Khamis, 6 Mac 2014

Fitnah Air Spritzer.

Sebelum saye berjinak-jinak dengan FB lagi, fitnah seperti air spritzer dari air mayat itu telah pun tersebar luas.

Hari ini masih ramai lagi rakyat Malaysia (yang entah apa dalam fikirannye) sibuk 'share' dan 'forward' fitnah berkenaan air mineral dari air mayat jirat cina itu.


Kemudian ada jugalah yang kaki mangkuk 'provoke' perniagaan ni memang cina sengaja buat, sampailah ke isu perkauman dan juge politik.

Kebanyakakan yang buat komen sokong kenyataan itu pun tak pernah pergi ke kawasan berkenaan dan kilang air mineral tersebut. Ramai yang berkongsi atau 'share' perkara itu atas sentimen perkauman. Entahlah, mungkin sebab tauke syarikat itu seorang cina?

Secara logiknya kita fikir, bagaimana air dari mayat mengalir dan meresap jauh ke dalam tanah hingga sampai ke tempat air mineral di bawah tanah tersebut. Adakah kita terfikir mayat yang lama di dalam tanah itu mengeluarkan air berbaldi-baldi seperti air paip di rumah kita dan terus meresap dalam tanah?

Tidakkah terfikir kita bagaimana struktur tanah yang kita pijak ini? Bagaimana kemampatannya? Dah tengok dan analisis keadaan lapisan tanah, mungkin ada lapisan batuan? Atau pasir? Atau tanah yang begitu mampat?

Apa pun boleh cuba cari maklumat di blog lain. Salah satunya di sini.

Agaknya mereka fikir nak dapat sumber air mineral dalam tanah tu kedalamannya macam gali air pergi kat kampung gamaknye.

Kalau was-was nak minum air mineral spritzer atau tak suka dengan jenama tu jangan beli. Tapi jangan hasut orang lain dengan fitnah yang entah apa-apa tu.

* terfikir nak tulis pasal isu ni sebab ada cikgu yang tanya pasal air spritzer ni. Kebetulan masa mensyuarat minum air spritzer.

Tiada ulasan:

E-book

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...