Ahad, 28 April 2013

Mempertahankan kewujudan blog?

Dulu masa baru-baru menulis blog, idea memang banyak mencurah-curah. Ada saja benda yang nak ditulis.

Dari masa berbahasa agak skema (masa mula-mula dulu) hinggalah bahasa 'ikut suka' dan 'ikut mood'.

Dulu pun pernah juga terfikir. Macam mana blogger boleh kata tak ada idea nak menulis. Macam-macam boleh tulis. Tapi bila dah hadapi sendiri 'ketepuan' dalam kepala tu baru tahu macam mana rasanya.

Kalau fikirkan balik, ada 3 situasi yang menyebabkan blog ini hampir bersawang dulu.

Kali pertama masa baru lepas kahwin.

Dihambat komitmen kononnya. Lebih-lebih lagi 6 bulan kena ulang alik KL - Kluang tiap-tiap minggu. 'update' blog pun jarang-jarang. Kemudian sikit-sikit cari idea mula semula.

Kali kedua bila sambung diploma pendidikan & dapat anak.

Siapa yang ada anak kecik ni tahulah macam mana rasanya.

Masa si Fawwaz lahir memang letih. Tidur tak cukup itu biasa. Mujur tak berlanggar masa memandu sebab dah terlelap mata. Mengantuklah katakan...

'Update' blog pun sesekali. Kena pula masa sambung belajar, bila masa interaksi di IPG. Idea tak ada, kepala sarat dengan 'assignment'. Bila jenguk blog rasa sedih je sebab tak 'update'.

Lagi sekali pelan-pelan kayuh mula balik sikit-sikit.

Kali ketiga : sekarang ni lah!

Tak tau angin apa kali ni. Angin pilihanraya pun mungkin juge agaknye. Sibuk semua berkempen nak pilihanraya.

Kerjaya sebagai guru pun iye juge. (tambah dengan meniaga kecik-kecik lagi). Memang penat dan letih.

Pagi-pagi buat dah pegi sekolah. Petang pukul 4@5 selalunya baru sampai semula rumah. (siapa kata cikgu balik kerja cepat?). Kadang kena sabit dengan belah kelapa juge petang. Malam melayan kerenah fawwaz sambil masak & selesaikan tugasan sekolah yang ada. (biasalah cikgu bawak balik kerja).

Esok pagi-pagi dah bangun panaskan bubur nak jual (hampir setiap hari), siap-siap nak ke sekolah. Lebih kurang begitulah rutinnya. Hujung minggu adalah masa sikit nak 'bernafas'.

Kena pula di Johor ni program Pengarah Turun Padang. Pegawai dari JPN Johor dan PPD masing-masing turun ke setiap sekolah di Johor dan buat pemantauan. Tak ke haru biru cikgu-cikgu ni nak siapkan dokumen / fail semua tu. Dahlah kena mengajar lagi.

Hakikatnya masa cikgu disekolah lagi banyak habis untuk dokumentasi daripada mengajar / persediaan mengajar.

Apapun 'aku menulis bukan kerna nama'. Cuma nak berkongsi apa  yang baik untuk kebaikan bersama.

Nak mewujudkan blog / web taklah susah mana. Tapi nak mengekalkan dan meneruskan hayat blog / web (yang selalu 'up to date', bukan berswang dengan post lama') itu yang jadi cabaran.

Macam beribadat atau buat benda baik juga. Nak buat tak lah susah mana. Tapi nak istiqamah dan berterusan tu cabaran yang perlu dihadapi.

Selamat menulis di blog masing-masing.

* kempen tu kempen juga. tapi biarlah kempen / bertanding cara sihat.

2 ulasan:

依之汉 berkata...

Setuju dengan bro. Bila kita dah mengalami benda tu barulah kita tahu.

Nur Fauzi Bassar berkata...

orang kate pengalaman tu memang mematangkan kite.

E-book

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...