Ahad, 28 Oktober 2012

Worldshopperslink Scam?

Anda pernah dengar tentang Worldshopperslink?

Rasanya mesti ada yang pernah dengar. Ada yang jadi tukang promosi untuk buat duit. Katenye benda ni boleh buat duit online. Masyukk...

Tapi betul boleh buat duit online? Atau kewujudannya hanya scam @ skim cepat kaya yang menunggu mangsa yang pantang dengar pasal duit?



Saya dapat sedikit info dari 'page' Say No To MLM di Facebook. Anda boleh cuba baca tentang review Worldshopperslink di sini.

Sebelum baca ulasan tersebut, saya sendiri sudah ragu-ragu tentang konsepnya. Tengok 'design' laman web pun dah rasa tak kena.

Kita yang keluarkan iklan, klik iklan sendiri dan dapat duit. Logik?

Ulasan penulis blog tersebut pada awalnya tentang trafik laman web tersebut dah cukup buatkan orang ragu-ragu. Katanya berpusat di USA, tapi trafik banyak di Malaysia sahaja? Logiknya kalau berpusat di USA, mesti lebih banyak trafik dari sana.

Macam Nuffnang di Malaysia, lebih banyak trafik datang dari Malaysia berbanding negara luar (walaupun nuffnang menawarkan perkhidmatan di negara lain).

Penekanan Worldshopperslink dalam laman webnya pun lebih banyak kepada pembelian pakej (mahal loooo) dan promosi pakej kepada orang lain. Maksudnya cari peserta lain. Jadi dapatlah komisyen. Ada konsep MLM juga.

Tapi jika kita duduk beli pakej dan duduk diam pun, tetap ada pulangan. Saya 'copy' ayat penulis :

 Saya ambil contoh Pakej Gold harganya $100. 
Seminggu klik 10 iklan x $0.8 = $8
Setahun ada 52 minggu 
Oleh itu $8 x 52 =  $416   ( untung sebanyak 316%) 
Tapi anda kena tunggu sehingga minggu ke-13 (3 bulan lebih) baru dapat keluarkan duit sebab minimum pengeluaran $100. 


Pulangan berganda sampai 316%? Too good to be true. Kalau betul macam ni, dah lama PNB masuk share untuk naikkan keuntungan saham ASB dan lain-lain. Gilo apo?

Kepada mereka yang sudah terjebak, seeloknya hentikan saja. Jangan ditambah lagi dosa. Kepada yang belum terkena, jauhkan diri anda serta sebarkan juga maklumat yang anda ada pada orang lain.

Sama-sama kita bantu-membantu. Jauhi skim cepat kaya.

3 ulasan:

halim berkata...

Assalammualaikum,

Terima kasih saudara kerana membaca review saya tentang WSL.

Dijemput selalu berkunjung ke blog saya

Jazakallah khaira

Tanpa Nama berkata...

..Terbaru di FB..Signupworld4u.com @ Signupworld normaz gold...Saya dapati yg promosikn adalah mreka yg prnah trlibat dgn Worldshopperlink , adakah Signupworld tu 2x5 dgn WSL trsebut...

Tanpa Nama berkata...

Orang yang kecewa dengan wsl, sampaikan semuanya nk samakan dengan wsl.. redha je la dengan ape yang jadi.. audit diri tu.. rezeki tu dari Allah.. saya pun rugi juga dlm wsl..tapi x payahla nak buat busuk pasal company lain.. selidik dulu dan baru buat boleh decide..

E-book

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...