Duit persatuan ibu tunggal pun kena sapu? Biar betul.
gambar hiasan
Bukan dongeng, bukan rekaan.
Ibu saya merupakan ahli dan AJK kepada persatuan ibu tunggal daerah. Agak aktif juga dengan mesyuarat persatuan serta aktiviti yang dianjurkan. Iyalah, kalau duduk rumah sorang-sorang pun bosan, jadi saja habiskan masa dengan persatuan.
Cuma kadang bila nak menganjurkan aktiviti, kekangan dari segi kewangan agak terasa. Buat program memang memerlukan dana. Kebanyakannya sumber dana adalah hasil dari yuran, serta sumbangan dari pelbagai pihak (termasuk sumbangan dari ahli sendiri).
Ada antara aktiviti yang dijalankan dengan kerjasana sebuah parti politik. Saya tiada masalah dengan parti politik asalkan program usaha sama yang dijalankan positif seperti ceramah kesihatan atau kelas / kursus keusahawanan.
Minggu lepas bila balik ke kampung, ibu saya pun tiba-tiba bukak mulut. Dari cara ceritanya, memang sangat bengang dan 'hangin'. Katanya Perstuan Ibu tunggal dapat peruntukan RM150k dari LPPKN. Tapi yang dapat ke persatuan cuma beberapa ribu RM sahaja. Yang lain entah lesap ke mana.
Ajaibnya lagi, permohonan peruntukan tak diketahui oleh pengerusi dan AJK yang lain. Tandatangan pengerusi dalam permohonan ditiru. Macam mana tahu tiru? Sebab pengerusi tak pernah tandatangan apa-apa dokumen untuk buat permohonan ke LPPKN.
Hebat lagi, nama AJK dalam borang permohonan pun diubah. Bukan nama seperti dalam Persatuan Ibu Tunggal daerah. Menurut ibu saya, nama dalam senarai itu adalah nama ahli sebuah parti politik. Nama ibu saya tak ada pun dalam senarai AJK.
Bila permohonan diluluskan, benar duit dapat RM150k. Tapi persatuan cuma dapat beberapa ribu sahaja. Baki lebih RM140k lesap entah ke mana.
AJK pula dapat salinan permohonan yang diluluskan. Jadi memang bisinglah ibu saya bila dapat salinan permohonan tu. Orang persatuan sendiri tak tahu apa-apa. Lepas ni kalau nak buat permohonan minta peruntukan, memang 'kirim salam' nak dapat lagi sebab dalam rekod LPPKN dah tertulis Perstuan Ibu Tunggal daerah ini sudah dapat RM150k.
Padahal orang lain yang sapu. AJK lain malas nak kecoh-kecoh. Padahal tahu siapa yang 'tapau' duit banyak-banyak tu.
kemaskini 25/11/12
kemaskini 25/11/12
Saya diberitahu pengeluaran dibuat sebanyak dua kali. Pengerusi maklum tentang hal ni sebab pengeluaran duit persatuan mesti melalui dan maklum oleh pengerusi.
Mungkin disebabkab majoriti AJK adalah ahli dan penyokong parti politik berkenaan, hal ni jadi senyap begitu saja. Tak kecoh.
Cuba kalau kerajaan Kelantan yang bagi sumbangan pada persatuan. Majoriti ahli adalah ahli dan AJK PAS. Duit persatuan yang disumbangkan tadi dikeluarkan dan diguna untuk parti PAS. Mesti jadi kecoh kan?
DUIT PERSATUAN IBU TUNGGAL PUN NAK 'SAPU' KE??
** agak bengang sebab tengok dengan mata sendiri salinan permohonan tu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan