Khamis, 20 September 2012

Politik: Mahasiswa UTHM diugut sokong......?

Saya terjumpa video berkenaan ini di Facebook. Boleh cuba tonton dan dengar.



Saya bukanlah fanatik betul kepada PR, juga bukan ahli Barisan Nasional.
Namun apa yang dipaparkan dalam video ini bagi saya ada unsur-unsur politik yang kelihatan berat sebelah.

Semasa di UM dahulu pun memang terjadi hal seperti ini. Padahal kalau ikut AUKU, politik kepartian dihalang, tak dibenarkan dalam kampus.

Dahulu memang sering terjadi mahasiswa dan kepimpinan kolej dibawa menyertai parti politik anjuran BN. Tak usah ceritalah kontroversi pasal politik dalam kampus ni. Saya secara peribadi pun turut mengalaminya sendiri.

Bukan nak kata semua pasal BN ni tak bagus, cuma biarlah mahasiswa diberi pilihan dan berfikir sendiri. Ini satu cara / proses mereka belajar. Tidak semestinya tidak menyokong calon aspirasi pilihan kampus, mahasiswa itu adalah pembangkang dan penyokong PR.

Kalau di UM, bertahun-tahun calon aspirasi (pilihan kampus) kalah. Tak jadi apa pun.

Apa yang saya lihat pilihanraya kampus adalah proses mahasiswa untuk belajar dan menonjolkan diri. Jadi beri mereka ruang.

Bukankah lebik elk kalau persaingan dilakukan secara sihat dan adil?

Setuju atau tidak, anda punya pandangan perspektif masing-masing.

Tiada ulasan:

E-book

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...