Rasanya video pertengkaran itu sudah menjadi 'viral' ketika ini. Minta maaflah ye, malas nak muat naik di blog, sebab terasa panas hati.
Bukanlah mahu memburukkan keadaan. Cuma daripada apa yang berlaku ini, banyak pengajaran sebenarnya yang boleh kita ambil.
Saya tersentuh hati juga dengan apa yang dikatakan oleh pakcik itu.
Bila dia kata ' saya pun bukan orang senang' dan ada 5 orang anak, spontan teringat pada keluarga saya sendiri.
Kami 5 orang adik beradik dibesarkan oleh ibu dan ayah yang bekerja sebagai jururawat dan guru. Hidup kami tak senang, tapi taklah miskin dan melarat.
Kalau pakcik yang kerja jaga itu, dengan gaji tak seberapa, ada 5 orang anak yang perlu disara..Rasa hiba pula. Dengan keadaan ekonomi menggila hari ini.
Sudahlah kerja penat, gaji pun taklah mahal mana. Kena pula maki hamun dengan orang kaye dan ternama (kononnye la).
Benar, pangkat dan harta seringkali buat manusia lupa diri. Kalau empunya diri itu tidak berharta, kemungkinan besar benda ini tak berlaku.
Nak orang hormat kita? Cubalah hormat orang lain dahulu.
Hidup seperti kebanyakan makhluk Allah yang lain. Kita semua sama, melainkan amal dan taqwa.
Rabu, 25 September 2013
Al-kisah Matyo & Isteri vs 'Pak Guard'?
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
2 ulasan:
Kesian pak cik tu..huhu..
memang kseian. mana tah hilang adab sopan sesame manusia semua ni.
Catat Ulasan