Ada banyak hadith nabi yang menyebut tentang malu. Salah satunya ada yang bermaksud kalau hilang rasa malu, buatlah apa saja..
Ringkasnye saye mahu sebutkan betapa generasi hari ini kurang rasa malu. Mahu cari perhatian barangkali?
Tak salah nak cari perhatian, tapi biarlah dengan cara yang betul. Macam orang yang berniaga, memanglah nak cari perhatian untuk promosi dan ramaikan pelanggan.
Boleh tengok lambakan video murahan mencari perhatian di internet. Tak kiralah menggunakan platform apa sekali pun, youtube ke, keek ke, FB ke, ape-ape sajelah..
Yang terjebak biasanya golongan belia muda remaja, baik budak sekolah mahupun golongan artis pujaan ramai.
Bila sudah jadi 'hangat' dan tersebar luas, maka terpaksa menanggung malu yang teramat. Tukar nama akaun FB, tutp akaun FB, macam-macamlah.
Ade juge yang beri maklumbalas, video suke-sukelah, untuk lawaklah, video peribadilah, orang curi lah, dan pelbagai lagi alasan yang sangat sukar nak diterima.
Bila sudah dimuat naik ke internet, maka siap sedialah jadi tatapan umum satu dunia dan terbuka untuk sebarang kritikan, pujian dan tak lupa juga makian dan cemuhan.
Kritikal.
Seperti generasi muda sekarang makin hilang rasa malu. Buat dosa dah satu hal, bangga pula tayangkan pada orang lain. Pening keluarga dan cikgu-cikgu di sekolah...
Sesungguhnya sifat malu itu memang sebahagian dari iman kita...Yang patut dibunag adalah rasa segan dan malu yang tak bertempat. Bukan buang terus semua rasa malu
4 ulasan:
Kena ada perasaan malu bkn main hantam aja
makin ramai yang tak malu, sebab itu jadi macam-macam masalah hari ni.
dunia makin canggih, mcm tu la jadinya...berani buat berani tanggung...
macam dah jadi fenomena pulak...upload video gedik kat internet ni.
Catat Ulasan