Rabu, 5 Jun 2013

Kongsi Resepi: Tak rasa rugi ke?

Benar.


Ada peniaga makanan yang tak mahu berkongsi resepi masakannya dengan orang ramai.

Maksudnya merahsiakan, tak mahu beri resepi atau tak mahu ajar oran lain yang bertanyakan resepi tersebut. Tak kiralah apa jenis makanan sekalipun.

Mereka ada hak berbuat demikian. Kerana resepi dan ramuan itu diperoleh hasil usahanya sendiri. Jadi tak salahlah kalau tak mahu beri.

Iyelah. Nak pergi belajar bukan sedikit masa yang habis. Bukan sikit duit yang dibayar. Tambah lagi dengan menu yang tak menjadi. Cuba sendiri, tambah sana sini. Pendek kata bukan mudah. 

Tapi saya lebih suka kalau resepi itu dikongsi bersama. Rasanya tak ada apa yang perlu dirahsiakan.

Dalam hal masak memasak ni, cara nak buat itu yang membezakan hasil akhirnya.

Dua orang masak, bahan yang sama, sukatan yang sama. Arahan yang sama. Tapi rasanya pasti ada sedikit beza.

Masing-masing ada gaya masak yang berbeza kan?

Teringat mak mertua sendiri yang berniaga dan jual kuih.

Tak pernah lokek bila orang tanya resepi. Nak datang belajar pun boleh. Tak ada masalah. Baginya, rezeki masing-masing. Kalau orang tu buat menjadi, jual pun laku, kita tumpang gembira. Itu rezeki dia.

4 ulasan:

依之汉 berkata...

Setuju dengan pendapat saudara. Lagi banyak ilmu kita kongsi, lagi banyak benda yang kita belajar.

Lagi bagus kalau ada yang rajin buat buku resipi. Bak kata orang lain orang lain air tangan.

Nur Fauzi berkata...

teringat kisah orang yang pinjam pedang saidina Ali. Sebab masyhur cerita pasal kehebatan pedang tu. Tapi bila dah pinjam rasa tak ada apa yang istimewa pun. Sebab 'skill' guna pedang tak sama.

Nick Nashram berkata...

teringat dulu2 masa kat uni..mintak nota dengan kawan2 ade jugak yg kedekut nak bagi..hahah..mybe diorang takut kita dapat markah tinggi kot.

Nur Fauzi berkata...

atau pun mungkin malu nak bagi sebab tulisannye die sorang saje yang boleh bace haha

E-book

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...