s.e.r.a.b.u.t
Saya seorang guru, masih berstatus interim. (menunggu pelantikan yang entah bila..)
Namun masuk mengajar di sekolah (sekolah rendah) atas tiket j-QAF. Ya, guru kelas pemulihan Quran dan Jawi. TErmasuk juga perlu jalankan kelas tasmik (mengaji), kem bestari solat 4 kali setahun.
Bagi mereka yang belum faham program j-QAF, guru j-QAF seperti guru pemulihan. Masa pendidikan Islam, murid yang bermasalah dan belum menguasai jawi dan quran akan pergi ke kelas pemulihan j-QAF. Tak menyertai murid lain. Bila sudah berjaya 'dipulihkan' barulah masuk semula ke kelas seperti biasa.
Mengajar pula di sekolah kurang murid (SKM). Jadi cuma ada sorang guru pendidikan Islam (GPI) yang mengajar dari tahun 1 hingga enam, dan seorang guru j-QAF (sayelah itu).
Di SK, peruntukan masa bagi pendidikan Islam adalah 6 masa seminggu. 1 masa = 30 minit.
Itu masa mengajar, belum persediannya nak rancang buat apa, tambah dengan semak buku, dan tak lupa juga kerja pentadbiran lain.
KSSR tahun ini sudah ke tahun 3. Tahun 1-3 sudah guna KSSR. Jadi sepatutnyalah diri ini menjalankan kelas pemulihan kepada murid tahun 1-3 yang bermasalah.
Tapi lain jadinya. Jadual tak dibuat ikut program j-QAF. Maka haru biru dan tenggelam program j-QAF. Nak ubah semula jadual bukan senang. Ambil masa. Nak tak nak kena jalankan dulu jadual yang ada.
kalau ikutkan masa mengajar tahun ini:
Pendidikan Islam : 6 masa x 3 kelas = 18 masa.
bahasa arab : 3 masa x 3 kelas = 9 masa.
tasmik = 4 masa x 3 kelas = 12 masa.
18+9+12 = 39 masa seminggu.
Dalam masa yang rasa padat, Itupun ada yang mengada suruh ajar pra sekolah tambah 2 masa lagi.
" akak ni takde tauliah la nak ajar pendidikan islam pra sekolah "
" takpelah oang muda lagi. 40 masa"
Rasa mahu ku cili muka yang cakap itu. Mujur juga kawan ni paling junior di sekolah.
Saya masuk atas tiket j-QAF, bukan pra sekolah. Kalau masa ada banyak kosong tak apa juga. Dah penuh mahu disumbat lagi.
Tambah lagi bila GPI pindah, belum ada pengganti. Kelas yang lain mana yang boleh, kenalah masuk mengajar.
** tekanan kerja melanda....
2 ulasan:
masalah kalau sorang2 je kan...lain la ajar PJK...xde nak kene cek buku semua....tiap2 hari pun no hal. rasanya la...
junior kene gitu sokmo la...same la cam aku... :)
sekarang ni sekolah rendah guna KSSR, PJK pun ade penilaian. kokurikulum budak-budak pun dah kena ade pnilaian sekolah, kena key in online semua tu.
makin banyak admin cikgu
Catat Ulasan