap stamping dengan entiti yang sangat longgar strukturnya?

Konon kalau ade kes boleh bawak masuk mahkamah. Sekali failkan kes, makan bertahun nak selesai. Kos guaman saje dah berapa. Akhirnya pengelola boleh plan nak cabut lari.

Modal dipulangkan semula?

Ini satu hal lagi pening. Dalam perjanjian tulis usahasama selama setahun. Takde sebut pun pulang semula modal. (Kalau ada sila beritahu di mana, saya betulkan artikel).

Padahal dalam iklan sebut modal akan dipulangkan. Jadi kalau cukup setahun nak berhenti, tiba-tiba tak dapat semula modal, tak boleh nak bising la marah-marah.

Lagi satu logik akal fikir. Duit kita dah beli produk RM10k (contoh). Duit bukan milik kita sebab dah tukar dengan produk. Jadi apehal pulak syarikat nak pulangkan modal? Dah ada rupa skim emas sontot pulak dah ni. Emas tu gitu juge la lebih kurang. Cuma produk yang berbeza dan pecahan produk lain. 

Biasa modal dipulangkan semula ni adalah pelaburan. Tadi kata jual beli kan? Gharar lagi.

Hibah tetap?

hal ni dah sentuh dalam post lepas. Baca sini. 

Dalam iklan sebut hibah bulanan yang diterima adalah hasil jualan produk yang syarikat uruskan.
Masalahnya macam mana pulak boleh tetap untuk setiap ahli dan boleh tetap mengikut nilai belian produk oleh ahli? Kalau ada 100000 ahli, semua dapat sama mengikut jumlah modal belian. 

Kan senget kepala gitu. Kena pulak dalam iklan sebut tak payah jual, tak payah buat ape. Goyang telor saje duit masuk.

Syarikat yang besar pun pendapatan bergantung pada jualan setiap produk. Tak jual mana nak datang income? Tak ada juga yang catat jumlah jualan yang statik dan sama setiap bulan mengikut jumlah modal yang dikeluarkan. Tak ada. graf jualan turun dan naik selalu. 

Arba network boleh jamin tetap? Malah boleh naik lagi, dan takkan turun? gile hebat!

Kalau hasil jualan sekalipun, terma hibah tak sesuai. Sebab berkaitan dengan pemilikan sempurna. Baca post arba yang lepas & konsep pemilikan.

Rasa cukup la ni dulu. Kalau ada jumpa benda yang tak kena lagi dalam perjanjian boleh sebut kat komen.

Haters @ ahli arba.
Duit korang.
Lantaklah korang nak buat apa pun.
Saye cuma sampaikan. Nak ikut silakan, saye takde untung apa.
Taknak ikut, saye tak rugi ape pun.
Cuma nak sedarkan yang belum tahu dan sedar scam begini memang merosakkan kita.
Nak komen carut ke ape ke marah ke silakan. 
Saye tekan butang 'approove'. ORang lain datang baca boleh nilai.

242 ulasan:

«Lebih lama   ‹Lebih lama   201 – 242 daripada 242
Nur Fauzi berkata...

Meh jawab sini. Notification reply masuk email kan?

Tanpa Nama berkata...

Duit tak masuk lagi...... Dari bulan Disember sampai sekarang..... Kawe menyesal dah....

Tanpa Nama berkata...

Pada siapa yg sudah menjadi mangsa penipuan ini termasuklah Saya sensitive, JOM ramai2 pakat Kita Serangoon KR2 dulu sebab pandai menipu dan memperbodohkan ahli... Sampai sekarang hibah semenjak December 2016 masih Tak dapat2... Dia org ingat senang2 Kita ni ahli dapat duit dengan titik peluh ni...dan senang2 dah kaut komission, terus senyap...sampai bila tahap kesabaran ya sundal punya KR2 dan agen2 ni....Saya syorkan penipuan ini di viral Khan di laman sosial fb semoga PIHAK berwajib dapat mengambil tindakan semoga...ahli2 baru jangan tertitu seperti kami ini...CWC ARBA adalah satu SKIM PENIPU!!

Tanpa Nama berkata...

Pada siapa yg sudah menjadi mangsa penipuan ini termasuklah Saya sendiri, JOM ramai2 pakat Kita Serang KR2 dulu sebab pandai menipu dan memperbodohkan ahli... Sampai sekarang hibah semenjak December 2016 masih Tak dapat2... Dia org ingat senang2 Kita ni ahli dapat duit dengan titik peluh ni...dan senang2 dah kaut komission, terus senyap...sampai bila tahap kesabaran ya sundal punya KR2 dan agen2 ni....Saya syorkan penipuan ini di viralkan di laman sosial fb semoga PIHAK berwajib dapat mengambil tindakan sewajarnya ...ahli2 baru jangan tertitu seperti kami ini...CWC ARBA adalah satu SKIM PENIPU!!

Unknown berkata...

