Sabtu, 18 Mei 2013

Fenomena Gwiyomi?

Comel, keanak-anakan.

Itu mungkin itu yang terfikir bagi mereka yang pernah tengok gwiyomi.

Namun komentar saya dari perspektif berbeza sebagai seorang guru.

Mungkin juga saya berbeza pendapat dengan guru-guru lain.

Hedonisme.

Ya itu yang terlintas bila ianya menular dan ramai yang meniru. Tak kira kecik besar tua muda. Masing-masing nak buat. Rakam. Muat naik internet, bagi semua orang tengok.

Geli? Ya, terutama melihat mereka yang 'berusia' nak buat gaya comel.

Jati diri.

Begitu mudah sekali 'benda' luar masuk dan kita mengangkat perkara itu. Dah habis Gangnam (jahanam?) dan harlem shake, sekarang gwiyomi pula. Lepas ni apa pula?

Permasalahan hukum?

Tidaklah jatuh haram. Tapi anak gadis tergedik-gedik, tayang untuk tontonan umum untuk apa? Boleh jadi fitnah.

Kalau nak buat pun, untuk sendiri-sendiri, tunjuk pada suami, isteri, keluarga, cukuplah..Tak usahlah sebar luas dalam internet. Pakcik nun di Zimbabwe pun boleh tengok.

Cukup-cukuplah budaya meniru kita. Ilmu tak berkembang mana pun.

Berhibur tak ada salahnya. Cuma perlu kena caranya.

Kalau cikgu tergedik buat depan murid? Cukup-cukuplah tuuuu.....

1 ulasan:

Tedi berkata...

Menarik blog cikgu ni. Tedi nak masukkan dalam bloglist :)
Teruskan, kalau ada blog cikgu2 yg lain, tolong share dgn Tedi :)

E-book

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...