Isnin, 7 Julai 2014

Al kisah cerita simkad ALTEL

* luahan pendapat...yang jenis ultra Melayu membabi buta @ macai mesti tak setuju agaknye.

Di FB akhir-akhir ni meletup pasal simkad altel, telco kepunyaan bumiputera yang baru. Sebenarnya tak baru juga, dah dua tahun wujud. Tapi sebelum ni mesti tak pernah dengar kan? Nak kata terlalu tertinggal maklumat tu tak juga sebab saye selalu 'on' internet dan tak pernah langsung terbaca hal berkenaan telco ALTEL dua tahun kebelakangan ini.



Altel ni mula dapat perhatian selepas dipromosikan oleh sebuah page FB yang anti cina DAP (entah kenapa tak tau la). Diceritakan bagaimana ada seorang melayu yang baru dapat tahu kewujudan Altel dan cuba cari simkad di kedai. Malangnya kebanyakan kedai tak jual dan tempat jualnye tersorok. Cina yang jual pun macam tak berape nak jual simkad altel tu.

Mesti pernah baca kan cerita tu?

Sejujurnya sebagai orang Melayu Islam saya sokong juga kewujudan Altel ni. Tapi tal berapa nak sedap hati dengan cara Altel ni meletup dan dikenali ramai.

Ya, cerita dari page FB itu boleh saje cerita yang direka-reka untuk memburukkan satu pihak dan memainkan sentimen perkauman. Pendek kata, ada kemungkinan kisah tu fitnah dan direka-reka.

Selama dua tahun Altel wujud, saya tak pernah dengar langsung promosi meluas dilakukan. Kalau pernah keluar kat TV beberapa kali pun, mesti orang tahu juga. Belek-belek akhbar online mahupun akhbar versi kertas yang sebenar, tak ada pun promosi dan iklan menyatakan kewujudan dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Altel.

Berbanding dengan produk yang sedia ada seperti Maxis, Celcom, Digi dan Umobile yang agresif menawarkan dan iklankan perkhidmatan mereka. Syarikat ni dah besar dan terkenal, tapi masih lagi banyakkan iklan supaya orang ramai tahu kewujudan dan bisnes mereka.

Malah telco lain yang menumpang dengan celcom macam Redone dan XoX pun saye tahu kewujudannya sebab pernah nampak iklan mereka. 
(sekarang pakai line redone)

Iklan Altel? Kat mana nampak? Promosi kat celah mana? Online? Offline? Iklan surat kabar? Iklan TV? Iklan radio? Iklan Majalah? Iklan FB?

Kalau tak disebabkan cerita (yang tak tahu betul atau tidak) di FB pasal Altel ni, belum tentu orang boleh kenal Altel macam sekarang.

Bukan nak merendahkan kemampuan Altel, tapi seeloknya biarlah terkenal dengan servis / perkhidmatan yang ditawarkan. Mintak maap, saye sangat ragu-ragu dengan cerita di page FB tersebut. Tapi tak bermaksud tak sokong Altel.

Melayu sokong Melayu?

Betul, secara semulajadinya kita akan sokong dan lebih selesa dengan peniaga yang terdiri dari bangsa dan agama kita sendiri. Kaum yang lain macam cina dan india pun begitu juga. Sentimen seperti itu tak salah. Memang lumrah.

Cuma.

Jangan harapnya kita tak ambil kesempatan atas sentimen tu. Bisnes kita untung sebab sentimen 'melayu tolong melayu'. Bukan sebab perkhidmatan kita bagus. Tak elok juga macam tu. 
(cerita bab melayu tolong melayu ni panjang lebar, memang tak abis punya)

Harapan.

Agar telco Altel menawarkan perkhidmatan yang baik, boleh menandingi telco lain yang besar. Agar Altel dikenali dan disokong bukan semata-mata sentimen 'melayu tolong melayu' tapi disebabkan khidmatnya yang 'tip top' dan cuba berikan yang terbaik pada pelanggan. Bukan idup atas belas ehsan 'melayu tolong melayu'.