Kita semua dah kena tipu dgn arba

Tanpa Nama berkata...

blm sontot lg..da start masuk kitorangnya sr bln 12..tapi cuma boleh keluar 20%..sistem belum abih verify katanya...

Tanpa Nama berkata...

Sapa sapa ada cara nak cari ceo dr zaini ni?

Tanpa Nama berkata...

Dengarnya dah ada yang dapat.

Tanpa Nama berkata...

Dengarnya dah ada yang dapat.

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum buat semua.. Ini adalah luahan hati saya yang sanggat2 kecewa kerana program pnipu ini la saya dan suami bercerai.. Ia bermula dari 2016 dmana duit simpanan untuk membeli rumah tlh hbis dlburkan suami kdlm program penipu ini.. Bkan itu sja dek krana percayakan rkan nya yg merupakan sorang ygbrstatus ustaz, bkas suami juga mmaksa sya mminjam duit dari ayah bagi mbesrkan lagi modal pelaburan dgn hrpan akn mndpt pulngan besar bg mbeli rumah.. Dn dlm bberapa bulan sahaja msalah mula timbul.. Dn stiap kli brtnyakan hl ini kpd suami pstu dia akn melenting.. Dri situ lh mulanya rumahtangga kmi brgolak shinggakan mnybabkan kami brpisah.. Saya mohon agr tuan puan tidak ttipu sprtimana kami dtipu dk prcayakan kata2 sorang yg sgt dprcayai.. Mngkin ini adlh stu cra pnipuan syrikat ini krana mngunakan org2 brstatus ini bg mmprdyakan org lain. Saya brdoa agr syarikat cwc dpt mmulangkn smula duit kami smula. Saya juga memohon penjelasan dri syarikat CWC.. Jika tidak sya akn membawa prkara ini ke muka akbar dn media sosial seperti di tv3 kerana syrikat ini dfhamkan telh mnaja satu program yg besar.. Sya snggup sertakan sekali surat perceraian saya dk kerana program ini.

Zulnasri berkata...

Parking

Zulnasri berkata...

Salam.
Panjang cerita dalam blog tuan.
Tukang defend dah tak selebat dan selantang dulu. Yg tak puas hati makin ramai. Gema gegar vaganza mungkin last kopek try utk perdaya org ramai jadi ahli utk bayar ahli ahli lama. Syukurlah, dpt selamatkan seorang dua drp terpengaruh, berkat inisiatif tuan blog dan kempen tak henti henti golongan berilmu spt tuan, ustaz lariba, afyan mat rawi dll.

Penamatnya nanti nak tunggu apa alasan terbaik bagi skim ini. Alasan sistem dah basi. Akaun kena hack pun dah ada. Kena rompak, common sgt. Nampak sekarang, para atasan sibuk promosi SABAR, REDHA, UJIAN ALLAH sbg benteng menghalang kemarahan ahli.

Wallahua'lam.

Unknown berkata...

Padan muke semua. Termasuk aku sekalu. Utz kono.. penipu. Tunggu la..

Unknown berkata...

Padan muke semua. Termasuk aku sekalu. Utz kono.. penipu. Tunggu la..

Nur Fauzi berkata...

Semoga yang terkena sedar dan ambil pengajaran. Kita boleh sampaikan saja..terima atau tak bergantung pada individu.

Nur Fauzi berkata...

Dah masuk jun daaaa

Nur Fauzi berkata...

Boss..dah bulan jun niiii

Nur Fauzi berkata...

Tang mungkir janji tak ikut kontrak ade ngaji tak dalam muamalat?
Dah masuk bulan jun ni. Notification balas komen ade masuk dalam email kan?
Mai jawab sini ustaz. Kita sembang muamalat yang asas.

Nur Fauzi berkata...

Notification masuk kat email kan? Awat malu dah kaaa nak singgah sini?

Nur Fauzi berkata...

Hari ni masing masing nak jual boronggggggg kasi clear sebab hibah yariba takde dahhh

Nur Fauzi berkata...

Machaaaa....ada baik kaaa sekarang???

Nur Fauzi berkata...

Tunpang tanye. Apekah perkhabaran sedare sekarang?

Nur Fauzi berkata...

Ke manaaaa.....hibah beribuuuu....di malam ini.....tiada satu pun yang kelihatan...kecuali kelam....
Mungkinkah....hibah kan turun...menjengah akaun....makin sepilah poket ku ini...tiada duit di dalam...

Nur Fauzi berkata...

Hibah yaribaaa..
Dah jun 2017.
Tak jenguk sini dah?

Sharazmin berkata...

Takde punya nk saman.. Berani ke nk saman?

Tanpa Nama berkata...

Bole withdraw dr akaun arba tp xmsk2 dlm akaun bank..bkn byk pun rm200 je..

momz cook berkata...

Mana masuknya.kawan saya nk makan p takda duit..habis melabor n lebur...kesian....kalau awk masuk meh share skit ngn kawan saya ..

