Jumaat, 31 Mei 2013

Video Mat Luthfi



Saya faham.

Apa yang cuba disampaikan sebenarnya masalah yang dihadapi oleh golongan muda yang mahu berdakwah.

Keras, rigid.

Kerana satu masa dahulu saya pernah berada dalam keadaan seperti itu.

Semuanya salah. Pendekatan tidak berhikmah. Sinis. Menyebabkan orang menjauhkan diri, dan kita hidup dengan kelompok kita sahaja.

Tanpa menyedari, sebenarnya seni berdakwah itu sangat halus. Tak cukup sekadar mahir hukum fiqh.

Menuntut dan belajar di peringkat STPM dan beberapa tahun pengajian di IPTA benar-benar membuka fikiran saya.

Namun sejujurnya, masih ramai di IPT yang terbelenggu dengan masalah ini. Pendekatan dakwah yang silap.

Spontan teringat beberapa ayat / dialog semasa belajar dulu:

" Ai ustat, kopiah dah takde nampaknye?"

" Ustat, kau tak segan ke kawan dengan kami ni. Yela, tak pegi surau, solat pun selalu miss, puasa pun tebuk-tebuk, mengaji merangkak."

" kenape ye ustat kawan-kawan kau macam tak nak dekat dengan kami. Yela kami ni memang tak pakai kopiah macam mereka, perangai pun tak baik sangat..."

" kau ni student API ke? Tak nampak gaya student API pun.." ( API - Akademi Pengajian Islam)

Berdakwah tak cukup sekadar tahu hukum.

1 ulasan:

依之汉 berkata...

Saya setuju pasal ni bro. Dulu saya terpengaruh juga dengan gaya ustaz berceramah di kampung yang suka menyindir orang kampung.

Katanya amar makruf nahi mungkar. Tetapi apabila mula masuk IPTA baru saya tahu apa itu amar makruf nahi mungkar.

Seru kebaikan, dan cegah kemungkaran.

Dalam budaya Arab, apa yang disebut dahulu itulah yang lebih utama.

Lalu utama untuk kita seru kebaikan dahulu sebelum mencegah kemungkaran.

Moga-moga video ini memberi platform untuk pendakwah lama dan baru membuka minda mendekati masyarakat dengan gaya merapatkan ukhwah.

E-book

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...