Khamis, 17 April 2014

Karpal Singh @ MP Bukit Gelugor maut kemalangan.

Rasanya berita berkenaan mendiang Karpal Singh ini dah tersebar luas.


Bukan nak komen bagaimana kemalangan itu berlaku, tapi segelintir akhlak umat Islam yang tak macam orang Islam.

Memang ada yang menyebut 'alhamdulillah' kerana kematian beliau. Akhlak itu sememangnya sangat jauh dengan akhlak Nabi Muhammad s.a.w. Baginda sendiri pernah berdiri sebagai tanda hormat ketika jenazah seorang yang bukan Islam dibawa dan lalu depan Baginda.

Benar, umum tahu bahawa mendiang Karpal Singh tidak setuju dengan hukum hudud. Artikel akhbar yang tertulis 'langkah mayat saya dulu' hebat dicanang semula.

Tapi apa yang kita nak pelik dengan kegusaran orang bukan Islam tentang hudud? Sedangkan dia memang bukan Islam, belum memahami apa itu Islam, apatah lagi hukum jenayah syariah di dalamnya. 

Tidakkah kita cuba lihat bahawa pandangan negatif orang bukan Islam terhadap Islam dan undang-undangnya adalah refleksi kepada kelemahan diri kita sendiri yang tidak menonjolkan akhlak sebagai orang Islam dan tidak pula menyampaikan maklumat kepada mereka dengan betul dan berhikmah?

Yang tahu nak tunjuk lagak dan ketuanan saja. Kalau nak cerita hal ketuanan, Nabi Muhammad s.a.w boleh buat begitu dahulu kerana baginda merupakan keturunan Quraisy, yang paling mulia dalam masyarakat Arab ketika itu.

" padan muka"
" dah boleh langkah mayat dia "
" Allah bagi cash pada dia "

Kita yang hidup ni tak sedar diri lagi? Allah boleh hina kita dengan penghinaan yang kita ucapkan pada orang. Hebabat manalah sangat kita ni? Badan sasa, kuat macam mana sekalipun, Allah hantar pening kepala terus lemah longlai tak bermaya nak bangun.

Kematian itu untuk kita insafi keadaan diri kita. Entah bila nak 'dijemput' ke alam sana. Silap-silap sekejap lagi, di saat kita bergembira meraikan kematian seseorang...


Tiada ulasan:

E-book

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...