Jumaat, 12 April 2013

Beli kopi punya pasal..

Lama juga tak berurus niaga menggunakan internet.

Belek-belek blog rakan-rakan blogger minggu lepas, terjumpa dengan blog teacher basariah

Terjumpa pos teacher basariah jual kopi Masad (Masad Cafe).






Sekotak RM18, ada 20 sachet kecil di dalam. Lama benar tak minum Masad Cafe. Saya beli 2 kotak. Alhamdulillah selamat sampai. Tolong rakan blogger berniaga. Moga teacher basariah dimurahkan rezeki.

Masad Cafe ni mengingatkan saya dengan seorang personaliti terkenal yang pernah saya jumpa. Allahyarham asri Ibrahim, ahli dan vokalis kumpulan Rabbani. Saya berjumpa beliau pun sebab nak beli alat muzik.

Kalau tak silap masa tu Rabbani jadi duta produk kopi ni. Jadi kita yang jadi tetamu (dan juge pelanggan) dijemput sama minum. Lagipun bukan selalu jumpa dan minum-minum dengan selebriti terkenal ni.

Cuma agak sedih sebab itu kali pertama dan terakhir saya jumpa dengan beliau sebelum beliau meninggal dunia tahun yang sama.

Dan memang tak sangka juga bila dengar berita pemergian allayarham Asri Ibrahim dulu hati memang sebak, air mata bergenang. Walaupun tak kenal, jumpa pun baru sekali, sebenarnya generasi saya membesar dengan alunan suara selawat, nyanyian, bacaan asma'ul husna dan ayat quran yang kerap berkumandang di radio dan televisyen.


Sebab itu bila ternampak Masad Cafe ni, teringat pada Allahyarham Asri Ibrahim dan kumpulan Rabbani.

Tiada ulasan:

E-book

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...