Agar Altel satu hari nanti tak lagi menumpang dengan Telco besar (sekarang ni tumpang Celcom) sebaliknya ada infrastruktur sendiri.

* menyampah dengan dealer yang senyap membisu bila cuba hubungi nak dapatkan simkad. Kalau sms agen tunetalk ke dah berdesup sms semula bagi respon. Tolong la Altel jaga servis dan pesan pada dealer / ejen supaya bisnes betul-betul. Ramai orang nak tolong, jadi servis pun kena tip top juga. Agen macam tahik, memang 'bye bye' la jawabnye.

15 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Memang setuju dengan pandangan anda

Tanpa Nama berkata...

......

joey berkata...

Mntk al bhukari bina chNel mcm astro..kasi lwn sama dia.biaq dpa ada akai

Tanpa Nama berkata...

kecewa dn nk marah pun ada dh 4 hari beli simkad altel masih x bleh guna lg..dealer mcm apa lg..lembab buat keja..nk meniaga wt cra nk meniaga..area guar cmpedak kedah

Nur Fauzi Bassar berkata...

Sabar2.
Saye pun lambat juge dapat sim beli online. Yg kecewanya sbb tak diberitahu stok dah habis, kena tunggu stok baru.
Tapi mujur lepas dah dapat penjual tolong daftarkan cepat nombor.

Tanpa Nama berkata...

sapa nk beli simkad
nk cepat dapat simkad
nk cepat daftar
belum daftar
nk info saja pon boleh
mai cni
https://www.facebook.com/Altelz

Tanpa Nama berkata...

nk stok sim kad tau topup altel blh wasap 0137141480

Tanpa Nama berkata...

untk maklumat altel wasap kwan 0137141480

Tanpa Nama berkata...

Mohon kebenaran untuk share crite nie dalam fb saya... kalau nak lihat bole g ke https://www.facebook.com/pages/Dapatkan-Altel-Simcard-Dan-Topup/288318531370346

Tanpa Nama berkata...

Saya buat MNP dari Maxis ke Altel di Masai Johor. Tak sampai 24 jam dah boleh guna line Altel. Tapi saya kecewa kerana sejak 4 hari guna Altel saya tak pernah dapat liputan 4G di sekitar Johor Bahru. Liputan 4G Maxis terdapat merata-rata di Johor Bahru. Kecewa. Amat kecewa.

Tanpa Nama berkata...

Kita ini orang MELAYU dan inilah MELAYU suka buat iaitu suka membanding2kan produk atau servis orang MELAYU dengan bangsa lain.

Kononnya produk MELAYU mahal, servis lembab dan yang sewaktu dengannya.

Bukan sebab produk itu tak bagus tapi sikap PHD dalam diri orang MELAYU itu yang buatkan produk itu tak bagus.

Bila orang nak berniaga kita jatuhkan dengan persoalan "Boleh pegi jauh ke".

Sudah2lah dengan minda skeptikal tersebut.

Nur Fauzi Bassar berkata...

Business is business..
Dalam perniagaan, servis terok kena tinggal. Permulaan ok la, dah lama meniaga tun dok buat juga memang sengaja cari nahas.
Jangan berniaga harapkan simpati orang, tapi taknak upgrade perkhidmatan.
Tu pun susah nak paham? Pelanggan memang akan bandingkan. Masuk tender kerajaan pun kalau ikut betulnye yg dapat tu offer perkhidmatan yg bagus beeaesuaian dengan perkhidmatan.
Tak paham lagi?

Tanpa Nama berkata...


Altel indah khabar dari rupa. Cuba tengok Altel fb page. Banyak customer komplen terutama pasal data internet.

Tanpa Nama berkata...

Hahaha

Tanpa Nama berkata...

Dh beli sim altel.. Bila dh aktif.. Knp keluar nama celcom

E-book

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...