Ramai benar seperti 'menggila' bila tiba-tiba harga minyak petrol ron95 dinaikkan.
Secara peribadi, dengan jawatan PPPS DG41 di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia, dan isteri yang turut berstatus DG41, saya masih lagi mampu lagi menampung kos sara hidup yang semakin meningkat naik hari ini.
Ya, memang mampu walaupun sudah terasa berat dan peritnya.
" Dah kau mampu ape nak bising lagi? "
Memang keluarga saya mampu. Ramai juga yang protes kenaikan harga itu dan ini sebenarnya masih mampu menyerap tekanan itu.
Cuma, mereka (termasuk saya) bersuara kerana masih ramai lagi yang lebih bernasib malang seperti kami.
Masih ramai yang berkira-kira membilang syiling untuk belanja setiap hari.
Catu makan.
Kurangkan duit belanja.
Parah lagi, duit belanja anak pun dikurangkan.
Pernah susah
Walaupun dari keluarga sederhana, saya juga pernah hidup susah, semasa di KL nak menamatkan pengajian.
Memang pernah poket langsung kosong. Tak ada duit nak beli makanan. Nak beli beras pun tak ada duit. Memang termangu-mangu. Mee segera usah cakaplah....
Kerja seperti 'bangla' dan 'nepal' di Mydin lantaran menampung hidup. Nak mintak orang dah malu. Keluar pagi, balik tengah malam. Gaji cukup sara diri sendiri.
Nak banding dengan orang lain, tak lah teruk sangat pun keadaan ketika itu. Tapi pengalaman itu cukup mengajar supaya bersyukur dan tidak membazir.
Biasanya, kalau kita pernah rasa susah, terhimpit, insyaAllah bila dah agak selesa sikit kita tak lupa dan sentiasa beringat.
" Saya derma bukan sebab saya kaya, tapi sebab saya tahu macam mana rasanya bila tak ada apa-apa "
Berapa ramai pemimpin hari ini yang dapat hayati perkara ini? Bukan faham, tapi hayati. Maksudnya mengerti dan tahu bagaimana rasanya hidup tersepit.
Hidup seperti kebanyakan makhluk Allah yang lain. Kita semua sama, melainkan amal dan taqwa.
Rabu, 4 September 2013
" alah..naik 20 sen je! "
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan