Isnin, 5 November 2012

Racism di Singapura? Di Malaysia?

'Blogwalking' hari ini membawa saya ke blog Wanita Bertudung Hitam. Terbaca tentang 'racism' yang berlaku di negara jiran kita, Singapura. Jadi saya cedok sikit ceritanya,

Ini adalah satu kenyataan yang dibuat oleh individu di laman sosial. Kritikan (penghinaan?) terbuka pada orang Melayu di Singapura.

  

Ini pula kenyataan penuh yang tidak dikaburkan. 

Siapa Amy Cheong ini? Mengikut cerita yang saya baca di sini, dia adalah kakitangan kerajaan (betulkan kalau silap). Disebabkan 'post' terbuka di laman sosial ini, akhirnya dia DIPECAT dari jawatannya sekarang.

Ya, dia dipecat kerana hanya kerana kritikan peribadinya terhadap masyarakat Melayu. Satu status laman sosial membuatkan hidupnya sedikit merana dan terus hilang kerja.

Perkara sebegini dipandang serius. Baru bercakap soal bangsa, sudah sensitif. Apa lagi kalau kritik soal agama? Boleh meletus pergaduhan barangkali

Bagaimana di Malaysia?

Anda boleh nilai sendiri bagaimana.

Seorang menteri terang terangan kritik (hina?) agama Islam, dan masih lagi bersenang lenang. Malah ada yang cuba sedaya upaya 'backup'.

Malah sebelum ini banyak perkara yang memperlekeh atau dilihat mempersendakan agama Islam. Tapi tak ada tindakan. Dari karikatur / kartun menghina pelaksanaan hukum Islam, hinggalah kenyataan CSL yang seperti 'mengisytiharkan penentangan' terhadap undang-undang Islam.

Tak mahu tuding jari kepada siapa. Tapi mana hilang sensitiviti kita?

Yahudi dikutuk, kita hina, kita cerca sebab zalimi Palestine. Kerajaan Syria yang zalim kita kutuk. Masyarakat Rohingya yang tertindas, kita laungkan amaran pada si penindas.

Tapi bila di negara sendiri apa jadi? 


2 ulasan:

APAN berkata...

sesetengah org sanggup korbnkn pe saje utk menjapai matlamat masing2...

Wanita Bertudung Hitam berkata...

setuju! walaupon lebih kurang je post, tapi lain sikit mesej kamu ye dok? hehe

E-book

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...