Rabu, 19 Februari 2014

Air Doa Imam pulak?

Dulu naik hal air anai-anai. Lepas teruk kena hambat, senyap sunyi nampaknya. Mungkin masih beroperasi kecil-kecilan kot....

Tiba tiba timbul pulak yang ini.


Makin lama makin banyak produk yang menggunakan agama di pasaran.

Bukanlah nak mempertikaikan boleh atau tidak minum air yang dibacakan ayat Quran atau doa. Cuma mempersoalkan kaedah produk itu dibuat dan termasuklah harga.

Kalau harganya sama dengan produk air lain di pasaran ok juga. Masalahnya harga mahal..

Penjelasan dan pendapat ustaz Zaharuddin - klik sini.

Harpnya penjelasan ustaz Zaharuddin dapat kita ambil dan jadikan pedoman. Memang tak mustahil boleh berlaku. Manusia akan lebih bergantung pada produk itu, berbanding memperbaiki ilmu agamanya sendiri.

Koas air terawat (r.o) sebotol baru berapa sen. Jadi disebabkan dah dibaca doa ruqyah dan ayat quran, boleh jadi sampai RM4-5 sebotol? Bolehkah ayat Quran yang dibaca itu dinilai dengan duit?

Harap kita lebih rasional dalam isu seperti ini.

1 ulasan:

Nick Nashram berkata...

aku tak faham ngan orang yang berfikiran camne..sekarang ne tengah agama dah macam2 orang buat. agama diniagakan,dipolitikkan..ntah la.

E-book

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...