Jumaat, 16 November 2012

Tips temuduga j-QAF? (sebelum temuduga)

Memandangkan minggu ini ramai yang buat carian berkenaan temuduga j-QAF di blog, jadi saya kongsikan sedikit tips dan temuduga untuk panduan mereka yang mencari. Harapnya dapat membantu sedikit sebanyak.

Ini adalah pengalaman saya menghadiri temuduga j-QAF (saya batch ambilan 2011) dan juga temuduga lain sebelum ini. Sebarang kesilapan dan kekurangan, saya mohon ampun dan maaf. 
*(temuduga yang saya maksudkan adalah temuduga bagi pengambilan guru pelatih j-QAF)

Tiada niat lain, hanya mahu membantu rakan-rakan yang mahu menjadi pendidik dengan KPM.

Sebelum temuduga

Pastikan anda membuat sedikit persediaan. Jangan 'last minute' baru nak buat semua. Bukan apa, takut jadi serabut. Bila kita dah bersedia awal, hati pun tak lah terlalu risau. Banyak membantu sebenarnya persediaan awal ni. 


Pakaian.
Pastikan pakaian yang dipakai adalah kemas dan merupakan pakaian formal sebagai seorang guru. Bagi lelaki berkemeja lengan panjang,tali leher dan seluar slack (warna gelap kalau boleh). Pastikan gosok dulu ya! 
Lengkapkan juga pakaian dengan aksesori lain seperti tanda nama (wajib pakai), klip tali leher, songkok dan juga blazer. Jika tidak memakai songkok, pastikan rambut kemas dan pendek. Songkok pastikan tak berhabuk. Blazer pastikan tak kedut, cukup butang dan tak sempit.
Kasut pastikan bersih dan dikilatkan. Hati-hati jangan picak selut / becak masa nak pergi temuduga.

Bagi Perempuan, rasanya tiada masalah sangat. Berbaju kurung dengan warna yang lembut dan tudung yang sesuai sudah memadai. Pakai blazer lagi bagus. Tak lupa juga, kasut perlu dikilatkan. Suka saya mengingatkan, sila berpakaian sesuai dengan jawatan yang diminta. Guru j-QAF dipanggil ustaz dan ustazah..Jadi bagi wanita, pakaian anda perlu mencerminkan anda sebagai Ustazah. Bukan bermaksud perlu tudung labuh, tapi batas aurat perlu dijaga.

Elakkan pakai jaket korporat sebab itu bukan pakaian rasmi. Pakai blazer.

Bagi muka, lelaki kalau boleh kemaskan misai dan janggut. jangan nampak macam tak terurus. Kalau nak cukur pun boleh. Wanita,jangan over make up pula. Jangan datang temuduga dengan warna bibir yang bukan-bukan hehe.

Itu semuanya untuk penampilan diri kita. Sebagai guru, mesti kemas, bersih dan segak.

Sijil-sijil

Pastikan sijil-sijil yang asli / original dibawa bersama semasa temuduga. Jika ada dinyatakan sijil apa yang perlu dibawa,jangan tinggalkan satu pun sijil yang telah disenaraikan. Ada kes calon tak layak ditemuduga sebab tak bawa sijil yang asal. Bukan perkara main-main. 

Biasanya sijil akademik yang perlu dibawa adalah sijil SPM, STPM, sijil berhenti sekolah, dan transkrip ijazah. Tak lupa juga surat beranak dan juga kad pengenalan. Bagi yang sudah berkahwin, bawa sijil nikah bersama. 

Bawa juga sijil aktiviti kokurikulum sebagai sokongan. Tak kira semasa universiti atau di sekolah. Sijil ini juga boleh membantu penemuduga untuk beri penilaian pada kita.
Saya ingat semasa ditemuduga dulu, tuan yang menemuduga saya menyatakan mereka perlukan guru yang serba boleh. Bukan setakat mengajar dalam kelas sahaja. 

Jangan lupa susun sijil yang dibawa dengan kemas dan mengikut urutan. Mudah penemuduga nak semak nanti. Bawa juga gambar terbaru jika diminta.

Ilmu

Persiapkan juga diri dengan isu semasa yang berlaku. Kemungkinan akan ditanya untuk menguji kita. Teingat dulu ada calon yang ditanya tarikh hari ini dalam bulan hijrah....

Tak lupa juga maklumat berkenaan dengan dunia pendidikan. Yang ini skopnya agak luas juga, termasuklah maklumat berkaitan pengajaran dalam bilik darjah. Cuba-cubalah jenguk maklumat berkaitan Kementerian Pelajaran Malaysia, kurikulum semasa sekolah sekarang, isu pendidikan dan lain-lain. 

Jangan lupa juga ulangkaji hal berkaitan hukum fardhu ain, surah hafazan dan tajwid. Memandangkan calon j-QAF ada ijazah pengajian Islam, soalan berkaitan fardhu ain memang akan ditanya. Memang kena bersedia. Kemaskan semula hafazan ayat-ayat lazim, ingat semula hukum tajwid. Soalan itu wajib ditanya memandangkan itu yang akan kita ajar di sekolah nanti.

Bahasa Arab? Ya, akan ditanya juga. Minta bersedia juga dengan perbualan dalam bahasa arab. Nama pun graduan penajian Islam, memang tak boleh terpisah dengan Bahasa Arab ni. Setakat yang saya tahu, semua calon yang ditemuduga akan diminta menjawab soalan / berbual dalam bahasa Arab. Tapi tidaklah dari mula. 

Bagi mereka yang tidak biasa. Buat persediaan awal. Ingat-ingatlah kembali dan cuba latih bercakap. Ada juga ujian bertulis. Anda diminta menjawab esei dalam bahasa Arab. Soalan berubah-ubah. Nasiblah dapat tajuk apa nanti. Jadi latih-latih juga menjawab esei bahasa arab nanti. 

Doa
Pakaian dah selesai, dokumen pun sudah, maklumat dah baca. Jangan lupa doa pada Allah minta dipermudahkan urusan. Solat hajat, solat dhuha, solat taubat...Buatlah apa yang dirasakan perlu. Dalam masa yang sama boleh menenangkan sedikit perasaan yang gundah.

**(kalau ada yang tertinggal, sila tambah ye)
semasa tumuduga? akan bersambung di entry lain.

2 ulasan:

Nick Nashram berkata...

saya punye interview 5hb ni..nervous rasanya..duk study sikit2.bimbang takut takleh jawab nanti.

Nur Fauzi berkata...

Kawan dah sudah dah SPP 14.11 hari tu. tunggu punya la lama. sekali masuk terus 5 orang. sorang bercakap tak lebih pun 10 minit. rezeki kumpulan terakhir.

E-book

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...