Sabtu, 11 Mei 2013

Nilai 20 sen di mata kita?

Rasanya nilai 20 sen ini bergantung pada zaman.


Kalau zaman mak ayah saye ke sekolah. Memang kenyang betul bawa 20 sen pergi sekolah. Siap boleh simpan sikit lagi.

Zaman nenek muda belia tak usah ceritalah. Dapat Seringgit memang banyak dah rasanya.

Bukan apa, teringat peristiwa lebih 15 tahun yang lalu  (zaman 90-an). Siang bersekolah (Sekolah Kebangsaan) petang pula pergi sekolah agama.

Masa pergi ke sekolah agama, bawa duit cuma 20 sen. Itupun baki duit belanja sekolah pagi. Kebetulan basikal pancit, kena jalan kaki pergi sekolah.

Apa dapat dengan 20 sen masa tu?

Saya boleh beli air cawan kecik, dan dapat keropok ikan saiz kecil. Besar juge ertinya pada saye yang bersekolah rendah ketika itu.

Cukuplah kan buat penghilang dahaga dan alas perut sementara berjalan pulang ke rumah.

Hari itu kebetulan memang terasa letih dan haus. Nak jadi cerita, duit hilang masa rehat solat asar di surau. (padan muka, main lagi dengan kawan di surau).

Balik sekolah lebih kurang 6.30 petang, saya pergi ke surau cari semula. Ada cikgu yang nampak.

Cikgu : Awak cari apa?
Saya  : Cari duit hilang cikgu.
Cikgu : Berapa yang hilang?
Saya  : 20 sen.

Cikgu itu ketawa kecil dan berlalu dengan sengih. Seolah melihat persembahan lawak.

Sempat saya dengar ayat " 20 sen je? " dengan nada hampir tergelak.

Terhina?

Ya, saya rasa terhina ketika itu. Saya tahu memang 20 sen itu apalah sangat pada cikgu itu. Tapi dalam keadaan yang penat, letih dan haus, 20 sen itu memang banyak.

Maka ayah bukan orang kaya, tapi tak lah miskin. Namun nilai 20 sen itu sangat berharga bagi diri seorang budak ketika itu.

Sampai ke hari ini saya ingat. Dan saya memang ingat nama cikgu itu.

Masa cerita pada isteri pun, saya terasa emosi agak sedih rasa.

20 sen itu masih bernilai, hinggalah hari ini.

* sekarang berniaga kecil-kecilan jual jeli kelapa. Tukang jual ambik untung 20 sen secawan jeli kelapa.

4 ulasan:

依之汉 berkata...

Saya juga teringat kala saya masih kanak-kanak, menggodek celah-celah ruang di rumah papan dahulu hanya untuk mencari 20 sen membeli cokelat di kedai Cik Mun. Dapat bermain bersama rakan juga setelah kenyang.

Nick Nashram berkata...

rasanya kalo jumpa duit 20 sen dalam poket campak camtu je..tapi kalo 20 sen dapat dari nuffnang dah bersorak..huhu

Unknown berkata...

Cerita ini amat menarik dan agak sama dengan pengalaman saya.,.Tuan bukan nak cari lawan,.tapi cari kawan sebanyak boleh..

Saya membaca beberapa tulisan dalam blog ini yang agak menarik juga dan dapat memberi manfaat dan inspirasi kpd orang lain.,

Oklah lupakan dulu pasal MLM tu..buat apan nak gaduh2 kan..kita sama2 orang Malaysia mahu cari rezeki yg halal..,

Saya berminat dengan Jeli Kelapa tu,.jika sudi berjual beli,.nak order sedozen..saya tinggal di Petaling Jaya., Kalau tak pun tuan boleh perkenalkan insuran2 Takaful..

Kot2 bolehlah TangkapFull rakan2 islam@ustaz2 saya.,kan berbaloi tu..hehe
-Salam perpaduan utk semua-

Nur Fauzi berkata...

wong: masa kecik-kecik kalau dapat 20 sen, memang 'jajan' la yang selalu dibeli.

nick: 20 dari nuffnang sangat bernilai...tak cukup 20 sen, tak dapat nak tunaikan..

E-book

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...