Sabtu, 19 Julai 2014

Melayu berniaga : jangan bagi servis macam tahi.

Hari ni terbaca artikel ini. Pasal servis di kedai makan melayu.

Ikutkan pengalaman sendiri memang banyak kali juge la dah terkena.

Bukan anti dengan kedai Melayu. Saye sokong kedai melayu, bukan takat kedai makan saje. Tapi kedai yang bagi perkhidmatan sebaik yang boleh, dan boleh terima rungutan pelanggan. Tak lupe juge yang boleh mengaku salah dan minta maaf pada pelanggan kalau buat salah.

Kalau tersilap tu biasa la kan. Tapi dah buat silap tu takde pun rasa bersalah, tu yang orang makin angin.

Antara benda yang selalu terkena bila pegi kedai makan:
- lambat ambik order
- order lain dapat lain
- harga tak setimpal makanan / tak sedap
- order lambat sampai
- order tak sampai-sampai (terlupa)

Paling sakit hati, dah silap takde rasa nak mintak maaf. Macam ade emas dalam mulut.

Pernah juga kena duduk 10 minit tapi takde orang ambik order. Panggil pun buat macam tak nampak.

Pernah kena macam tu?

2 ulasan:

Nick Nashram berkata...

bukan semua tapi ade la segelintir peniaga yg camtu..dah sejam duk tunggu nak siap diorang hntr mkanan..sama jugak yg berniaga kat bazar masa bulan posa ni..byk kali terbeli makanan yg dah basi..haishh

Nur Fauzi berkata...

Agak dahsyat la kalau beli makanan dah basi tu.
Kat bazar setakat ni paling teruk terbeli makanan tak cukup masak. Nasi tak tanak, ayam percik dalam masih merah lagi.

E-book

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...