Selasa, 24 Disember 2013

Tahun 2014 : Tahun Naik Harga. Tahniah!

Rasanya masing-masing dah dapat tahu serba serbi kenaikan yang berlaku menjelang tahun 2014.

Tol
Elektrik
Petrol dan Diesel
Cukai pintu (KL)
Gula
Tambang bas dan LRT
Tambang bas sekolah
GST


Lebih seronok ditambah dengan kenyataan menteri yang kenyataan itu layak diberi cap ayam dan dibakulsampahkan.

Gaji?

Adalah naik seciput je. Itu pun untuk kakitangan awam.

Untuk kakitangan swasta memang perit nak menanggung.

Dijamin harga barang-barang akan serba serbi meningkat. Sebab kos pun meningkat. Harga insurans / takaful pun dijangka naik kerana penentuan harga ada kena mengena dengan inflasi.

Kalau sudah elektrik dan minyak naik harga, memang kesan berantailah jawabnye. Tambah perisa lagi dengan GST yang akan dikenakan pada hampir semua barangan dan perkhidmatan.

Tapi apa nak buat. Undi dah dibuat. Kita juga yang pilih pentadbir negara yang menaikkan harga serba-serbi ini kan?
( walaupun hakikatnya cuma 47 - 48 peratus sahaje yang pilih)

Lain kali undilah lagi.

Kepade yang boleh mengundi tapi tak mengundi atas sebab sengaja taknak pergi, boleh kata anda tiade hak bersuara. Sebab peluang ada untuk kita memilih, tapi dengan sengaja tak mahu buat.

Saya juga berharap agar lebih ramai cerdik pandai yang lebih beretika dan amanah menceburkan diri dalam bidang politik. Tak kiralah parti pembangkang mahupun kerajaan.

Pemimpin dan orang politik yang 'bodoh' bukan masalah yang besar. Masalah yang lebih besar adalah orang yang memilih (mengundi) mereka untuk jadi pemimpin.

3 ulasan:

APAN berkata...

tunggu next election bro...walaupun lama lagi tu...
suka ayat perenggan last tu...

Nur Fauzi berkata...

Ayat akhir tu pun jumpe kat 'fesbuk'. Memang itulah masalah sebenar yang jadi kat negare kite ini. Mungkin mase kempen hari tu tak nampak sangat sengal kepalenye...

Tanpa Nama berkata...

yang nak ganti pun kali kang sama jugak..

E-book

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...