Saya tak tahulah kenapa.
Nak jatuhkan orang dalam politik,banyak nak sabitkan dengan SEKS.
Tahun 1998 dulu liwat.
Usung tilam, semua masuk mahlamah.
Lepas tu timbul lagi liwat 2. Kali ni siap sumpah bagai.
Sampai la ni anak kata kena, ayahnye pulak kata semua tu pembohong.
Timbulkan isu China Doll. Kasi warna hitam putih. Tunjuk semua adegan atas katil.
La ni yang terbaru klip seks pemimpin tertinggi PAS pula.
Apa kemaruk SEKS betul ke semuanya sampai semua nak disebar luas kat internet?
Semua boleh tengok, anak-anak boleh tengok.
Betul atau tak? Lain cerita. Masuk mahkamah syariah bawak semua bukti untuk tuduh.
Tapi tak payah nak bagi 'upload' untuk semua orang tengok FREE PORN FROM MALAYSIA POLITICIAN.
Nak buat apa? Nak suruh anak-anak tengok jadikan teladan?
Hidup seperti kebanyakan makhluk Allah yang lain. Kita semua sama, melainkan amal dan taqwa.
Jumaat, 12 April 2013
Politik Lucah?
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan