Rasanya mesti ada yang pernah tengok iklan TV berkenaan dengan susu SD2 ni.
Bagi yang belum tahu, produk ini juga adalah produk syarikat MLM.
Saya tak mahu komen berkenaan dengan konsep MLM, sebab saya tetap bertegas dan sangsi dengan pemasaran MLM dari susut syariah. ( bukan haram secara mutlak, tetapi banyak lompang dan gharar yang perlu diberi perhatian). Adapun mereka yang jual secara normal dan ambil untung runcit, tiada masalah di situ.
Bila saya buat carian berkenaan komen Kevin Zahri @ 'cikgu fitness' tentang SD2, saya terjumpa sedikit perbincangan tentang SD2 di web beliau. Sila baca.
Kunci utama diet menggunakan SD2 ini adalah diet atkins.
Jadi kalau tanpa produk pun sebenarnya boleh kurus. Cuma kena DISIPLIN. Kawal pemakanan dan senaman.
Memang tak ada jalan mudah untuk kurus. Pengalaman saya sendiri lihat bagaimana seorang yang berat 100kg+ boleh turun berat menggunakan Jusmate5. Orang makan JM5 itu juga menggunakan diet atkins. Tanpa konsep itu, gunalah apa produk pun, pasti tak menjadi.
Memang badan saya tak 'fit' dan BMI pun tak stabil hehe. Tapi saya yakin dengan konsep diet atkins ini sebab saya pernah buat dan memang berkesan. Berat badan saya memang turun, TANPA mengambil apa-apa produk.
Jaga makan, makan ikut waktu, rehat yang cukup, senaman, banyakkan minum air.
Tapi sebab tak disiplin, berat badan naik semula haha.
2 ulasan:
diet atkin tak bagus, tidak seimbang, takleh enjoy life haha
nak diet seimbang pun, haha mcm perlu berjihad.
masalahnya adalah masa yang suntuk untuk bersenam. pagi2 dah keluar. petang nak maghrib baru balik. anak2 menunggu mintak layan. badan pun letih. pukul 10 dah lelap mate???
Catat Ulasan