Ahad, 28 April 2013

Bengang: Kempen BN pada guru masa program taklimat guru.

Ini bukan perkara tipu. Benar berlaku.

Bukan orang lain yang kena. Tapi diri sendiri yang kena. Berlaku hari Jumaat lalu.

Penyelaras j-QAF setiap sekolah diminta hadir waktu petang untuk sedikit taklimat berkaitan progran jQAF di sekolah. Memang dah ada rasa tak sedap hati. Maklumlah nak dekat pilihanraya ni. Macam-macam boleh jadi.

Tak sangka petang tu Majlis dirasmikan oleh calon BN yang merangkap timbalan menteri Pelajaran.(taklimat biasa pun timbalan menteri datang, siap ada perasmian lagi?)

Ok tak ada masalah. Dalam ucapan perasmian pun tak sentuh langsung hal berkaitan politik ni. Cuma tekankan kepentingan program j-QAF di sekolah.

Tapi apa yang tak sedapnya adalah selepas ucapan perasmian. Turut duduk kerusi VIP adalah seorang bekas pensyarah Institut Aminudin Baki (IAB). Tak ingat bahagian apa, tapi dah bersara. Beliau memang seorang yang berpengalaman dalam dunia pendidikan di Malaysia.

Secara peribadi masa awal ucapannya (berkenaan integriti penjawat awam) saya cuba mengambil perkara yang positif, seperti perwatakan dan keikhlasan guru dalam bekerja.

Namun tak tahu macam mana tak semena-mena boleh masuk hal PAS, DAP dan Pakatan Rakyat.

Turut sama jadi modal adalah kempen berbau perkauman dengan mengungkit semula peristiwa 13 Mei 1969.

Tak lupa juga lain-lain fakta dangkal yang dirasakan menghina tahap intelektual guru dihadapannya. Umpama berceramah dengan pakcik dan makcik nun jauh di ceruk kampung yang menerima bulat-bulat kenyataan dari Buletin utama, RTM dan tak lupa juga Berita Harian dan Utusan.

Hilang rasa hormat pada beliau sebagai seorang bekas pensyarah.

Boleh dikatakan berintegriti begitu?

Hasilnya, 1 jam untuk kempen berbau perkauman, hanya 20 minit saja taklimat untuk guru (matlamat asal program seperti yang dinyatakan dalam surat panggilan yang dihantar ke sekolah).

Ceramah 'integriti' itu juga jadi bahan gurauan guru-guru yang hadir.

Bengang?

Ya memang bengang.

Bukan sebab saya sokong PR. Kalau PR yang memerintah sekalipun, jika benda yang sama dilakukan, perkara ini tetap salah. Parti politik dan kerajaan adalah perkara yang berbeza.

Kempen parti dalam masa rasmi program kerajaan. Surat rasmi dihantar ke sekolah guna 'letterhead' Kementerian Pelajaran. Memang terang perkara ini salah.

Ditambah pula dengan kempen perkauman sebegitu. Mana konsep 1 Malaysia? Kalau ada orang berbangsa cina dengar pun memang akan terasa hati.

Ramai guru sebenarnya jelak dengan cara kempen begini. Bukan guru Pendidikan Islam sahaja, tapi termasuk juga guru-guru subjek lain.

4 ulasan:

依之汉 berkata...

Baca keterangan bro, saya terasa ingin berkomentar sikit. Para pemimpin perlu menggunakan pendekatan baru dalam mengembalikan jati diri anak bangsa. Bukan dengan 1Malaysia yang hanya mengikis jati diri anak bangsa mereka dan bukannya anak bangsa lain. Perbandingan antara kaum bagi saya ini cerita lapuk. Peringatan dangkal akan sejarah. Patutnya tanamkan jati diri dengan sejarah yang benar dan bukannya penulisan guru sekolah.

Apapun, muak juga saya terima pelbagai jenis bahan unggu di peti surat setiap hari.

Semoga tidak kita terlalu taksub sampai melupakan ukhwah persaudaraan seagama kita dan moga-moga kita dijauhkan dari fitnah.

Nur Fauzi berkata...

itulah masalahnya..keterlaluan sampai orang muak.

Kami guru-guru ni tak ada masalah pun kalau nak kempen sikit-sikit. biasalah tu.

1 Malaysia itu rasa boleh diterima (walaupun dengar2 ada kata 'copy' dari ! Israel...panjang cerita)

Tapi dengan cara kempen ungkit cerita perkauman lalu ni banyak timbulkan kesan negatif. manusia boleh berubah.

kalau sejarah lalu dinilai, kemudian dibuat kesimpulan mereka akan tetap begitu sampai bila-bila, itu yang menjadi masalah.

ambil langkah berhati-hati tak mengapa.

Nick Nashram berkata...

semalam ada pergi dengar ceramah pasal guru muda 1 malaysia GM1M kat muar..mujur takde ceramah psl politik..huhu

pasal keta tu ade jugak betulnya..org skng ni ramai duk berebut beli aset cam tanah atau rumah dulu..surat tawaran dah dapat.

Nur Fauzi berkata...

ade jugak kawan2 dari daerah lain kena kerah pegi. yang dari pontian ssiap naik bas lagi.

keta tu rasa kalau baru cari saga atau persona dulu. pakai persona takat ni ok lagi. cuma enjin kurang ummpphh la nak banding dengan kereta jepun. kualiti pun paham2 la keta proton. tapi tak ada masalah major la setakat ni.

E-book

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...