Bagi mereka yang belum membaca komen Kevin Zahri tentang pemakaian corset, boleh baca dan lihat komennya di sini.
Saya muatkan 'screen capture' soalan dan jawapannya.
Boleh baca juga komen-komen lain yang ada di situ. Tak kurang juga yang mempertahankan keberkesanan corset dari Hai-O ini. Macam-macam ceritalah. Macam bunyi bergaduh pun ada.
Saya secara peribadi memang tak setuju dengan pemakaian corset sahaja untuk kurus. Saya dah berikan komen tentang corset Hai-O dalam blog ini.
Tambahan dengan harganya yang mahal, memang saya tak sarankan pada orang untuk beli.
Pada penyokong tegar corset Hai-O, jangan panas punggung ye.
Pilihan saya untuk menurunkan berat badan adalah diet seimbang, bersenam, rehat yang cukup dan DISIPLIN.
(tang disiplin tu yang lemah hehehe)
2 ulasan:
dengan rm1000, boleh buat macam2 nak kuruskan badan. kesian kat orang yang cuba pertahankan pakai corset bole kurus..
beli korset mhl mcm mna pun kalau diri sendiri x de usaha x jd gak kan...
piki2 la sebelom beli tu...
Catat Ulasan