Rabu, 26 Februari 2014

Drama melayu: dah tak ada modal lain?

Ini 'entry' luah perasaan menyampah.
Peminat tegar drama melayu versi jiwang di TV3 tak sesuai baca. Sebab memang akan berbalah tak habis.

Menyampah tengok drama Melayu yang konon hot dan dapat rating tinggi selalu di TV3 itu. Slot ape itu tidaklah saye ingat. Yang pasti masa pukul 7 hingga 8 malam. Masa gadai solat Maghrib. Yang tengah berlangsung sekarang ini ape tah tajuk dramanya..Tapi lagu temanya ku rasakan seperti bapuk suara kecik menyanyi dengan suara tak lepas. (marah dan geli)

Bukanlah saye ini begitu benci dan anti dengan drama dan filem Melayu. Banyak juga yang saye tonton. Contohnye drama 'Mat three four' dan cerita 'Ustat Mu Tunggu Aku Datang'. Tapi tidaklah saye ini begitu minat dan asyik dengan drama dan filem Melayu. Dan tidaklah saye terlalu minat nak ikut siri drama yang ditayangkan itu.

Kalau bukak tv kebetulan ade, layanlah sekejap. Biasenye bersame-same dengan isteri. Kalau tengok sorang-sorang, akan diusahakan tukar ke siaran lain. Drama melayu jadi pilihan terakhir (saye takde astro).

Salah satu contoh.

Kembali kepada nak luah perasaan menyampah pada slot pukul 7 sampai 8 malam itu.

Saya perasan satu benda yang hampir sama pada 3 atau 4 siri drama yang disiarkan kebelakangan ini. Kisah centa jiwang karat layan perasaan duka lara itu seakan tiada dapat dipisahkan lagi. Apa yang nak saya sebut kali ini pasal ROGOL.

Iye, bunyinye semacam kasar. Tapi inilah realitinye.

Sudah tak ade modal lainkah penulis skripnye? Perempuan catik molek dan baik hati. Bercinta bagai nak rak. Kemudian terlanjur atau kena rogol. Kemudian idup tersiksa sebab mengandung atau kene gugurkan. Kawin dengan orang lain atau perogol itu. Dan gaduh dan sakit hati terseksa jiwa raga lagi sekali. Akhirnye 'happy ending'.

Kalau saye yang tak minat drama ini kate tak ape lagi. Tapi si isteri yang rajin tengok drama Melayu ini pun sampai meluat tengok.

" balik-balik cerita kena rogol, mengandung, kawen, gaduh dengan laki, bla bla bla..."

Tapi yang musykilnye ramai pule yang suke tengok dan tangkap lentok dengan cerita seperti itu.

" takpe bro. itu boleh jadi pengajaran supaya tak terjebak dengan perkara macam tu "
mungkin ada yang berpendapat seperti ini.

Kononnye nak insafkan penonton dan beri pengajaran. Kirim salamlah jawabnye. 
Bila buat 'event' ala-ala roadshow drama tersebut, yang dapat dilihat peminat tergedik-gedik menjerit memanggil nama pelakon dan menyanyikan lagu 'tema' drama itu. Ape yang insafnye begitu....

Konon nak suntik elemen keinsafan, tapi sampai ke sudah tengok si perempuannye berbaju seksi ketat tersembul semua sampai ke sudah. Ape insafnye begitu?
Sebut dialog 'Allah bersame aku' , kemudian babak solat mintak ampun dan petunjuk. Tapi bodi kasi tayang juga seksi-seksi. Itu dah mempermainkan babak solat. Masa susah saje mintak pade tuhan, tapi perintah tuhan tak mahu diikutnye.

Dan tertanam dalam minda secara tak sedar, lebih-lebih lagi pade budak-budak sekolah bahawe tak tutup aurat takpe, janji hati baik suke tolong orang. Ini sangat NEGATIF. 

Kite tak tahu betape susahnye ibu bape dan cekgu di sekolah cuba nak didik anak dan masyarakat tentang akhlak dan berpakaian yang betul. Dengan mudahnye usaha itu cuba dihakis dan dimusnahkan dengan cerita seperti itu di media. Kalau dah hari-hari penonton dihidangkan benda macam tu, ape tak beri kesan langsung pada masyarakat?

Cukuplah tu. Ikut tak puas hati ni banyak lagi nak membebel. 

