Sabtu, 13 Julai 2013

Iklan Herba Lucah

Dah lama benarnya iklan ni. Dari tahun lepas lagi.

Dalam surat kabar ade, risalah dan pamplet pun ade. Kalau surat khabar, selalu ade nampak dalam Metro.

Lucah ke iklannye?

Keberatan nak muat naik di blog ini. Cubalah tengok komen blogger lain:
coklateyes
sozcyili

Menyampah dan meluat.

Sedih juga sebab syarikat ini milik orang Melayu, orang Islam.

Tak tahulah idea mana datang nak buat marketing macam ni. Ada berkat ke maniaga cara macam tu?

Bukan nak aibkan. Tak timbul hal naik aibkan, jatuhkan syarikat orang Melayu. Ini masalah mengaibkan diri sendiri, sejak mula iklan tu keluar.

Risau pula rasa. Perlu sdiakan anak-anak nak hadapi dunia yang serba serbi mencabar hari ini..

5 ulasan:

依之汉 berkata...

Erk. Bila Tuan kata begini, barulah saya perasan. Selama ini saya lihat di iklan-iklan blog (picisan) sahaja. (Ini juga termasuk di website Berita Hairan!).

p/s: Nasib baik HerbaLife tak buat begini. Ops. Hehe.

Nur Fauzi berkata...

anak umur 2 tahun ni kalau tengok iklan tu pun tau. dada perempuan terbonjol gitu...

Sharinginfoz berkata...

memang tak ada idea lain ke diaorang ni

INNANIE ARIFFIN berkata...

terima kasih untuk backlink...

Iklan berunsur lucah TIDAK PATUT & TIDAK PERLU dalam masyarakat Melayu amnya, dan Islam khususnya. Walaupun ia ubat seks sebenarnya. Islam mengajar kita untuk tahu batas pergaulan. jangan semata-mata inginkan keuntungan, halal haram & batas adat ketimuran diketepikan...


Nur Fauzi berkata...

idea tu...tak tau la. tapi idea picisan begini, lagi ramai yang menyampah rasenye.

innanie:
same-same. tak ade masalah. yang baik ape salahnye kongsikan.

E-book

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...