Rabu, 10 Oktober 2012

Emas Geneva diserbu - Rakyat Malaysia degil!

Berkenaan dengan Emas Geneva yang diserbu oleh BNM, saya dapat membuat kesimpulan bahawa masih ramai manusia di Malaysia ini yang degil dan malas, lantaran mahu cepat kaya.

Ya, tak dinafikan ramai yang mahu jadi kaya. Namun percayalah, tiada jalan pintas untuk jadi kaya, apa lagi menjadi juawan sekelip mata.

Kalau ditawarkan skim pelaburann, atau apa sahaja perniagaan yang memeberikan pulangan dalam masa yang singkat, lebih baik teliti sehalus-halusnya. Apatah lagi kalau ditawarkan skim MLM yang mengatakan goyang kaki, tak perlu menjual, macam-macam lagi, lebih baik cabut lari.


Pandangan Dr Zaharuddin

Bagi sesiapa yang mempunyai FB (Fesbuk lah) dan 'add' Dr Zaharuddin sebagai kenalan, beliau telah mengingatkan awal-awal lagi supaya pelaburan emas seperti ini dijauhi. Sebelum keluar fatwa bahawa syarikat Emas Geneva menjalankan urusniaga tidak patuh syariah. Terdahulu, ada pihak yang cuba mengaitkan beliau sebagai penasihat syariah bagi Emas Geneva, tetapi beliau menafikan perkara tersebut. Malah mengingatkan orang ramai supaya menjauhi pelaburan seperti itu.

Bagi peminat ikim.fm juga pasti ada terdengar wawancara bersama Dr Zaharuddin berkenaan ulasan bajet. Di akhir ulasan beliau menyelitkan pandangan dan nasihat berkenaan isu pelaburan emas ini.

Menurut beliau sebelum keluar fatwa haram lagi, BNM telah menerima banyak laporan dan aduan dari orang ramai berkenaan emas Geneva ini. Disebabkan ramai umat Islam yang terlibat, BNM merujuk dahulu kepada Majlis Fatwa hal ini dan fatwa haram dikeluarkan kerana ternyata urusniaganya tidak patuh syariah.

Fatwa dikeluarkan dengan harapan pelaburr yang sudah menyertai sempat menarik semula modal yang telah dikeluarkan. Namun masih ramai yang degil dan tetap teruskan.

Serbuan juga turut ditangguh hinggalah selepas hari raya, itu pun masih ramai lagi yang tak mahu ambil iktibar. Jadi bila serbuan dibuat, pelabur terpaksa berputih mata.

Tempoh dan amaran sudah lama diberi. Namun seperti tidak memberi kesan kepada mereka yang terlibat. Sama seperti skim cepat kaya yang lalu seperti Swiss Cash. Pandangan dah diberikan, fatwa haram sudah ada, namun masih degil mahu teruskan. Bila diserbu, meloponglah semua. Seperti tidak serik, perkara yang lebih kurang sama terjadi lagi.

Mempertikaikan

Apabila serbuan dibuat, ramai pelabur yang mempertikaikan tindakan kerajaan. Malah tak kurang juga semasa fatwa haram dikeluarkan ada juga yang mempertikaikan fatwa tersebut.

Pahit untuk ditelan, namun realitinya golongan yang berfikiran seperti ini masih ramai. Bukannya tidak ada ilmu, tiada pelajaran. Cuma nafsu mengaburi mata dan hati.

Tida jalan singkat untuk kaya. Jika mahu melabur pilihlah platform yang betul dan bagi umat Islam, perlulah patuh syariah.

Mahu buat pelaburan emas? Minta semak dan tanya pada mereka yang mahir. Emas adalah barang ribawi, jadi mudah berlaku riba jika transaksinya tidak dijalankan dengan teliti.

3 ulasan:

Nick Nashram berkata...

kena interim kat johor jugak bro..sama la kita nampaknya..cuma sekolah ngan daerah je tak tahu lagi.

ROJAK berkata...

saya memang kurang berminat dengan pelaburan emas sama ada yg pure atau scam. bukan bermakna tak bagus tapi kurang minat je. bila dah jadi kes macam ni lagilah saya berhati2 kalau ada orang offer pelaburan emas depan saya.

Nur Fauzi berkata...

Nick:
Kawan ni cekgu jQAF. dapat sekolah yang same masa latihan dgn praktikum dulu. mudah la sikit, lagipun sekolah kurang murid.

Rojak:
Same la kite ni. Lebih suka buat pelaburan dalam unit amanah (kalau ade duit lebih)

E-book

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...