Akhir kate, carilah hiburan yang mendidik. Bukanlah nak suruh dengar nasyid dan tanyelah ustat sepanjang mase...tapi pandai-pandailah hiburan yang bermanfaat.

Mintak maaplah banyak-banyak pade sesiape yang terase itu. 

11 ulasan:

msredcheesecake berkata...

akk tak tengok langsung dah drama melayu... semua amek novel je, klise plak tu

Nur Fauzi berkata...

novel tahan lah lagi..ikut kegemaran kite nak pilih.
kalau kat tv ni terbuka luas untuk semua..budak-budak pun layaannnn

Nick Nashram berkata...

bukan nak merendah drama melayu..tapi theme asyik cinta je.abes drama cinta tu drama cinta ne plk yg keluar..honestly,agak meluat jugak r..haha

Malaysia Tercinta berkata...

Awak meluahkan apa yang terbuku dalam hati saya...terimakasih.
Satu lagi drama apa entah, kerap sangat adegan peluk. Kalau kena saya ada kat depan tv memang saya paksa anak-anak tukar chanel terus.

Nur Fauzi berkata...

Nick: permintaan tinggi agaknye hehe. Kalau cite mcm cite songlap yg tunjuk sindiket jual budak tu memang kawan suke. Lain dari tema jiwang2 ni

Nur Fauzi berkata...

Itulah...banyak benar peluk2. Budak pun boleh terpengaruh. Babak taubatnye ade, solat, insaf, mengaji, doa..tapi lepas tu aksi tanduk keluar pun banyak

Tanpa Nama berkata...

Saya pon boring tengok drama melayu...tajuk je lain2 tp jln citer hmpir same..berebut harta..cinte bersegi-segi,anak drhake..pastu lak babak kt disko..babak rogol..huiii benci betolll!!! Mmg le negare kite skang byk benda tu semua tp xyahlaa tunjuk kat tv..takde manenye org nk insaf lg org suke tengok adelah..sbb leh tengok koyak rabak sane sini dgn FREE...mcm xde maruah pelakon..pakaian tak usah cerite laa...malu nk tengok..tengok katun dinasour lg best

Nur Fauzi berkata...

errr sabor encik / puan..
saye memahami perasaan boring dan tak suke itu..

Tanpa Nama berkata...

Bilalah drama melayu ni kreatif. Bagi pendapat aku kalau nak buat drama dan filem mestilah apa yang dipaparkan tu sesuatu yang diluar kotak kebiasaan yang ada disekeliling kita. Tapi cerita melayu mcm cerita gosip kedai kopi atau kaki lima yang dah biasa dan tak ada istimewa pun ideanya. Dahlh cerita asyik cinta yang terlalu berat cintanya. Org lain pun buat cerita cinta tapi kisahnya taklah berat tapi penontoh dpt rasa wujudnya kisah cinta.
Cth filem misteri, fiksyen peperangan tapi dpt diselitkan kisah cinta yang ringan dpt memberikan kesan mendalam tanpa melupakan kisah misteri atau fiksyennya. Tapi cerita melayu lebih kepada cerita cinta meleleh2, cerita dah biasa dan boleh jangka pun dengan dialog yang bejela2. Memang boring. Aku bukan nak katalah, novel melayu cinta poyo sangat, buat pula drama dan semua nak buat cinta novel. Tak berani ke buat cerita lain? Takut ke memang tak kreatif. Lama2 kita ni jd dungu dengan cerita novel meleleh2 ni. Aku bayar bil mahal2 dapat cerita poyo mcm ni. Harap astro sediakan setting yang boleh block cerita apa kita tak suka, sekarang ni cuma blh lock chanel je. Banyak cerita melayu aku nak block.

Kalau lihat di negara maju, filem mereka ada sainsfiksyen, pengembaraan, patriotik, sukan, teknologi, jadi secara tidak langsung menggalakkan minat anak2 menjadi spt apa yang mereka minati. Tapi drama dan filen kita hanya lbh kepada cinta, jd anak2 kita nanti hanya tau bercinta jelah.

Unknown berkata...

lokasi drama melayu
1. Rumah bandar
2. rumah kg
3. kedai makan
4. kebun sayur
5. pejabat
6. bengkel kereta
8. tanah perkuburan islam
9. Pasaraya

Tanpa Nama berkata...

Ha ha ha

E-book

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...