Dah lam tak jenguk Facebook dan blog sebab ada kem motivasi bersama JMG di Melaka.
Bila belek-belek Facebook, terjumpa pula entry tentang i-city di sembang kencang.
Kebetulan memang pergi ke Shah Alam bulan 11 hari tu untuk konvokesyen adik di uitm. Masa memandu nak cari uitm tu memang ternampak 'sign board' ke i-city. Memang ada terdetik hati nak pergi bawa anak dengan isteri.
Iyelah nampak di TV macam seronok benar pegi sana. Tambah pulak yang baru ada taman tema air. Dengar sembang kat TV memang macam hebat dan kencang i-city ni.
Tapi bila terbaca entry di blog sembang kencang ni, rasa tawar hati la pulak. Sila baca dulu.
Kalau saya pun, saya akan menyinga mengamuk dan terasa begitu. Iyelah, kos perjalanan kita nak ke sana bukan sikit. Lebih-lebih lagi kalau yang duduk jauh macam di Kelantan, Johor, Kedah...Datang jauh-jauh semata-mata nak pergi sana.
Kalau yang bawak anak berduyun-duyun tu, memang kopak la jawabnye. Bukan semua yang datang tu 'beruang' dan berduit. Dah macam tempat awam yang khas untuk orang yang berduit. no money no talk.
Kalau la saya yang pergi hari tu, alamatnya memang setakat bayar duit parking sajelah....Kalau saya bawak masuk satu keluarga hari tu, memang langsai setengah bulan gaji cekgu interim.
* lain padang lain belalang, lain orang lain pendapat...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan