Rabu, 2 April 2014

Firdaus @ bob Nowseeheart meninggal dunia.

'Post' ini agak lewat.

Pastinya ramai yang tidak tahu bahawa kumpulan nasyid Nowseeheart kehilangan seorang ahlinya. Innalillahi wa inna ilaihi raji'un.

Saudara Firdaus @ bob telah meninggal dunia pada 20 Mac 2014 yang lalu kerana komplikasi buah pinggang, jantung dan paru-paru.

Beliau sememangnya mempunyai suara 'besar' yang merdu. Saye juga sangat suka mendengar lagu kumpulan Nowseeheart lebih-lebih lagi bila ada 'part' suara saudara bob.

Sejak Nowseeheart tampil berempat, rasa macam ada yang tak kena sebab suara Bob sudah sinonim. Macam kumpulan Raihan apabila Nazrey Johani bergerak secara solo.

Lagu Nowseeheart yang paling saya minat adalah lagu Hijrah...Semestinya 'opening' atau permulaan lagu oleh saudara Firdaus@bob memang memukau sebab suaranya yang unik.





Moga kebaikan yang disebarkan melalui karya bersama Nowseeherat ini terus menjadi saham pahala berpanjangan buat saudara Firdaus di 'sana'.

Sama-sama kita sedekahkan al-Fatihah kepada beliau, semoga beliau ditempatkan bersama orang yang soleh.

Tiada ulasan:

E-book

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...