Tanpa Nama berkata...

harharhar...kawan aku dah dekat setahun tak masuk payment lagi...mujur aku xmasuk..xde benda mudah nak duit senang nie...

Tanpa Nama berkata...

masalahnya yang proo kopi nie.termasuklah usta..pangkat habib plop tu...Habib pangkat la..tapi bukan keturunan nabi....yg terkena adik aku..setahun dah tak bayar..selalunya kalau 10k kebawah diaorang xbayar ...yg lebih dari 10k,diaorg bayar setiap 2,3 bulan sekali...

Tanpa Nama berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Tanpa Nama berkata...

Memang dah tersontot.... Huhu naya2...

Tanpa Nama berkata...

Muhasabah diri..

Kenapa .....
Mengapa ..
Apa....

Kembalilah kpd ALLAH AZZA WAJALLA.

Tanpa Nama berkata...

salam. ayah saya ade masuk ni sampai skrg duit tak masuk masuk modal yang hendak dipulangkan katanya tu. dah 5 bulan janji nak pulangkan 😭😭😭😭😭

Unknown berkata...

Tahniah Tuan.

Akhirnya terbongkar juga

Bila PPIM ambik action, baru kecut peru geng scammers ni. Pergi la cari lubang cacing utk selamatkan diri 😛

Nur Fauzi berkata...

Harap kepala scammer tu tak terlepas begitu saje

Tanpa Nama berkata...

https://youtu.be/ErYJfIOSurU

Unknown berkata...

hentikan skim macam ni...kesian la dgn bangsa sendiri

Erika berkata...

Sekarang dah buat Arba 2.0. Ahli dikehendaki beli produk setiap bulan (restock). Kalau dulu masuk pakej 10k, kena beli produk bernilai antara RM250 - RM300, baru boleh dapat bonus utk bulan tersebut. So setiap bulan kena spend RM250 - RM300 kalau nak bonus. Bonus tu pulak tak tentu, kalau ada ada, kalau takde tunggu bulan depan. Kalau keahlian hampir tamat,kena restock juga utk renew keahlian. Nampak tak game dia? Dah tak mampu nak bayar bonus mcm dulu sebab penajaan ahli baru makin slow agaknya, sekarang dia nak pow ahli sedia ada. Depa pancing kononnya boleh dpt maximum income sampai 25k (kalau pakej 10k) dlm masa setahun.

felice berkata...

Amaxam arba ni..dgr kabo dah kena liwat..twrsontot dah..mana yg dok bela selama ni kononnya arba ni betul ?

Tanpa Nama berkata...

http://www.kosmo.com.my/negara/guru-rugi-rm152-050-dalam-pelaburan-kopi-1.863167

Tanpa Nama berkata...



Guru rugi RM152,050 dalam pelaburan kopi



SHAHRULANOOR ISHAK

17 Mac 2019 10:17 AM




Pelabur mudah menyerahkan wang untuk dilaburkan dalam skim penipuan

Mangsa berasa tidak puas hati ekoran pelaburan melibatkan produk minuman segera termasuk Kopi Pak Belalang dan Booster Factor menyebabkan kerugian sebanyak RM152,050. - Gambar hiasan



..


KUANTAN - Guru wanita di sini kerugian RM152,050 melalui skim pelaburan Arba Network di bawah syarikat Classic Worldwide Corporation yang menjanjikan pulangan lumayan setiap bulan.


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Pahang, Superintendan Mohd. Wazir Mohd. Yusof berkata, pelaburan itu melibatkan produk minuman segera termasuk Kopi Pak Belalang dan Booster Factor.

Mohd. Wazir berkata, wanita berusia 48 tahun itu mula menyertai pelaburan tersebut pada 2015 dan dijanjikan pulangan tetap dalam bentuk produk serta bayaran wang.

Beliau menambah, pelaburan tersebut menjanjikan pembahagian nisbah pulangan sebanyak 75 peratus dalam bentuk wang.

"Satu per empat bahagian (25 peratus) lagi dibayar kepada ahli dalam bentuk produk," kata beliau menerusi kenyataan kepada pemberita di sini hari ini.

Mohd. Wazir menambah, mangsa membuat pelaburan sebanyak RM190,000 dan telah menerima pulangan RM37,950 secara berkala.

Bagaimanapun, mangsa tidak lagi menerima sebarang pulangan sejak November 2016 dan syarikat itu memberi alasan sedang naik taraf pakej untuk beri keuntungan lebih tinggi kepada semua ahli.

"Sehingga kini, tiada sebarang maklum balas daripada syarikat berkenaan. Pengadu berasa tidak puas hati dan membuat laporan polis," tambah Mohd. Wazir.

Mangsa membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu. - K! ONLINE

Nur Fauzi berkata...

Ada ambik stok lagi?

«Lebih lama ‹Lebih lama   201 – 242 daripada 242   Terbaru› Baru»

E-book

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...