Rabu, 1 Januari 2014

Kenapa 'Firman'?

Anak saye yang bername Firman ini sudah 6 bulan umurnye.



Dah besar pun. Dah boleh meniarap. Dah banyak ketawe dan senyum-senyum, dah belajar nak duduk dan merangkak.

Masa letak nama Firman dulu, ramai jugalah yang tanya kenapa.

Tak kurang juga bila saye kata nama dia Firman, ada yang terus jawab " Firman Kehilangan ". Terus 'blurr' fikiran saye apekah yang kehilangan itu?

Rupa-rupanya ade artis dari seberang yang bernama Firman, popular dengan lagu 'Kehilangan'.

Bukan..

Saya tak sesekali menamakan anak saya sempena nama artis. Lagi-lagi artis yang tak begitu nampak sumbangan kerohaniannya untuk memulihkan sosial masyarakat yang makin nipis hari ini.

Habis tu?

Disamping melihat maksud nama Firman yang berkenan di hati, saye juga teringat kepade kenalan yang bernama Firman semase mengajar di Kota Damansara dulu. Kebetulan juga berasal dari Indonesia.

Nama dia Firman. Ustaz Firman. Rakan sekerja di IISKD dahulu yang menyambung pengajian peringkat PHD di UIAM.

Perwatakannya lembut, sedikit kecindan (lucu), tenang dan juga sabar. Mungkin sesuai dengan dirinya yang agak berumur, tapi taklah tua sampai umur pencen.

Orangnya nampak sederhana, tapi tinggi ilmunya namun sering merendah diri. Susah nak nampak Ustaz Firman marah meninggikan suara. Kalau marah pun tak nampak macam marah. Rakan sekerja lain pun tak banyak masalah.

Pernah satu dalam satu program sekolah, masalah datang melanda. Masing-masing marah dan beremosi termasuklah saye yang belum kahwin ketika itu. Saya jadi lebih tenang dan rasional selepas giliran Ustaz Firman berkata-kata menenangkan keadaan. Betul juga kata orang tua. Orang lama ni banyak pengalaman dan lebih sabar, tak cepat melenting. Berbanding saye dan beberape lagi rakan lain yang muda dan cepat naik darah.

Jadi mengenangkan perwatakan Ustaz Firman yang penyabar dan tenang, saya dan isteri setuju letak nama anak kami Nur Firman Hammadi.

3 ulasan:

APAN berkata...

alhamdulillah...semakin sihat anak ko...
aku ingat pun citer pasal artis indonesia tu...tp x mungkin ustaz macam ko nak letak nama anak sebab artis kan.

semoga menjadi apa yg diharapkan ke anak bila dia besar nanti. insyaallah

Nick Nashram berkata...

seronok bila dah ada anak..aku punye xtaw lagi bila nak tamat zaman bujang ni..haha

Nur Fauzi Bassar berkata...

sabar..
silap-silap dapat anak kembar berderet tu nanti

E-book

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...