Isnin, 14 April 2014

Tuhan di mana?

Sebenarnya soalan ini memang selalu berlegar dalam kepala manusia. Waktu kecik-kecik dulu pun ade juga terfikir pasal hal macam ni. Tuhan tu macam mana, rupanya macam mana, kenapa tak nampak dan macam-macam lagilah.

Kebetulan pula jumpe di 'fesbuk' ada orang yang bertanya tentang soalan ini. Jadi persoalan ini telah dijawab oleh seorang ustaz dengan analogi logik yang mudah. Dengan gunakan teh o.



Selain video di atas, cikgu saye juga pernah beri analogi lain seperti rasa sakit, gembira, sihat dan senyum. Malah angin kentut pun boleh. Kami murid-murid ditanya boleh tak nampak angin kentut? Macam mana tau ada orang kentut? Mana bau busuk? Boleh tak tunjuk 'rupa' bau busuk itu? Kita tahu ada tapi tak boleh nak tunjuk.

Jadi antara kesimpulan yang kita boleh buat adalah kalau makhluk macam rasa manis dan kentut pun susah kita nak hurai dan tunjuk zat dan zarahnye, maka bagaimana pula nak bincang zat Allah yang Maha Besar itu kan?

Pengajaran lain yang boleh kita ambil adalah berakhlak dalam berdakwah. Nabi Muhammad s.a.w berakhlak mulia setiap masa walaupun dengan musuh dan insan yang mencaci maki baginda. Jadi setakat soalan berkenaan tuhan ini diutarakan, janganlah kita cepat melatah dan marah. Jawab balik dengan marah dan maki hamun...Nabi s.a.w tak buat macam tu.

Elok-elok orang nak cari jawapan dan terima, bila kena maki hamun makin jauh orang dengan kita. Tak sampailah dakwah dengan cara begitu. Nak marah pun biarlah kena tempatnye.

* ustaz Hafizal cerita pasal teh o, teringat pule video teh dengan teh o ais ni..



Tiada ulasan:

E-book

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...