Sabtu, 24 November 2012

Lagu Keamanan

Lagu yang saya kira sepatutnya menjadi hit, tetapi tenggelam kerana kurang publisiti.




Tangisan selubungi alam
Kisah manusia yg terleka
Terhina di bumi sendiri
Kifarah terbiar dari Ilahi

Hilang segala apa yg dibina
Kehancuran memusnah melata
Kehidupan insan tak bermaya

Linangan air mata
Sukar bertukar duka
Cahya harapan berubah gelita
Kepayahan hidup yg amat sengsara

Keamanan, Kedamaian, Keharmonian
Dan Kasih sayang
Harapan dalam kehidupan
Setiap insan

Hulurkan bantuan
Kepada yang memerlukan
Perhatian dan Pembelaan
Belas kasihan

Semaikan benih keimanan
Agar ia tumbuh subur
Memayungi kita

Sinar dan harapan
Pasti kan tiba
Menerangi hidup diri kita
Memerlukan pengorbanan semua

Masa hadapan yg kita impikan
Dunia yg penuh ceria
Hidup aman sentosa
Bahagia

( korus )
Keamanan, Kedamaian, Keharmonian
Dan Kasih sayang
Harapan dalam kehidupan
Setiap insan

Hulurkan bantuan
Kepada yg memerlukan
Perhatian dan Pembelaan
Belas kasihan

Hentikan sengketa
Hilangkanlah penderitaan
Kita sesama manusia
Bersaudara

Tiada ulasan:

E-book

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...