Dalam blog ini memang banyak juga artikel yang hentam marketing MLM. Tak kiralah mana-mana MLM sekalipun. Terutamanya MLM yang buat head hunting (biasanya oleh agen pangkat leader).
Jadi ramai juga yang salah faham bahawa saye ini menentang 100% MLM. Entah mana dia buat kesimpulan pun tak tau. Saya pun beli juga dan guna produk MLM macam kopi Radix (HPA), jus Qaseh (anaedar), minyak VCO (bioasli) dan koko tamar.
Hal hukum dari sudut syariah MLM ini menjadi perhatian sejak mendapat komentar dan perhatian daripada Dr Zaharuddin Abd Rahman yang merupakan pensyarah di UIAM. Boleh rujuk web zaharuddin.net dan cari artikel berkenaan MLM.
Hukum MLM asalnya harus. Boleh rujuk fatwa. Ada juga garispanduan MLM Syariah yang dikeluarkan oleh JAKIM. Boleh cari dan muat turun. Percuma saje.
Salah ke MLM?
Kalau kita sebagai pengguna saje atau menjalankan aktiviti jualan dan rekrut mengikut etika dan garispanduan yang ditetapka tiada masalah. Lagi bagus kalau syarikat tu ada panel syariah yang pantau pelan pemasaran dan perjalanan syarikat. Semestinya panel akan keluarkan cara bagaimana perjalanan MLM itu patuh syariah.
Ramai saje ejen yang beretika dan jalankan urusniaga dengan cara yang betul. Buat jualan macam biasa dan kembangkan rangkaian dengan cara yang betul. Biasa cara begini akan fokus kepada faedah dan keberkesanan produk. Cari untung tak salah, tapi biarlah dengan cara yang betul.
Tapi
Walaupun syarikat dah ada penasihat syariah, boleh jatuh haram juga bila agen berntindak dengan cara yang tak beretika. Contoh yang sangat popular adalah head hunting dan beli pangkat.
Biasa dibuat dengan cara rekrut downline baru dengan janjikan pulangan yang banyak. Ahli baru pun dipaksa buat belian pertama yang banyak sampai cecah puluhan ribu RM. Ahli baru pun perlu cari downline yang sanggup keluar duit ribu-ribu macam dia juga. Hasilnya leader atau upline memang akan naik dengan cepat dan dapat komisyen/bonus sampai cecah ratus ribu RM. Itu hasil pembelian berpuluh ribu RM oleh orang bawah mereka.
Nampak tak? Cara begini adalah salah. Panel syariah mana-mana syarikat pun akan kata benda tu salah dan tak betul. Itu yang terjadi pada score A.
Orang tahu score A ada melantik panel Syariah dari Universiti Malaya dan Universiti Islam Antarabangsa. Ada dikeluarkan lagi sijil dan kenyataan patuh syariah. Tapi ramai tak baca yang panel ada sebut dalam kenyataan patuh syariah tu bahawa kalau berlaku head hunting, benda itu salah dan haram. Tapi sebab dah kelabu mata dengan duit, ramai yang tak peduli.
Banyak lagi MLM yang buat cara sebegini. Hai O pernah gempar dan naik nama dengan lahirkan jutawan segera. Uptrend pun pernah naik begitu. Begitu juge dengan Luxor, Omegatrend, Sureco, DCL, DCHL, macam-macam lagi lah..Kebanyakannya ada agen yang buat perangai begini.
Syarikat tak salah?
Hal ni susah sikit. Kalau syarikat yang jujur, mana-mana agen yang buat begini dah lama kena pangkah awal-awal. Tapi apa yang berlaku syarikat cuma diamkan seolah-olah tak tahu. Kalau masuk mahkamah pun syarikat boleh menang sebab agen yang buat benda tu, bukan syarikat.
Alasan pihak syarikat tak tahu tu agak tak masuk akal. Kita boleh tengok belian ahli setiap bulan berapa. Kalau dah seorang agen tu pertama kali masuk dah berpuluh ribu RM belian, kemudian downline bawah-bawah pun pulun buat belian produk puluh-puluh ribu RM apa cerita? Mustahil syarikat tak tahu langsung. Mustahil.
Sebenarnya bila buat head hunting begitu, jualan syarikat akan naik mencanak-canak. Tauke mana tak suka produk terjual laris kan? Walhal agen yang pulun beli stok simpan diam-diam kat rumah. Bukan fokus jual. Tapi rekrut downline banyak-banyak dengan belian pertama yang banyak.
Tapi benda begini tak tahan lama. Bila dah nak tepu, leader akan lompat ke syarikat yang lain dan menjadi agen terawal syarikat tersebut. Jadi ruangnya nak rekrut ramai downline masih terbuka. Dikempennya ini produk baru, program baru. Walhal cara yang sama juga akan dilakukan.
Nampak tak?
Itu antara sebab mengapa orang menjauhi MLM. Tak kiralah syarikat apa pun, ada penasihat syariah atau tak, kalau buat cara head hunting begitu hukumnya adalah haram.
Tak faham juge, tak dapek den nak nolong.
Nampak tak?
Itu antara sebab mengapa orang menjauhi MLM. Tak kiralah syarikat apa pun, ada penasihat syariah atau tak, kalau buat cara head hunting begitu hukumnya adalah haram.
Tak faham juge, tak dapek den nak nolong.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan